Saturday, 27 August 2016

Boleh kurus dengan tidur?




BOLEH KURUS DENGAN TIDUR?


Mungkin kenyataan ini pelik. Tidur cukup impaknya kurus. “Takkan kot?”.

Itu bunyi soalan yang selalu saya dengar. Semasa di Canberra Sleep Laboratory, pesakit yang datang hampir 90% mengalami masalah obesiti. Cuma komando sahaja yang tidak obes.

Ya. Komando di Australia mesti dapatkan pelepasan dari masalah tidur.

Tidak cukup tidur menyebabkan obesiti. Puncanya ialah kesan tidak cukup tidur ke atas hormon lapar iaitu ghrelin dan hormon kenyang leptin. Tugas ghrelin ialah memberi isyarat kita perlu makan.

Tidur tidak cukup menyebabkan otak melepaskan lebih banyak ghrelin. Bayangkan ghrelin yang meningkat tiga kali ganda. Ia meminta dan merayu untuk makan.

Akhirnya kita mengalah. Bunyi keroncongpun mula dilagukan. Kita tinggalkan kerja.

Kita bergegas bangun mencari makan. Biasanya kita capai apa yang ada dahulu. Kudap-kudap dulu.

Andai sudah keluar ke gerai makan, semua makanan nampak menggiurkan. Nasi menimbun tinggi. Kuah banjir.

Makan dengan lahap. Laju. Air gelas besar.

Maklumlah lapar tahap dewa. Ini ghrelin punya angkara.

Leptin pula memberi klu perut sudah penuh. Mesti berhenti. Malangnya apabila kurang tidur, leptin berkurangan.

Kurang leptin menyebabkan kita terus makan. Walau sudah habis sepinggan. Bangun dan tambah lagi. Maklumlah leptin tidak ada untuk melarang dari berhenti makan.

Apabila kita makan tetapi tidak mampu berhenti itu tandanya ghrelin dan leptin di otak tidak stabil. Apabila kita tidur lewat dan bangun pada waktu yang sama, kita membantu diri untuk MEMBESAR sebagai johan dan menjadi jalur LEBAR.

Apabila tidur cukup, hormone ghrelin stabil. Kita hanya lapar apabila sampai waktunya. Laparnya tidak melampau.

Apabila cukup tidur, leptin ada. Leptin akan arahkan untuk berhenti sebelum kenyang. Kita tidak akan tambah makan lagi.

Tidur memberi kesan kepada dua hormon penting yang mengawal makan di dalam otak. Kedua-duanya penting. Perlu stabil.

Kurang tidur menggemukkan. Cukup tidur boleh kurus. Yang mana satu pilihan kita?

Saya pilih tidur yang cukup. Anda?

#creditDRAbdulRizal

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.