Thursday, 23 June 2016

SEMPERIT SUSU FAZLINA.COM




Lepas bakar pun elok je bentuk nya


Hari ni puteri Balqis mintak ummi buat biskut raya kaler pink .. maka saya pun bancuh la doh semperit susu ni .. kuih semperit susu ni yang paling mudah di buat dan bahanye sangat simple ...tapi rasa SEDAP YA AMAT ! belum raya ,balang dah tinggal separuh =)

Jom tengok resipi nya

SEMPERIT SUSU DAHLIA=====================

Bahan2

Butter 1/2 cawan ( 125 gram )
4-5 sudu susu manis
Esen vanilla
2 1/2  cawan tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung custard

Cara-cara buat

Butter dan susu manis di gaul sebati  ( Jangan pukul sangat sebab kita tak  nak nanti biskut tu kembang setaman)
Masukkan esen vanilla dan kalau nak letak pewarna pun boleh

Masukkan secawan tepung jagung dulu diikuti tepung  beras dan tepung custard ..gaul dengan ujung hari je ..kemudian masukkan baki tepung jagung ..sampai jadi doh

Panaskan oven 170  darjah selama 5 minit , masa nak masukkan biskut tu turunkan suhu ke 160 darjah bakar dari 20-25 minit ..atau nak tau dah masak ke belum ..bila tolak dengan sudu ..boleh gerak tu tanda dah masak la tu

SELAMAT MENCUBA =)

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.