Tuesday, 30 August 2016

POSTPARTUM DEPRESSION atau MEROYAN ?





Hari ini lalu di newsfeed saya video ibu muda yg menyakiti bayi nya dan kemudian menangis, ibu ini secara kasarnya dlm keadaan tertekan.

Amat kasihan sekali..saya simpati dan saya amat2 risaukan keadaan ibu dan anak itu, dan sebenarnya, perkara ini bukan terpencil, ramai ibu2 yg mengalami masalah ini..ini yg kita panggil

POSTPARTUM DEPRESSION atau MEROYAN

Postpartum Depression boleh menjadi lebih teruk iaitu Postpartum Psychosis

baik, kita semua memainkan peranan di dalam membantu membendung masalah meroyan ini.

mari kita lihat :

Peranan suami 

• Menjaga pemakanan isteri ( belikan herba2, atau makan2 yg sihat dan baik utk isteri.

• Memudahkan urusan isteri kalau isteri berpantang di rumah sendiri tanpa bantuan lain ( hantar baju ke dobi, upah hantar makanan, jaga baby utk beri masa isteri tidur, jaga dan uruskan anak2 lain).

• Memahami jiwa isteri utk berpantang, sama ada mahu berpantang di rumah sendiri, ibu atau mertua. Usah di paksa isteri utk pergi ke rumah mertua jika isteri tidak mahu.

• Tidak meminta dan mengarah isteri benda pelik2 , nak makan sedap2, ajak isteri keluar, nak balik umah mak, nak itu ini, cukup2 lah isteri tu hampir putus nyawa melahirkan zuriat suami, bagi lah masa isteri nak “rehat”.

• Hentikan dulu aktiviti2 luar ( futsal, lepak mamak, memancing, panjat gunung, urusan outstation) sementara .

• Tidak complain rumah yg bersepah, kalau rasa bersepah, tolong kemas atau panggil org datang kemaskan rumah.

• Kalau mak complain pada suami pasal rumah, pasal cucu, pasal apa2, tidak perlu sampaikan kepada isteri, simpan sendiri sudah, kalau boleh tolong perbaiki, silakan.

Peranan ibu atau mertua 

• Tidak memaksa ibu baru utk berpantang cara mereka tetapi boleh mencadangkan cadangan tanpa paksaan.

• Tidak sibuk complain keadaan rumah menantu atau anak.

• Jangan di banding2 muka cucu, di complain rupa, warna kulit dan ikut muka siapa..Allah dah bagi, ikut muka siapa tidak akan lari muka anak kita sendiri atau menantu kita, Allah dah kurniakan cucu, bersyukur.

• Usah jadi nujum mak belalang…ramal masa depan budak tu , nanti degil lah, nanti , nakal lah, nanti..nanti ..nanti…

• Jangan bising2 kalau anak menantu nak ikut cara dia sendiri berpantang, kadang2 ibu2 muda ni dah baca kaji semua, sekarang zaman org pandai guna google, kalau anak menantu minta nasihat, baru bagi nasihat.

• Usah bising kalau anak menantu nak berpantang sendiri, mesti ada sebab dia nak pantang sendiri, mungkin dia rasa selesa rumah sendiri atau sebab lain, tidak perlu tahu sebab, anak menantu bukan darjah 1, tidak tahu nak berfikir..tidak perlu ibu atau mertua pening kepala fikir masalah mereka, nanti naik darah tinggi.

Peranan saudara mara 

• Jangan datang ziarah duduk sahaja tunggu tuan rumah hidang makanan dan air, ada yg siap buat perminataan khas suruh masak sedap2 , nasi arab, pasta, tomyam , beriani gam. Tolong2 lah tuan rumah, jaga baby or kemas rumah dan masak itu lebih baik.

• Tak perlu tolong jadi tukang komen muka baby tu macam mana, sama macam ibu/mertua. Semua nak sebut dan tanya..kenapa hitam, kenapa putih, kenapa hidung kemek, kenapa hidung mancung, kenapa kecik ( igt anak gajah?) kenapa besar, kenapa…kenapa..kenapa…lihat dan ckp mashaaAllah, cantik nya ciptaan Allah, Alhamdullillah itu lebih baik, sebab semua baby comel dan cantik tiada dosa.

• Kalau datang dari jauh, sila lah sewa homestay atau tempat tidur yang lain, selalunya org berpantang ni diorang rasa susah bab menyusu dan membersihkan diri, aurat semua, jenuh ibu tgh letih nak kena jaga pulak pergerakan semua. Kalau boleh datang, tak payah bermalam di rumah tuan rumah.

• Pasti kan tidak ada yang sakit demam selsema batuk semua datang jumpa baby, kalau ada, harap tidak peluk cium gomol semua..nanti berjangkit, sedara mara pakat balik semua, yg siksa ibu bayi tu.

• Kalau datang baby tengah tidur, tolong jangan kejut pulak baby itu , siksa dan susah ibu bayi tu mahu tidurkan, elok sahaja tidur, di kejutkan pula, alasan nak tengok, tengok sahaja jangan di kejut, bayi itu belum boleh bercakap pun untuk di kejut dan bersembang.

Kawan2 jiran tetangga 

• Lawat selepas habis pantang adalah lebih baik.

• Jangan melawat jika anda atau anak anda tidak sihat.

• Jangan datang tunggu dan harapkan tuan rumah hidang air,
sebaik nya datang bawa makanan dan offer bantu tuan rumah.

• Jangan datang melawat lama2.

• Jangan complain2 tentang fizikal baby.

• Offer makanan berpantang jika jiran berpantang sendiri.

• Jangan sembang ketawa kuat2, sampai baby bangun.

• Jaga kelakuan anak2 masing2, jangan biar anak2 masuk bilik berpantang, siap lompat atas katil tuan rumah bagai.

• Jangan ambil gambar ibu berpantang yg tidak menutup aurat, masuk FB “ melawat kak gayah dapat baby baru”, minta jaga aib dan aurat semua.

ini antara yg boleh di guna pakai sewaktu berhadapan dengan mereka yg baru lepas bersalin.

Rasa leceh?


ya...memang leceh..tapi jika mahu di bandingkan dengan kesakitan fizikal, emosi, perubahan hormon dan keadaan fizikan ibu2 ini, langsung tidak boleh di bandingkan dgn ke "lecehan" org sekitar untuk menjaga adab melawat ibu lepas bersalin.

kepada ibu2 yg sedang hamil, menunggu hari dan sedang berpantang, jaga hati anda dahulu, baru yg lain, usah pendam telan ikut tunduk pada permintaan dan layanan org lain semata2 nak jaga hati org lain, anda akan membunuh emosi anda sendiri dan menghitam pekatkan pengalaman yg seharusnya manis pada anda yg baru mendapat kurniaan Allah yang tiada nilai nya.

Semoga Allah permudahkan urusan semua 

*Saya kongsikan juga carta kenapa bayi menangis, semoga bermanfaat*


No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.