Wednesday, 24 August 2016

5 SEBAB MENGAPA PERLU MARAH ANAK DENGAN DOA


Kalau sudah namanya manusia memang tak boleh lari daripada ada perasaan marah. Bagi yang bergelar ibu bapa, adakalanya marah itu macam sebahagian daripada rutin harian. Maklumlah tugas membesarkan seorang anak kadang kala boleh 'terlepas' juga rasa marah sesekali.

Menghadapi karenah anak kecil memang menguji kesabaran ibu dan ayah. Walaupun cuba menahan sabar tetapi kadang kala 'termarah' juga.

Sebenarnya tak salah marahkan anak-anak sendiri asalkan sahaja kena pada tempatnya. Kalau anak buat silap, memang wajib ditegur dan dimarah. Tetapi marah itu biarlah berpada jangan sampai meninggalkan kesan mendalam pada emosi anak atau menyakitkan fizikalnya pula.

Marah biar secara berakal. Kawal apa yang diucapkan dari mulut dan pergerakan tangan ketika marah jangan sampai menyakitkan anak anda.

Ingatlah apa yang diucapkan dan dicakapkan oleh mulut menjadi satu doa yang boleh diperkenankan olah Allah. Maka cakap yang baik-baik, minta yang baik-baik. Walau tengah marah cubalah ucapkan kata yang baik-baik untuk anak-anak.
Walau payah tetapi mesti dicuba. Bimbang kesan buruk berikut ini terjadi kepada anak jika mulut bukan mengucapkan doa tetapi maki hamun ketika memarahi anak-anak.

1. Kalau Allah makbulkan permintaan

Kalau tengah marah memang macam-macam perkataan boleh keluar dari mulut seorang manusia. Bayangkan kalau setiap kali marahkan anak, anda akan memaki hamunnya.
"Dahlah degil, pemalas pulak tu. Nak jadi apa agaknya kau ni!" Kalau selalu kita sebut perkataan itu setiap kali marah anak dan tiba-tiba diperkenankan oleh Allah, maka terjadilah ia. Bagaimana?

2. Memori anak sangat kuat

Jangan terkejut sekiranya anak anda yang sudah berusia 12 tahun masih ingat lagi saat dia dimarah atau dipukul dengan teruk atas kesalahan yang sangat sedikit ketika dia masih kecil lagi.
Memori anak kecil sangat kuat untuk merakam dan mengimbas kembali perkara yang sangat menyakitkan hatinya. Bayangkan jika kata-kata maki hamun yang anda ucapkan kepadanya ketika kecil terus bermain di dalam kotak memorinya sepanjang hayat. Buruk atau baikkah kesannya? Tepuk dada tanya diri sendiri.

3. Kesan buruk kepada perilaku anak

Anak yang terlalu kerap dimarahi akan membesar sebagai anak yang pendendam atau mungkin juga menjadi seorang pembuli. Perhatikan karektor anak anda. Mungkinkah dia terlalu kerap dimarahi?

4. Anak pun suka marah

Bukankah anak-anak belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Kalau anak juga cepat marah jangalah terkejut atau nak marah dia semula. Cuba tengok diri sendiri balik.
"Eh, kenapa anak aku pun dah pandai marah-marah macam aku ni. Sama pulak tu gaya marahnya." Kalau anda pernah berkata sedemikian dalam hati, itu tandanya ajaran anda sudah berjaya dicontohi oleh anak.Sebelum ini berlaku, lebih baik kawal marah dengan diam dan kunci mulut.

5. Anak kurang berkeyakinan

Akibat terlalu kerap dimarahi, anak jadi takut hendak mencuba sesuatu perkara terutama apabila berada bersama kawan-kawan. Dia bimbang untuk melakukan kesilapan kerana takut akan dimarahi.
Perasaan dimarahi itu sangat menyedihkan kepada anak-anak. Walaupun ketika dimarahi, mereka diam dan tak berani membantah tetapi hakikatnya dalam hati akan tertanya-tanya sama ada ibu dan ayah sayang akan mereka atau tidak sebenarnya.

Maka ibu dan ayah, berhentilah daripada marah dengan cara berleter panjang kerana apabila kita mula membebel, kita akan cenderung berkata yang bukan-bukan dan keluar perkataan yang tidak elok.
Bimbang ada kata-kata yang akan melukakan hati anak kita selama-lamanya. Lebih bimbang apabila kata-kata buruk yang terucap akan dimakbulkan oleh Allah.

Marilah kita sama-sama berubah untuk sentiasa melafazkan kata-kata yang baik walaupun semasa sedang marahkan anak.

Contohnya kalau anak anda menconteng dinding rumah dan anda rasa macam nak jerit marahkan dia sekuat hati sebaliknya cubalah ucapkan "Ya Allah, bertuah sungguh anak mama ni. Memang pandai sangat conteng ya. Dah besar nanti jadi Arkitek ya nak."
Mana tahu ketika kata-kata itu dilafazkan, Allah mengangkat doa kita yang elok itu - Hasnita PaMa

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.