Tuesday, 30 August 2016

POSTPARTUM DEPRESSION atau MEROYAN ?





Hari ini lalu di newsfeed saya video ibu muda yg menyakiti bayi nya dan kemudian menangis, ibu ini secara kasarnya dlm keadaan tertekan.

Amat kasihan sekali..saya simpati dan saya amat2 risaukan keadaan ibu dan anak itu, dan sebenarnya, perkara ini bukan terpencil, ramai ibu2 yg mengalami masalah ini..ini yg kita panggil

POSTPARTUM DEPRESSION atau MEROYAN

Postpartum Depression boleh menjadi lebih teruk iaitu Postpartum Psychosis

baik, kita semua memainkan peranan di dalam membantu membendung masalah meroyan ini.

mari kita lihat :

Peranan suami 

• Menjaga pemakanan isteri ( belikan herba2, atau makan2 yg sihat dan baik utk isteri.

• Memudahkan urusan isteri kalau isteri berpantang di rumah sendiri tanpa bantuan lain ( hantar baju ke dobi, upah hantar makanan, jaga baby utk beri masa isteri tidur, jaga dan uruskan anak2 lain).

• Memahami jiwa isteri utk berpantang, sama ada mahu berpantang di rumah sendiri, ibu atau mertua. Usah di paksa isteri utk pergi ke rumah mertua jika isteri tidak mahu.

• Tidak meminta dan mengarah isteri benda pelik2 , nak makan sedap2, ajak isteri keluar, nak balik umah mak, nak itu ini, cukup2 lah isteri tu hampir putus nyawa melahirkan zuriat suami, bagi lah masa isteri nak “rehat”.

• Hentikan dulu aktiviti2 luar ( futsal, lepak mamak, memancing, panjat gunung, urusan outstation) sementara .

• Tidak complain rumah yg bersepah, kalau rasa bersepah, tolong kemas atau panggil org datang kemaskan rumah.

• Kalau mak complain pada suami pasal rumah, pasal cucu, pasal apa2, tidak perlu sampaikan kepada isteri, simpan sendiri sudah, kalau boleh tolong perbaiki, silakan.

Peranan ibu atau mertua 

• Tidak memaksa ibu baru utk berpantang cara mereka tetapi boleh mencadangkan cadangan tanpa paksaan.

• Tidak sibuk complain keadaan rumah menantu atau anak.

• Jangan di banding2 muka cucu, di complain rupa, warna kulit dan ikut muka siapa..Allah dah bagi, ikut muka siapa tidak akan lari muka anak kita sendiri atau menantu kita, Allah dah kurniakan cucu, bersyukur.

• Usah jadi nujum mak belalang…ramal masa depan budak tu , nanti degil lah, nanti , nakal lah, nanti..nanti ..nanti…

• Jangan bising2 kalau anak menantu nak ikut cara dia sendiri berpantang, kadang2 ibu2 muda ni dah baca kaji semua, sekarang zaman org pandai guna google, kalau anak menantu minta nasihat, baru bagi nasihat.

• Usah bising kalau anak menantu nak berpantang sendiri, mesti ada sebab dia nak pantang sendiri, mungkin dia rasa selesa rumah sendiri atau sebab lain, tidak perlu tahu sebab, anak menantu bukan darjah 1, tidak tahu nak berfikir..tidak perlu ibu atau mertua pening kepala fikir masalah mereka, nanti naik darah tinggi.

Peranan saudara mara 

• Jangan datang ziarah duduk sahaja tunggu tuan rumah hidang makanan dan air, ada yg siap buat perminataan khas suruh masak sedap2 , nasi arab, pasta, tomyam , beriani gam. Tolong2 lah tuan rumah, jaga baby or kemas rumah dan masak itu lebih baik.

• Tak perlu tolong jadi tukang komen muka baby tu macam mana, sama macam ibu/mertua. Semua nak sebut dan tanya..kenapa hitam, kenapa putih, kenapa hidung kemek, kenapa hidung mancung, kenapa kecik ( igt anak gajah?) kenapa besar, kenapa…kenapa..kenapa…lihat dan ckp mashaaAllah, cantik nya ciptaan Allah, Alhamdullillah itu lebih baik, sebab semua baby comel dan cantik tiada dosa.

• Kalau datang dari jauh, sila lah sewa homestay atau tempat tidur yang lain, selalunya org berpantang ni diorang rasa susah bab menyusu dan membersihkan diri, aurat semua, jenuh ibu tgh letih nak kena jaga pulak pergerakan semua. Kalau boleh datang, tak payah bermalam di rumah tuan rumah.

• Pasti kan tidak ada yang sakit demam selsema batuk semua datang jumpa baby, kalau ada, harap tidak peluk cium gomol semua..nanti berjangkit, sedara mara pakat balik semua, yg siksa ibu bayi tu.

• Kalau datang baby tengah tidur, tolong jangan kejut pulak baby itu , siksa dan susah ibu bayi tu mahu tidurkan, elok sahaja tidur, di kejutkan pula, alasan nak tengok, tengok sahaja jangan di kejut, bayi itu belum boleh bercakap pun untuk di kejut dan bersembang.

Kawan2 jiran tetangga 

• Lawat selepas habis pantang adalah lebih baik.

• Jangan melawat jika anda atau anak anda tidak sihat.

• Jangan datang tunggu dan harapkan tuan rumah hidang air,
sebaik nya datang bawa makanan dan offer bantu tuan rumah.

• Jangan datang melawat lama2.

• Jangan complain2 tentang fizikal baby.

• Offer makanan berpantang jika jiran berpantang sendiri.

• Jangan sembang ketawa kuat2, sampai baby bangun.

• Jaga kelakuan anak2 masing2, jangan biar anak2 masuk bilik berpantang, siap lompat atas katil tuan rumah bagai.

• Jangan ambil gambar ibu berpantang yg tidak menutup aurat, masuk FB “ melawat kak gayah dapat baby baru”, minta jaga aib dan aurat semua.

ini antara yg boleh di guna pakai sewaktu berhadapan dengan mereka yg baru lepas bersalin.

Rasa leceh?


ya...memang leceh..tapi jika mahu di bandingkan dengan kesakitan fizikal, emosi, perubahan hormon dan keadaan fizikan ibu2 ini, langsung tidak boleh di bandingkan dgn ke "lecehan" org sekitar untuk menjaga adab melawat ibu lepas bersalin.

kepada ibu2 yg sedang hamil, menunggu hari dan sedang berpantang, jaga hati anda dahulu, baru yg lain, usah pendam telan ikut tunduk pada permintaan dan layanan org lain semata2 nak jaga hati org lain, anda akan membunuh emosi anda sendiri dan menghitam pekatkan pengalaman yg seharusnya manis pada anda yg baru mendapat kurniaan Allah yang tiada nilai nya.

Semoga Allah permudahkan urusan semua 

*Saya kongsikan juga carta kenapa bayi menangis, semoga bermanfaat*


Tulang wanita mudah rapuh?





PERHATIAN WANITA!
Risiko Tulang Rapuh!
--------------------

Tau tak wanita berisiko tulang rapuh kalau tak cukup kalsium

Nk bgtau ni antara 3 (tiga) faktor meningkatkan lg risiko masalah tulang rapuh ni adalah

1.Putus Haid - sll golongan 40s atas
2.Faktor Usia semakin meningkat
3.Kurang bersenam!

Ni semua ada tak anda hadapi?

Kalau ada maka risiko tulang rapuh tu ada pada usia mendatang

Nak cegah sebelum parah?
Kne amik Kalsium

Xlarat minum susu?
Ni ada alternatif

Sy cadang amiklah OsteMatrix!
*Setiap malam 4bj untuk kandungan kalsium perlu 1000mg setiap hari kak!

Sy harap kita amik kisah risiko ni sebab cegah lebih baik sebelum parah


Ada apa dengan pisang?


 JGN MAIN2 DENGAN PISANG... INGAT APE..HAHA

KURNIAAN TUHAN KEPADA PISANG

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini mer
upakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

We Care And We Share😁

Monday, 29 August 2016

5 jenis rahim wanita yang perlu kita ketahui


Assalamualaikum.. Hari ini kita berkongsi ilmu  kenali  5 Jenis Rahim Wanita Yang Ramai Tak Tahu Walaupun Dah Anak Ramai.

Dengan mengetahui jenis-jenis rahim ini secara tepat, ia dapat membantu proses pemulihan selepas bersalin yang terbaik buat kita.

Definisi Rahim/Merian
Secara ringkasnya, pelbagai istilah digunakan untuk merujuk kepada organ yang penting bagi wanita ini. Biasanya di kenali sebagai rahim, merian, peranakan, peranak dalam bahasa perubatan.  penting sangat untuk kita kenal pasti jenis rahim kita supaya kita dapat memulihkan kembali peranakan kita selepas bersalin. 

Ada yang tanya macam mana nak tahu jenis rahim tu kan? Of course setiap bidan yang mahir yang boleh tentukan. Kalau tanya saya saya pun tak tahu.

Bagaimana Mahu Kenal Pasti Jenis Rahim? 

So dari situ baru la beliau tahu apa yang perlu di rawat dan di betulkan. Sebabnya semasa mengandung rahim kita berkembang berkali-kali ganda dan amat penting untuk kembalikan semula pada bentuk dan kedudukan asal.

Jenis-jenis Rahim Wanita

Jenis 1: Rahim Batu
Berbentuk bulat serta cembul (yang ni saya tak berapa faham) apabila di sentuh dan menonjol ke atas.
Mudah dikecutkan dalam masa 2 minggu berpantang dan kembali ke bentuk yang sempurna.
Kesilapan rawatan (tersilap bertungku atau berurut) mengakibatkan rahim ini tertolak naik sehingga ke ulu hati. Ia boleh mengakibatkan para ibu merasa sengkak serta sesak nafas. Jika di biarkan berterusan, mungkin boleh membawa maut.
Jika terlebih tolak ke bawah boleh mengakibatkan penghentian pengaliran darah nifas dan sukar untuk membuang air kecil atau mengeluarkan angin.

Jenis 2: Rahim Jantung
Berbentuk seperti jantung pisang dan memerlukan lebih ketelitian ketika merawatnya.
Kesilapan merawat (bertungku dan mengurut) rahim jenis ini boleh mengakibatkan rahim terkeluar dari pintu faraj. Contohnya Keluluran rahim (prolaps) ataupun merian terpatah atau terkehel. 

Jenis 3: Rahim Perca
Jenis ini mengembang tanpa sebarang bentuk dan memerlukan kemahiran untuk merawatnya.
Biasanya rahim jenis ini tidak boleh di asak dari ari-ari.
Bidan yang mahir akan 'mengumpul' perlahan-lahan seperti mengumpul minyak dan menguaknya ke tengah-tengah perut.
Minyak berubat biasanya di gunakan semasa proses mengurut bagi memecahkan angin di dalam rahim yang selama ini berkumpul dan berkembang bersama-sama.
Kebanyakan ibu-ibu yang mempunyai rahim jenis ini jika tidak di rawat dengan sempurna akan menghadapi masalah seperti perut memboyot walaupun selepas tamat tempoh pantang atau mungkin seumur hidup. 

Jenis 4: Rahim Buyong
Bentuknya antara rahim jantung dan rahim batu.
Rahim jenis ini mudah menakung air, menyebabkan rahim serta mulut rahim mengembang.
Ibu mudah mengalami masalah lelehan faraj.
Sekiranya tidak di rawat dengan sempurna, ibu akan mengeluarkan lebihan semasa berjimak, umpama keluar air kencing dan apabila hamil lagi mendapat masalah lelehan faraj.

Jenis 5: Rahim Besi
Berbentuk seperti rahim batu.
Memiliki rahim jenis ini mendatangkan kesakitan rengat atau senak semasa dalam pantang bersalin.
Rahim jenis ini juga mudah mendapat bentan urat dan sekiranya tidak di jaga rapi, boleh menjadi tumpah darah.

Biasanya mereka yang memiliki rahim batu ni adalah masyarakat peribumi: seperti orang asli, wanita-wanita di Sabah dan Sarawak. Kata beliau sebab tu kita tengok mereka ni lepas 2 minggu je jadi sangat aktif buat kerja seperti berkebun dan memanjat bukit.
Mereka yang memiliki rahim jantung mudah lekat dan mudah gugur kalau tidak di jaga dengan betul.
Kebanyakan wanita memiliki rahim buyong. Rahim jenis ini jenisnya tak tetap mudah bergerak ke kiri dan ke kanan. 
Memiliki rahim perca menandakan anda mudah 'lekat'. jadi amalkan langkah keselamatan ya jika mahu menjarakkan anak.
Rahim batu adalah bagi yang susah nak lekat setelah pelbagai usaha moden di buat dan di sahkan tiada masalah kesuburan. , kalau memiliki rahim jenis ini perlukan kesabaran yang tinggi untuk terus berikhtiar dengan mengurut pula.

Jadi itu la sedikit sebanyak tentang apa yang saya dah ketahui melalui.pembacaan dan pertanyaan.  Kebetulan mak dan nenek mmg bidan lama..

Saturday, 27 August 2016

Boleh kurus dengan tidur?




BOLEH KURUS DENGAN TIDUR?


Mungkin kenyataan ini pelik. Tidur cukup impaknya kurus. “Takkan kot?”.

Itu bunyi soalan yang selalu saya dengar. Semasa di Canberra Sleep Laboratory, pesakit yang datang hampir 90% mengalami masalah obesiti. Cuma komando sahaja yang tidak obes.

Ya. Komando di Australia mesti dapatkan pelepasan dari masalah tidur.

Tidak cukup tidur menyebabkan obesiti. Puncanya ialah kesan tidak cukup tidur ke atas hormon lapar iaitu ghrelin dan hormon kenyang leptin. Tugas ghrelin ialah memberi isyarat kita perlu makan.

Tidur tidak cukup menyebabkan otak melepaskan lebih banyak ghrelin. Bayangkan ghrelin yang meningkat tiga kali ganda. Ia meminta dan merayu untuk makan.

Akhirnya kita mengalah. Bunyi keroncongpun mula dilagukan. Kita tinggalkan kerja.

Kita bergegas bangun mencari makan. Biasanya kita capai apa yang ada dahulu. Kudap-kudap dulu.

Andai sudah keluar ke gerai makan, semua makanan nampak menggiurkan. Nasi menimbun tinggi. Kuah banjir.

Makan dengan lahap. Laju. Air gelas besar.

Maklumlah lapar tahap dewa. Ini ghrelin punya angkara.

Leptin pula memberi klu perut sudah penuh. Mesti berhenti. Malangnya apabila kurang tidur, leptin berkurangan.

Kurang leptin menyebabkan kita terus makan. Walau sudah habis sepinggan. Bangun dan tambah lagi. Maklumlah leptin tidak ada untuk melarang dari berhenti makan.

Apabila kita makan tetapi tidak mampu berhenti itu tandanya ghrelin dan leptin di otak tidak stabil. Apabila kita tidur lewat dan bangun pada waktu yang sama, kita membantu diri untuk MEMBESAR sebagai johan dan menjadi jalur LEBAR.

Apabila tidur cukup, hormone ghrelin stabil. Kita hanya lapar apabila sampai waktunya. Laparnya tidak melampau.

Apabila cukup tidur, leptin ada. Leptin akan arahkan untuk berhenti sebelum kenyang. Kita tidak akan tambah makan lagi.

Tidur memberi kesan kepada dua hormon penting yang mengawal makan di dalam otak. Kedua-duanya penting. Perlu stabil.

Kurang tidur menggemukkan. Cukup tidur boleh kurus. Yang mana satu pilihan kita?

Saya pilih tidur yang cukup. Anda?

#creditDRAbdulRizal

Friday, 26 August 2016

Bakal bersalin ceaser ?



1- cari towel/ bantal untuk ampu/ support luka czer....
Jika mampu, beli abdominal binder utk keselesaan, support luka czer dgn baik, dan memudahkan anda utk bangun, tanpa menganggu kedua tgn... kerana tgn penting utk menampung badan anda semasa bgn.

2- mengiring kanan/ kiri
..
3- bersedia utk menjatuhkan kaki anda kebawah dari katil...

4- dgn mengunakan kekuatan tgn perlahan lahan cuba bangun sehingga anda dlm posisi duduk

5 - Stabilkan diri anda...bernafas dgn baik, tunggu dlm 3-5 minutes jika tiada pening, bangun perlahan2...dan berdiri

6- Stabilkan diri anda, jika tdk rasa pening ...mulakan langkah anda.

Penjagaan luka pembedahan,
1- makan makanan yg berzat dan seimbang. Lebihkan protein dan vitamin utk penyembuhan dan melawan jangiitan kuman.

2- pastikan luka sentiasa kering terutama selepas mandi..

3- jgn letak apa2 ubat traditional diluka anda.

4- jika anda jenis yg banyak berpeluh semasa pantang , elakkan pemakaian baju yg tebal...peluh mengundang kuman yg menyebabkan luka terkena jangkitan mengakibat luka terbuka dan bernanah...
Berpantang ikut kesesuaian dan keadaan badan kita, bukan badan org lain...

5- lakukan senaman pernafasan, dgn berbaring, nafas dari hidung dgn menaikkan abdomen( mcm surge breathing/ belly breathing) utk meningkatkan peredaran darah, promote luka utk cepat sembuh dan memantapkan abdomen( utk elak perut buncit)
.
Semoga bermanfaat 
http://www.fazlina.com/2013/11/set-pantang-shaklee.html

Thursday, 25 August 2016

NAK CARI DUIT SAMPINGAN?



ANDA MEMANG KERAP MAKAN PRODUK SHAKLEE?, hampir setiap bulan atau setiap 2 bulan beli Shaklee, tapi belum daftar jadi ahli Shaklee? Memang rugi..

Cara Daftar Ahli Shaklee Secara Percuma 

Kenapa mendaftar jadi ahli Shaklee MENGUNTUNGKAN anda?

#1 ANDA BOLEH DAPAT STOK VITAMIN PERCUMA DARI SHAKLEE
-------------------------------------------------------------------------

Setiap bulan, Shaklee akan buat promosi, beli 6 percuma 1. Tapi produk akan berbeza setiap bulan. Sebagai contoh, bulan lepas adalah promosi beli 6 Collagen Powder Shaklee dan dapat percuma 1 Collagen Powder Shaklee.

Bulan ini pula adalah promosi beli 6 Ostematrix dan dapat percuma 1 Ostematrix

Nampak strateginya di situ?

Kalau anda dapat kumpul 6 pembeli untuk Ostematrix, anda dah dapat 1 botol Ostematrix percuma saja tanpa perlu bayar! πŸ˜€

Dan bukan itu sahaja, anda juga layak untuk dapat..

#2 PULANGAN TUNAI DARI SHAKLEE!
-------------------------------------------

Bila anda dapat kumpul 6 pembeli untuk Omega Guard, anda bukan sekadar dapat percuma 1 botol Omega, tetapi juga dapat pulangan tunai yang bernilai lebih kurang RM50!

RM50 boleh buat isi minyak kereta tau. Top-up duit pampers anak boleh, beli barang basah untuk dapur pun boleh.

#3 SHAKLEE TAWARKAN PENDAPATAN MENYAMAI GAJI ANDA
---------------------------------------------------------------------

Ya, Shaklee boleh tawarkan pendapatan yang hampir menyamai atau melebihi gaji anda hari ini πŸ˜€ Anak buah saya adalah bukti paling dekat.

Beliau masih bekerja di salah sebuah sekolah di Kedah, dan alhamdulillah pendapatan Shaklee beliau adalah untuk belanja bulanan dan tak perlu sentuh duit gaji yang boleh dijadikan duit simpanan.

Cara untuk jana pendapatan begini sangat mudah bagi anda yang masih bekerja atau pun suri rumah.

Hanya konsisten bersemangat kongsikan pengalaman anda makan Shaklee dan kongsikan kebaikan Shaklee. Insya Allah impian anda pasti dalam genggaman πŸ˜€

BERAPA SHAKLEE BOLEH BERI?
-------------------------------------

Pendapatan berikut hanya sebagai anggaran kasar. Jika anda mendaftar bersama saya, saya akan terangkan dengan lebih lanjut.

➡Pangkat Supervisor = RM1,700 – 3000 sebulan.



➡Pangkat Senior Supervisor = RM2,000 – 4,000 sebulan.

➡Pangkat Coordinator = RM4,000 – 9,000 sebulan.

➡Pangkat Senior Coordinator = RM9,000 – 12,000 sebulan.

➡Pangkat Key Coordinator = RM12,000 – 20,000 sebulan.

➡Pangkat Senior Key Coordinator = RM20,000 – 30,000 sebulan.

➡Pangkat Master Coordinator = RM50,000 ke atas sebulan.

TUNJUK AJAR SELEPAS JADI AHLI SHAKLEE
------------------------------------------------

Oh, kalau anda nak daftar untuk makan sendiri sahaja, itu pun saya terima :)

Saya akan guide anda cara makan yang betul dan berkesan mengikut apa yang anda inginkan.

Jika anda mendaftar bersama saya, insya Allah saya akan guide anda sehabis baik. Tetapi ia juga memerlukan komitmen dan sikap proaktif dari anda.

Pastikan matlamat anda jelas. Anda nak apa dari Shaklee? Maklumkan kepada saya dan kita buat sama-sama :)

===================================
SAYA NAK DAFTAR JADI AHLI SHAKLEE SEKARANG!
=================================

Anda sangat dialu-alu kan untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee πŸ˜€ Bayaran pendaftaran RM 78.90 atau RM88.90 (termasuk GST) jika anda menetap di Sabah atau Sarawak.

Untuk mendaftar, anda boleh hubungi saya di:

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

Petua lebatkan bulu kening




NAK LEBATKAN BULU KENING?
Haaa.. Ini petuanya...

1. Lidah Buaya

Ambil daun lidah buaya, ramaskan hingga melekit dan sapukan di kening anda setiap malam. Anda akan berasa sedikit gatal tetapi ia akan memberikan hasil yang mengagumkan.



2. Minyak Buah Keras

Anda perlu buang dulu kulit buah keras. Kemudian bakar buah keras tadi sehingga hitam dan keluar minyaknya. Sapukan minyak buah keras pada bulu kening anda dua kali sehari. Amalkan selama seminggu.



3. Minyak Lemak Ayam

Sapukan lemak ayam pada bulu kening anda. Amalkan dua kali sehari. Macam tak masuk akal kan petua ini. Tetapi, ada selebriti tempatan yang pernah mencubanya dan hasilnya memang betul lebat.

#beautytipsbyfazlina
#fazlinashaklee

Wednesday, 24 August 2016

5 SEBAB MENGAPA PERLU MARAH ANAK DENGAN DOA


Kalau sudah namanya manusia memang tak boleh lari daripada ada perasaan marah. Bagi yang bergelar ibu bapa, adakalanya marah itu macam sebahagian daripada rutin harian. Maklumlah tugas membesarkan seorang anak kadang kala boleh 'terlepas' juga rasa marah sesekali.

Menghadapi karenah anak kecil memang menguji kesabaran ibu dan ayah. Walaupun cuba menahan sabar tetapi kadang kala 'termarah' juga.

Sebenarnya tak salah marahkan anak-anak sendiri asalkan sahaja kena pada tempatnya. Kalau anak buat silap, memang wajib ditegur dan dimarah. Tetapi marah itu biarlah berpada jangan sampai meninggalkan kesan mendalam pada emosi anak atau menyakitkan fizikalnya pula.

Marah biar secara berakal. Kawal apa yang diucapkan dari mulut dan pergerakan tangan ketika marah jangan sampai menyakitkan anak anda.

Ingatlah apa yang diucapkan dan dicakapkan oleh mulut menjadi satu doa yang boleh diperkenankan olah Allah. Maka cakap yang baik-baik, minta yang baik-baik. Walau tengah marah cubalah ucapkan kata yang baik-baik untuk anak-anak.
Walau payah tetapi mesti dicuba. Bimbang kesan buruk berikut ini terjadi kepada anak jika mulut bukan mengucapkan doa tetapi maki hamun ketika memarahi anak-anak.

1. Kalau Allah makbulkan permintaan

Kalau tengah marah memang macam-macam perkataan boleh keluar dari mulut seorang manusia. Bayangkan kalau setiap kali marahkan anak, anda akan memaki hamunnya.
"Dahlah degil, pemalas pulak tu. Nak jadi apa agaknya kau ni!" Kalau selalu kita sebut perkataan itu setiap kali marah anak dan tiba-tiba diperkenankan oleh Allah, maka terjadilah ia. Bagaimana?

2. Memori anak sangat kuat

Jangan terkejut sekiranya anak anda yang sudah berusia 12 tahun masih ingat lagi saat dia dimarah atau dipukul dengan teruk atas kesalahan yang sangat sedikit ketika dia masih kecil lagi.
Memori anak kecil sangat kuat untuk merakam dan mengimbas kembali perkara yang sangat menyakitkan hatinya. Bayangkan jika kata-kata maki hamun yang anda ucapkan kepadanya ketika kecil terus bermain di dalam kotak memorinya sepanjang hayat. Buruk atau baikkah kesannya? Tepuk dada tanya diri sendiri.

3. Kesan buruk kepada perilaku anak

Anak yang terlalu kerap dimarahi akan membesar sebagai anak yang pendendam atau mungkin juga menjadi seorang pembuli. Perhatikan karektor anak anda. Mungkinkah dia terlalu kerap dimarahi?

4. Anak pun suka marah

Bukankah anak-anak belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Kalau anak juga cepat marah jangalah terkejut atau nak marah dia semula. Cuba tengok diri sendiri balik.
"Eh, kenapa anak aku pun dah pandai marah-marah macam aku ni. Sama pulak tu gaya marahnya." Kalau anda pernah berkata sedemikian dalam hati, itu tandanya ajaran anda sudah berjaya dicontohi oleh anak.Sebelum ini berlaku, lebih baik kawal marah dengan diam dan kunci mulut.

5. Anak kurang berkeyakinan

Akibat terlalu kerap dimarahi, anak jadi takut hendak mencuba sesuatu perkara terutama apabila berada bersama kawan-kawan. Dia bimbang untuk melakukan kesilapan kerana takut akan dimarahi.
Perasaan dimarahi itu sangat menyedihkan kepada anak-anak. Walaupun ketika dimarahi, mereka diam dan tak berani membantah tetapi hakikatnya dalam hati akan tertanya-tanya sama ada ibu dan ayah sayang akan mereka atau tidak sebenarnya.

Maka ibu dan ayah, berhentilah daripada marah dengan cara berleter panjang kerana apabila kita mula membebel, kita akan cenderung berkata yang bukan-bukan dan keluar perkataan yang tidak elok.
Bimbang ada kata-kata yang akan melukakan hati anak kita selama-lamanya. Lebih bimbang apabila kata-kata buruk yang terucap akan dimakbulkan oleh Allah.

Marilah kita sama-sama berubah untuk sentiasa melafazkan kata-kata yang baik walaupun semasa sedang marahkan anak.

Contohnya kalau anak anda menconteng dinding rumah dan anda rasa macam nak jerit marahkan dia sekuat hati sebaliknya cubalah ucapkan "Ya Allah, bertuah sungguh anak mama ni. Memang pandai sangat conteng ya. Dah besar nanti jadi Arkitek ya nak."
Mana tahu ketika kata-kata itu dilafazkan, Allah mengangkat doa kita yang elok itu - Hasnita PaMa

Thursday, 18 August 2016

KRIM MAGIC HERBAL BLEND !





Sebelum kenal HB ni.. Saya paling x sker losyen ke krim ke sebab rimas kalau rasa gris ,berminyak dan melekit ni. 

Ok cite nye saya TERPAKSA beli krim ni bila tumit merekah terukkkkk sangat.Masa picit HB ni kat tangan dah mula terbayang rasa rimas tu.. 

Magic! Bila rasa ngan tangan.. Eh tak melekit la... Tak macam losyen atau krim krim yang pernah saya try sebelum ni.. Betul lah orang kata.. Tak kenal maka tak cinta! πŸ˜πŸ˜
.
Alhamdulillah! Part paling Best bila masalah tumit merekah selesai tak sampai sebulan apply krim HB ni . Maafla x leh tnjuk gambar .kalau x caya boleh cuba dan alami sendiri sensasi Herbal Blend.. Harga pun murah RM27.50 je.. 


Apa bahan utama krim HERBAL BLEND ni?


MULTIPURPOSE KRIM HERBAL BLEND
 KRIM AJAIB PILIHAN RAMAI TERMASUK IBU PRIHATIN .
.
🌸Krim herbal blend ni untuk siapa? . .
Ruam bayi .
Ruam lampin bayi & warga emas .
Kegatalan kulit .
 Tumit merekah, kulit kasar di bahagian tumit & kaki .
 Melegakan Eczema, ruam2 melecet bayi .
 Mengecutkan jerawat dengan berkesan .
 Gatal allergic disebabkan alahan seafood.
Ruam sebab berpeluh .
 Boleh disapu dibahagian calar kecil di tubuh serta bintat2 dan kulat air .
 Dijadikan losyen harian 

Kenapa krim ni patut jadi pilihan anda semua? .
🌷Tiada bahan kimia. .
🌷Tiada SLS, Paraben yang selalu wujud di krim2 losyen & barangan penjagaan kulit. .
. .
.
πŸ‘ Insha Allah..selamat untuk kulit bayi & dewasa , sesuai untuk semua lapisan umur, termasuk ibu yang merancang kehamilan serta pengguna bahan organik. .

Jom kita tengok TESTIMONI HERBAL BLEND pulak 






Best kan krim HERBAL BLEND MULTI PURPOSE ni ? Memang elok ada setiap rumah especially untuk kita yang selalu masak kat dapo tu kan.. bab terkena minyak panas kat tangan tu rasa semua dah ada pengalaman kan...just sapu nipis HERBAL BLEND ke tempat yang terkena minyak panas..inshaAllah tempat lecur akan cepat sembuh dan pulih seperti biasa.Ingin dapatkan krim HERBAL BLEND ni boleh hubungi saya seperti contact di bawah ye




Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012



Tuesday, 16 August 2016

Redeem point CIMB click


pagi-pagi lagi kourier TA Q BIN dah call tanya ada di rumah tak.. 

Panik juga sebab setahu saya takde pulak beli barang ONLINE... 

Misteri terjawab juga akhirnya.. Aritu ada try redeem point CIMB... Saya pilih set ni.. Ada berbaki lagi beberapa point.. 


Korang dah check point cimb?  Point expired 31 December 2016 ye... 

Monday, 15 August 2016

Padah berhenti kerja dan terus join bisnes Shaklee !

Ini bukan cerita rekaan..Ini kisah benar yang berlaku dalam keluarga besar Shaklee kami.... Ini Income benar dari seorang leader di Surijunior, cuma saya terpaksa rahsiakan siapa.

Setiap ibu, pasti ada keinginan untuk tinggal di rumah,walaupun bukan sekarang, tapi kalau boleh, tak nakla lama sangat kerja sampai umur 50, apatah lagi 62tahun. Masa bersama anak-anak sangat istimewa, melihat mereka membesar, menyambut mereka pulang dari sekolah, menjaga sepenuh masa ketika mereka sakit dan sentiasa ada masa untuk mereka.

Saya percaya, inilah dalam hati semua ibu. Tapi, hakikat di Malaysia, gaji rakyat Malaysia tak tinggi, tambahan yang tinggal di bandar, RM2,000 atau RM3,000 belum tentu cukup atau sekadar cukup-cukup. Sebab itu lah kita sering melihat suami dan isteri terpaksa bekerja.

Bukan rela, tapi tiada pilihan. Saya dulu pun macam tu. Runsing di tempat kerja kalau Anak tak sihat. Tapi Shaklee memberikan peluang dan ruang untuk anda berpencen awal. Bukan berhenti kerja tapi BERTUKAR kerja. Dari pejabat kepada rumah, dari masa rigid kepada masa fleksibel Saya bukan satu-satunya contoh yang memilih menukar kerjaya kepada Shaklee sepenuh masa. Pemilik Income ini juga contoh yang baik. Beliau adalah eksekutif akaun, ibu kepada 3 Anak yang mulanya tidak bercita-cita besar dalam Shaklee-Master Farihah

Tapi, segalanya bertukar menjadi serius apabila beliau percaya bahawa Shaklee boleh memberikan ALTERNATIF Income dengan kebebasan masa bersama keluarga.




Ini Income bulan Mac beliau dan purata pendapatan beliau setiap bulan saya anggarkan antara RM5,000 hingga RM9,000

Inilah peluang untuk anda yang ingin berpencen awal atau menukar kerjaya kepada yang lebih fleksibel. Saya mengalaminya dan saya ada ramai rakan Masters dan Anak cucu leaders yang juga mengalaminya

Shaklee bukan syarikat setahun jagung. Ada jaminan dengan kestabilannya. Tak percaya? Saya bercakap benar.Tipu dosa !

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012






COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Betul ke?



                        

"KALAU ORG SELALU NAMPAK IKLAN KITA, DEPA TAK MENYAMPAH KA?"

Saya: Pernah dengaq Qu Puteh?

Kawan: Mestila pernah. Qu Puteh, Qu Puteh baru la putih.. Mmuah!

Saya: Wah siap ingat tagline. πŸ˜† Hang pakai tak? Wife hang ka?

Kawan: Tak! Menyampah. Wife aku pun ckp camtu. Tu yg aku cakap td tu. Org menyampah beb kalau selalu sgt nampak.

Saya: Hehe. Rasa2 ramai lagi tak yg menyampah? Atau hang n wife hang ja?

Kawan: Confirm ramai lagi yg menyampah!

Saya: Ok. Tapi iklan Qu Puteh masih nampak selalu jugak kan? Masih spend berjuta utk iklan. Sales dia pun masih berjuta setiap bulan. Faham apa maksudnya?

Kawan: Ermm. Maksudnya dia gila publisiti?

Saya: Korok hang. Baik dia masuk Clever Girl.

Maksudnya, dia tak fokus pun kat org mcm hang dan lain2 YANG TAK SUKA produk atau cara dia. Tak suka takpalah, nak buat mcmana. Dia fokus pada sales dia, kalau spend RM1juta, sales RM15juta maknanya ada org yang suka. Dia fokus depa tu ja. Selagi org membeli, selagi tu dia tahu yg ADA ORG SUKA. Faham? So dia fokus hat ni ja. Kalau org dah tak beli dia tak buat dah. Sama jugak Dherbs n lain2.

Depa spend berjuta-juta tau? Hang baru spend ribu-ribu pun dah risau orang menyampah. Baru 2-3 orang menyampah terus down. Baru 2-3 org report ads dah ketaq lutut. Baru 2-3 org komen negatif dah nak tutup iklan. Come on..

--------

Secara umumnya gitulah. Jaga jugak dari segi halal haram. Yg penting ikut syariah. Jgn menghalalkan sesuatu tu atas alasan 'teknik marketing'. ✌πŸ‘΄✌️

Perkongsian yang baik dari my blood brother Muhammad Ridzuan Ramlili.  Follow him untuk lebih banyak perkongsian hebat.

Jangan beli vitamin E sebelum baca 15 perkara ni!


                 
Vitamin E dapat membantu memperbaiki tekstur kulit dan membantu untuk menghilangkan berbagai masalah kulit. Tidak heran bahawa semua proses utama produk perawatan kulit menggunakan minyak ini sebagai salah satu bahan utama mereka.

Minyak Vitamin E mempunyai manfaat berikut kepada kulit :

1. PELEMBAP KULIT :

Minyak Vitamin E sebagai pelembap kulit yang hebat boleh menjadi pengganti yang sihat untuk losyen yang sarat dengan bahan-bahan seperti alkohol dan bahan kimia lain yang dalam jangka masa panjang, boleh menanggalkan kulit anda daripada pelembap semula jadi. Minyak Vitamin E bukan sahaja menyediakan kelembapan yang diperlukan untuk kulit, tetapi kehadiran antioksidan dalam ia memudahkan proses penyembuhan dalam kes kecederaan. Walau bagaimanapun, penggunaan  minyak tulen vitamin E perlu dielakkan kerana ia adalah tebal dan melekit. Pemakaian minyak Vitamin E semasa tidur adalah sesuai untuk penyembuh dan pemeliharaan kulit. Minyak zaitun mengandungi asid oleik, menjadikan kulit lebih lembap untuk mengekalkan kelembapan.

2. ANTI-PENUAAN :

Semakin meningkat umur, pembaharuan sel dan penghasilan kolagen akan semakin perlahan, menyebabkan kehilangan ketegangan dan keanjalan. Manakala diet yang tidak sihat, pencemaran dan pendedahan kepada bahan kimia lagi mencetuskan proses penuaan, menjadikan kulit kendur dan kusam kerana penampilan garis-garis halus dan kedutan. Oleh sebab adanya antioksidan paling berkuasa dalam minyak vitamin E. Pemakaian minyak ini pada kulit muka bukan sahaja membantu dalam menghilangkan daripada garis-garis halus dan kedutan tetapi memastikan kulit wajah sentiasa licin dan tegang.

3. RAWATAN KULIT TERBAKAR (sunburn) :

Minyak Vitamin E juga berkesan meredakan sengatan matahari kecil. Apabila digunakan pada kulit, ia mudah diserap oleh epidermis dan menyembuhkan kerosakan yang dialami yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinar ultraviolet. Untuk mengalami kelegaan segera minyak ini harus digunakan dua kali sehari di kawasan kulit terbakar.

4. RAWATAN TOMPOK COKLAT :

Tompok coklat boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti kerosakan radikal bebas, penuaan, masalah hati dan lain-lain. Minyak Vitamin E adalah berkesan dalam mencegah dan membaiki kerosakan radikal bebas. Menggunakan minyak ini membantu melicinkan kulit kering dan mencerahkan tompokan tersebut.

14. PEMBERSIHAN :

Minyak Vitamin E adalah pembersihan bagi semua jenis kulit. Kotoran sel-sel mati dan kekotoran serpihan yang terkumpul pada lapisan atas muka, membuat ia kelihatan kusam dan letih. Menggunakan beberapa titik minyak ini pada bola kapas dan mengelap muka dengan dua kali sehari. Mempunyai kesan pembersihan mendalam pada kulit dengan itu ia memberikan satu cahaya berseri.

15. RAWATAN BAWAH MATA DAN MAKE-UP :

Minyak Vitamin E merupakan pelembap yang hebat. Sesuai untuk digunakan walaupun pada kawasan sensitif di sekitar mata. Jika digunakan pada kulit sekitar mata selepas mandi, ia membantu mencegahan pembentukan garis-garis halus yang lebih dikenali sebagai crow’s feet. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai make-up remover. Mencelup kapas dalam minyak Vitamin E dan menyapu pada muka untuk membuang semua kesan solekan.

---> Dah tau kan khasiat Vitamin E?  Berminat nak dapatkan vitamin E organic
boleh whatsapp Fazlina 0195560012 ye =)

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012






COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.