Friday, 24 June 2016

TART GULUNG NENAS SEDAP DAN MUDAH


Haa istimewanya Ramadhan tahun ni , baby saya dah pun beso ..dah wean off dah ..takde dah nak ngempeng je cam tahun sebelum ni ..Maka nye , bermula lah episod PROJEK KUIH RAYA ..heee

Ok ni antara feveret saya lah ,sebelum ni bonda yang buat. ..tapi sebabkan tahun ni turn beraya di rumah mertua ....maka nye kene la buat sendiri TART GULUNG NENAS ye ..Dah tentu lah tak leh tandingi tart nenas bonda ..ok jom tengok resipi nya


Bahan-bahan

Butter 1 ketul  ( 250 gram )
Minyak sapi 3 sudu
3 sudu besar susu pekat
Tepung gandum  3 1/4 cawan
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung custard
Telur sebiji 
Esen Vanilla

Cara buat

1.Satukan butter dan susu pekat hingga sebati ,kemudian masukkan sebiji telur , esen vanilla ..kalau nak warna kekuningan..boleh letak sedikit pewarna kuning ye


2.Bila semua bahan basah dah sebati , masukkan 1 cawan tepung gandum dulu di ikuti 2 sudu tepung jagung dan custard ...kaup balik ..kemudian masukkan balance tepung tadi tu

3.Boleh juga gunakan tangan untuk satukan kedua campuran tadi sehingga menjadi doh

4.Doh hendaklah tak terlalu lembik dan tak terlalu keras

5.Masukkan dalam acuan dan picit


Cara buat inti tart nenas

2 biji nenas
600 gram gula castor
cengkih
kayu manis

Cara nye

1.Parut nanas dan blend 
2.Masak nenas yang dah di blend tadi dengan gula serta cengkih dan kayu manis
4.Masak sehingga cair

SELAMAT MENCUBA =)




No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.