Monday, 29 August 2016

5 jenis rahim wanita yang perlu kita ketahui


Assalamualaikum.. Hari ini kita berkongsi ilmu  kenali  5 Jenis Rahim Wanita Yang Ramai Tak Tahu Walaupun Dah Anak Ramai.

Dengan mengetahui jenis-jenis rahim ini secara tepat, ia dapat membantu proses pemulihan selepas bersalin yang terbaik buat kita.

Definisi Rahim/Merian
Secara ringkasnya, pelbagai istilah digunakan untuk merujuk kepada organ yang penting bagi wanita ini. Biasanya di kenali sebagai rahim, merian, peranakan, peranak dalam bahasa perubatan.  penting sangat untuk kita kenal pasti jenis rahim kita supaya kita dapat memulihkan kembali peranakan kita selepas bersalin. 

Ada yang tanya macam mana nak tahu jenis rahim tu kan? Of course setiap bidan yang mahir yang boleh tentukan. Kalau tanya saya saya pun tak tahu.

Bagaimana Mahu Kenal Pasti Jenis Rahim? 

So dari situ baru la beliau tahu apa yang perlu di rawat dan di betulkan. Sebabnya semasa mengandung rahim kita berkembang berkali-kali ganda dan amat penting untuk kembalikan semula pada bentuk dan kedudukan asal.

Jenis-jenis Rahim Wanita

Jenis 1: Rahim Batu
Berbentuk bulat serta cembul (yang ni saya tak berapa faham) apabila di sentuh dan menonjol ke atas.
Mudah dikecutkan dalam masa 2 minggu berpantang dan kembali ke bentuk yang sempurna.
Kesilapan rawatan (tersilap bertungku atau berurut) mengakibatkan rahim ini tertolak naik sehingga ke ulu hati. Ia boleh mengakibatkan para ibu merasa sengkak serta sesak nafas. Jika di biarkan berterusan, mungkin boleh membawa maut.
Jika terlebih tolak ke bawah boleh mengakibatkan penghentian pengaliran darah nifas dan sukar untuk membuang air kecil atau mengeluarkan angin.

Jenis 2: Rahim Jantung
Berbentuk seperti jantung pisang dan memerlukan lebih ketelitian ketika merawatnya.
Kesilapan merawat (bertungku dan mengurut) rahim jenis ini boleh mengakibatkan rahim terkeluar dari pintu faraj. Contohnya Keluluran rahim (prolaps) ataupun merian terpatah atau terkehel. 

Jenis 3: Rahim Perca
Jenis ini mengembang tanpa sebarang bentuk dan memerlukan kemahiran untuk merawatnya.
Biasanya rahim jenis ini tidak boleh di asak dari ari-ari.
Bidan yang mahir akan 'mengumpul' perlahan-lahan seperti mengumpul minyak dan menguaknya ke tengah-tengah perut.
Minyak berubat biasanya di gunakan semasa proses mengurut bagi memecahkan angin di dalam rahim yang selama ini berkumpul dan berkembang bersama-sama.
Kebanyakan ibu-ibu yang mempunyai rahim jenis ini jika tidak di rawat dengan sempurna akan menghadapi masalah seperti perut memboyot walaupun selepas tamat tempoh pantang atau mungkin seumur hidup. 

Jenis 4: Rahim Buyong
Bentuknya antara rahim jantung dan rahim batu.
Rahim jenis ini mudah menakung air, menyebabkan rahim serta mulut rahim mengembang.
Ibu mudah mengalami masalah lelehan faraj.
Sekiranya tidak di rawat dengan sempurna, ibu akan mengeluarkan lebihan semasa berjimak, umpama keluar air kencing dan apabila hamil lagi mendapat masalah lelehan faraj.

Jenis 5: Rahim Besi
Berbentuk seperti rahim batu.
Memiliki rahim jenis ini mendatangkan kesakitan rengat atau senak semasa dalam pantang bersalin.
Rahim jenis ini juga mudah mendapat bentan urat dan sekiranya tidak di jaga rapi, boleh menjadi tumpah darah.

Biasanya mereka yang memiliki rahim batu ni adalah masyarakat peribumi: seperti orang asli, wanita-wanita di Sabah dan Sarawak. Kata beliau sebab tu kita tengok mereka ni lepas 2 minggu je jadi sangat aktif buat kerja seperti berkebun dan memanjat bukit.
Mereka yang memiliki rahim jantung mudah lekat dan mudah gugur kalau tidak di jaga dengan betul.
Kebanyakan wanita memiliki rahim buyong. Rahim jenis ini jenisnya tak tetap mudah bergerak ke kiri dan ke kanan. 
Memiliki rahim perca menandakan anda mudah 'lekat'. jadi amalkan langkah keselamatan ya jika mahu menjarakkan anak.
Rahim batu adalah bagi yang susah nak lekat setelah pelbagai usaha moden di buat dan di sahkan tiada masalah kesuburan. , kalau memiliki rahim jenis ini perlukan kesabaran yang tinggi untuk terus berikhtiar dengan mengurut pula.

Jadi itu la sedikit sebanyak tentang apa yang saya dah ketahui melalui.pembacaan dan pertanyaan.  Kebetulan mak dan nenek mmg bidan lama..

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.