Saturday, 29 October 2016

Kencing manis turun dengan vivix



[KADAR KENCING MANIS MENURUN SELEPAS 2 MINGGU AMALKAN VIVIX]
Credit to Hazwani

Assalamualaikum. Ini Maksu saya. Adik bongsu mak. Mak kata family mak memang ada kencing manis. Penyakit keturunan. Bila kena kencing manis confirm lah sangkut buah pinggang kan. Seram tahu tak. Hahaha.. kena prevent dari sekarang ni.
.

Bulan lepas melawat Cu, bila nak balik tu Cu kata nak beli Vivix. Untuk buah pinggang. 26/9/2016 hantar Vivix ke rumah Cu. Lepas explain semua terus gerak pegi kerja sebab dah lambat. 2 minggu lepas tu Whatsapp Cu balik nak followup OK ke tak makan Vivix tapi 25/10 baru Cu reply. Hahaha..
.

Alhamdulillah terkejut dan bersyukurnya kencing manis Cu turun dari 20 kepada 10. Belum lagi tahap normal but its going there. Syukuuurrr sangat. Itu selepas sebotol Vivix. Bila sendiri dah rasa bagusnya Vivix ni, mesti akan repeat nak Vivix lagi. And yes, Cu repeat her second Vivix! Bila hantar Vivix kat Cu 27/10/2016, Cu pun nampak lebih sihat, muka lebih ceria. Cu kata badan pun rasa sedap sihat. Siap boleh kejar-kejar dengan angsa.
.

Sejak kebelakangan ni Cu ada masalah untuk bertutur dengan baik. Cu tak sihat and tend to lost her vocabulary at times. Tapi bila jumpa Cu hari tu dah lancar sikit. Lebih baik dari sebelum ni. Sebelum ni baca dan promote Vivix membantu meningkatkan fungsi otak. Tapi sekarang dah nampak sendiri dan semakin yakin dengan Vivix. Dengan izin Allah, what Vivix did worth the price!
.

Is it my eyes playing trick or she does look younger? 🤔

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN



Whatsapp/SMS ; 019 556 0012


Thursday, 27 October 2016

Isteri malaikat atau nenek sihir...




Psikologi rumahtangga: “Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.”


Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari.


Atas alasan seringnya bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim.


Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Sang mantan isteripun tak lama kemudian berkahwin lagi.


Mereka masih belum dikurniakan anak. perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar.


Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar.


Isteri barunya bahkan tidak mau mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri.
Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa ia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari ia mengeluh.


Sampai suatu hari, di suatu majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya.


Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.
Akhirnya rakan saya tak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.



Ia berkata, "Isteri saya adalah wanita yg sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya butuh perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. "


Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung.


Tak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah.



Dia bersembunyi dan memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia.


Kebahagian itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yg selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yg diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu.


Sebenarnya, di bermacam situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki.


Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya.


Walaupun dalam perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi.


Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.
Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat.


Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi "isteri seseorang" mempunyai potensi menjadi malaikat.


Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna.


Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki, Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki; Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki.


Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.


Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”


Sumber https://www.facebook.com/natzhieyra

Isteri malaikat atau nenek sihir...




Psikologi rumahtangga: “Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.”


Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari.


Atas alasan seringnya bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim.


Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Sang mantan isteripun tak lama kemudian berkahwin lagi.


Mereka masih belum dikurniakan anak. perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar.


Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar.


Isteri barunya bahkan tidak mau mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri.
Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa ia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari ia mengeluh.


Sampai suatu hari, di suatu majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya.


Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.
Akhirnya rakan saya tak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.



Ia berkata, "Isteri saya adalah wanita yg sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya butuh perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. "


Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung.


Tak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah.



Dia bersembunyi dan memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia.


Kebahagian itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yg selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yg diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu.


Sebenarnya, di bermacam situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki.


Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya.


Walaupun dalam perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi.


Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.
Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat.


Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi "isteri seseorang" mempunyai potensi menjadi malaikat.


Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna.


Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki, Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki; Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki.


Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.


Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”

Wednesday, 26 October 2016

Child suicide



Pagi ini, saya mendengar sebuah stesyen radio membincangkan isu kelas tambahan atau tuisyen untuk kanak-kanak seawal 4 tahun. Macam biasa, ramai parents membuat call memberi pendapat dan rata-ratanya bersetuju kanak-kanak perlukan tuisyen.


"Malu lah kalau anak saya tak pergi tuisyen, kawan-kawan sy semua hantar anak pergi tuisyen."

"Tuisyen kan sekarang trend. Kita kena follow trend."

"Daripada membazir masa di rumah, elok lah hantar anak ke kelas tambahan."

Owner pusat tuisyen pun siap called ni,

"Bagus hantar anak ke pusat tuisyen, sekurang2nya anak-anak tak terkejut bila masuk ke pendidikan formal.Senang lulus ujian Linus. Masuk kelas first."

Pemikiran ibu bapa di Malaysia hari ini sangat menakutkan. Berlumba-lumba bersaing untuk menayangkan anak siapa paling cepat pandai. Untuk apa ya?

Dan kebanyakkannya adalah ibu bapa di kalangan golongan yang agak berada dan berpendapatan tinggi. Tapi, malangnya keberadaan dan kemewahan yang dikecap, gagal ditancap sebaiknya untuk membuat mereka cakna mengenai kepentingan dan keperluan anak-anak yang betul-betul di perlukan.

Alhamdulillah, sejak dari dulu rakyat Malaysia sedar mengenai isu penderaan fizikal. Mendera dan mrotan akan memberi impak yang berpanjangan kepada perkembangan anak-anak yang berterusan.

Tapi kita terlupa, selain fizikal, kanak-kanak juga terdera EMOSI dan MENTALnya. Percayalah, penderaan mental dan emosi adalah lagi teruk dari penderaan fizikal. Fizikal kita boleh nampak luaran, mental dan emosi kita tak boleh nampak.

Kita marah ibu bapa yang dera anak secara fizikal. Tapi kita terlupa pandang diri sendiri.

Dan minggu ini, pelajar seawal 11 tahun membunuh diri akibat kegagalan beliau di dalam peperiksaan. Sebuah sistem yang membentuk intelektual kanak-kanak, tapi gagal membentuk akhlaq dan sahsiah. Di dorong oleh ibu bapa yang jumud jiwa nya.

Bila kita nak sedar?

Tak kan nak berhenti bila di dada akhbar terpampang

"Pelajar Tadika bunuh diri dan membunuh rakan lain kerana gagal membaca ABC dan membuat kiraan mudah 1+1?"

Berhenti lah ibu bapa. Semua ini salah. Kita semua salah.

Ini semua malapetaka. Berhentilah.


Sumber : Hazhari Ismail

Monday, 24 October 2016

6 Tips mengatasi dan merawat masalah gastrik ketika hamil




Kebanyakan wanita hamil juga biasa mengalami masalah pedih hulu hati atau lebih mudah dipanggil gastrik.

Punca masalah pedih hulu hati atau gastrik ini ialah asid dalam perut yang naik (reflux) ke saluran pemakanan (esofagus) disebabkan ‘kebocoran’ otot sfinkter esofagus bawah (LES) yang terletak di antara perut dan esofagus yang bertujuan mengelak makanan naik semula. Kesan daripada peningkatan hormon estrogen dan progesterone menjadikannya lembut dan mengendur.

Antara simptom:
  • ·         Pedih bahagian dada
  • ·         Perut tidak selesa
  • ·         Sukar menelan
  • ·         Makanan tertolak keatas
  • ·         Rasa loya dan mahu muntah
  • ·         Mudah kembung perut
  • ·         Rasa pahit atau berasid dalam mulut
  • Ketidakselesaan ini biasanya terjadi selepas makan atau minum, menyebabkan tidur ibu-ibu terganggu dan kurang selera makan.

Petua-petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan bahagian ulu hati:

Menjaga Pemakanan
Ø  Kurangkan makanan berempah, makanan pedas, berminyak, minuman panas, kopi.

Jauhi Asap Rokok
Ø  Nikotine dalam asap rokok boleh menyebabkan gastrik ibu-ibu hamil menjadi teruk. Tanpa mengira anda perokok atau menghisap asap dari perokok.

Kedudukan Badan yang Baik
Ø  Duduk dan berdirilah dengan tegak. Ini kerana banyak berbaring dan membongkok ke hadapan akan menyebabkan masalah pedih hulu hati bertambah teruk.

Masa Tidur
Ø  Jika pedih hulu hati berlaku pada waktu malam, pastikan ibu-ibu tidak makan atau minum 3 jam sebelum tidur. Tinggikan kepala dengan menggunakan bantal 10-15cm dari paras dada.

Tinggalkan Ubat Penahan Sakit
Ø  Ada ubatan yang menyebabkan reflux dan gastrik bertambah buruk. Antaranya ialah ubat penahan sakit, NSAID seperti ibuprofen atau aspirin. Jika anda terpaksa mengambil ubat-ubatan ini, pastikan anda telah berbincang dengan doktor. 


Bagi ibu-ibu hamil yang mengalami masalah pedih hulu hati atau gastrik, boleh mencuba alternatif lain, iaitu supplemen semulajadi dari Shaklee. Ianya selamat, dari sumber semulajadi, memang boleh diambil untuk ibu-ibu hamil, insyaAllah berkesan.



Ostematrix ~ Berfungsi membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.

Peppermint-Ginger Plus ~ Mengandungi herba asli iaitu pudina, halia, adas dan cekur manis yang dapat melegakan ketidakselesaan perut dan usus ibu-ibu dan membantu dalam masalah penghadaman.


Energizing Soy Protein(ESP) ~ Ianya protein yang bersifat alkali yang bertindak meneutralkan asid. Nutrien protein membantu membina sel-sel badan yang baru menggantikan sel-sel yang telah rosak dihakis oleh asid hidroklorik semasa proses pencernaan makanan.


TESTIMONI MEREKA YANG DAH BERJAYA ATASI MASALAH GASTRIK DENGAN PRODUK SHAKLEE

















Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN

Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

Tips agar anak rajin solat



Mendidik kanak-kanak  melakukan ibadat solat hukumnya adalah wajib. Kewajipan mendidik kanak-kanak melakukan ibadat solat ketika mereka mencapai usia tujuh tahun dan dibolehkan memukul dengan pukulan yang tidak mencederakan mereka jika enggan mengerjakan solat apabila mencapai usia sepuluh tahun.

Ini ada disebutkan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Perintahkanlah anak-anak kamu mengerjakan sembahyang sewaktu mereka itu berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya sewaktu mereka itu berumur sepuluh tahun. (Hadis riwayat Abu Daud)

Semoga panduan berikut boleh dipraktiskan oleh semua ibu bapa dalam mendidik anak-anak tentang kewajipan mengerjakan solat.

1.Biasakan anak mendengar laungan azan

Sejak usia bayi lagi biasakan anak mendengar laungan azan yang berkumandang di masjid berhampiran rumah atau dari televisyen. Berhenti bercakap atau melakukan aktiviti lain sebaliknya beri tumpuan kepada suara azan. Secara tidak langsung anda menunjukkan contoh kepada si kecil bahawa mereka mesti menghormati laungan azan.

2.Ajar anak doa selepas azan

Anak kecil sangat cepat mengingati apa yang diajar setiap hari. Mereka berupaya untuk menghafal doa yang anda bacakan setiap hari. Oleh itu rajinlah membaca doa selepas azan setiap kali selesai mendengar laungan azan. Anda pasti terkejut apabila satu hari kelak anak boleh lancar membaca doa tersebut yang hanya didengari daripada anda setiap hari.

3.Didik solat sejak bayi

Siapa kata bayi tidak boleh diajak solat bersama. Anda boleh mula mengajak si comel bersolat bersama keluarga. Bawa sekali anak dalam solat dengan cara mendukungnya.

Ia boleh dilakukan sama ada oleh ibu atau ayah. Rutin ini akan mendedahkan anak tentang waktu bersolat dan dia pasti akan bersedia untuk solat bersama. Jika dia sudah semakin besar, letakkan anak di sebelah anda ketika bersolat. Percayalah, anak tidak akan mengganggu anda sebaliknya akan mengikut pergerakan anda bersolat.

4.Ajar anak mengambil wuduk

Jika si kecil suka mengikut anda mengambil wuduk, biarkan sahaja. Jangan marahkannya sebaliknya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran anak. Bahkan lebih berkesan sekiranya anda boleh menampal cara-cara mengambil wuduk secara bergambar di pintu bilik air supaya ia memudahkan anak mengikutnya.

5.Dengarkan anak bacaan dalam solat

Biasakan anak mendengar bacaaan dalam solat anda dengan membacanya kuat sedikit ketika bersolat. Anda juga boleh membacanya ketika di luar waktu solat. Jika selalu mendengarnya tidak mustahil anak anda cepat menghafalnya.

6.Solat berjemaah

Amalan solat berjemaah dengan keluarga diakui petua berkesan mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Oleh itu ajak anak solat bersama  jika boleh pada setiap waktu solat. Kebiasaan ini akan menjadi benteng tarbiah terkuat dalam diri anak akan keutamaan mengerjakan solat berjemaah terutama bagi anak lelaki.

7.Ajar anak berwirid

Biasakan anak anda mendengar bacaan wirid, tasbih dan tahmid selepas bersolat. Awalnya dia mungkin tidak memberikan sebarang respon tetapi lama kelamaan anak akan seronok berwirid sama.

8.Berdoa untuk anak

Berdoalah untuk kebaikan anak anda. Sebut namanya dan mohonlah doa supaya dia menjadi anak yang baik, anak yang soleh/solehah, rajin belajar, rajin menolong ibu dan ayah. Tentu sahaja mereka akan berasa gembira kerana ayah menyebut namanya dalam doa tersebut.

9.Berikan anak pujian

Kanak-kanak memang suka dipuji. Oleh itu jangan lupa memuji kelakuan baik mereka yang rajin bersolat dan dapat mengerjakan solat dengan betul tanpa bermain. Ia dapat menyuntik semangat mereka untuk terus bersolat dengan tertib.

10.Tegur kesilapan solat anak

Sekiranya anak melakukan kesilapan ketika bersolat, tegur kesilapan tersebut selepas selesai berdoa. Teguran biarlah secara berhemah iaitu meminta anak jangan mengulangi kesilapan tersebut sambil diiringi dengan sedikit pujian.

11.Amalkan doa surah Ibrahim ayat 40

Amalkan doa dari surah Ibrahim ayat 40 setiap kali selepas solat dan sebelum tidur.  Minta daripada Allah agar menjadikan diri kita dan anak-anak kita sebagai hamba yang sentiasa mengerjakan solat.

Maksud ayat 40 surah Ibrahim:  Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Solat itu tiang agama. Ia amalan pertama yang akan dihisab semasa hari akhirat nanti. Oleh itu utamakan mengajar anak bersolat terlebih dahulu sebelum pembelajaran yang lain.

Sunday, 23 October 2016

Susu ibu berperisa?


Adakah para ibu mengetahui bahawa susu ibu juga mempunyai perisanya yang tersendiri?

Adakah anda tahu bahawa setiap ibu mempunyai perisa susu masing - masing yang unik?

Perisa di dalam susu ibu akan diperisakan mengikut makanan atau minuman yang diambil oleh ibu!

Kepelbagaian perisa di dalam susu ibu yang bergantung kepada diet harian ibu yang berubah - ubah secara tidak langsung membantu bayi anda sebagai persediaan untuk bayi mengenali makanan keluarga yang sering diambil oleh keluarga anda setelah umur bayi genap 6 bulan.

Perbezaan perisa susu ibu tersebut, jika dibandingkan dengan perisa bagi susu formula ialah, susu formula mempunyai rasa yang sama pada setiap kali penyusuan, berbanding susu ibu, yang mempunyai perisa yang berbeza bergantung dengan makanan yang ibu ambil pada satu - satu masa.

Malahan perisa susu formula tidak dibuat berdasarkan pada mana - man perisa makanan.

Inilah antara punca mengapa kebanyakkan kanak - kanak berusia 1 tahun keatas yang hanya didedahkan kepada pemberian susu formula, seringkali menunjukkan masalah memilih makanan atau picky eater, berbanding kanak - kanak yang diberikan susu ibu selama 6 bulan secara ekslusif dan diteruskan sehingga 2 tahun, kebanyakkan tidak memilih makanan.

Oleh itu, mengapa setiap susu yang dihasilkan oleh ibu yang berlainan menghasilkan perisa dan rasa susu yang berlainan.

Contohnya, bagi ibu yang mempunyai kegemaran terhadap makanan pedas, tatkala ibu tersebut menyusukan anaknya selama 6 bulan secara ekslusif, secara tidak langsung, ibu tersebut telah membuat penyediaan awal kepada anaknya, untuk bersedia menerima makanan yang pedas.

Selain itu, dengan memberikan penyusuan ibu selama 6 bulan secara tidak langsung, seseorang ibu dapat melihat jika bayinya mempunyai masalah alergik atau alahan terhadap sesuatu makanan.

Contohnya, jika ibu tersebut mengambil makanan laut seperti udang, dan jika bayinya menunjukkan alahan kulit, setelah menyusu dari ibunya,maka secara tidak langsung, ibu tersebut dapat mengetahui masalah awal berkaitan pemakanan bagi bayinya, bagi penyediaan untuk pemberian makanan pelengkap apabila bayi berumur genap 6 bulan.

Maka, susuilah bayi anda dengan susu ibu, kerana keunggulan susu ibu yang tidak terbanding serta kebaikannya terhadap kesihatan bayi anda.

Perkenalkanlah bayi anda dengan pelbagai perisa makanan dan minuman, dengan memberikan bayi anda susu ibu.

Ingatlah, perisa susu ibu sentiasa akan berubah - ubah mengikut waktu bergantung kepada pengambilan diet ibu!

Wanita hebat!



Apa yg saya share ni mungkin agak cliche, tapi harapan saya agar ia dapat menyuntik semangat terutamanya yang bergelar ibu dan isteri. Lately ramai yg masih muda dah berjaya dapatkan PhD kan? Maybe terdetik dalam hati rasa "takpelah dia masih muda dan tak byk komitmen nak jaga anak2, suami"...Mulalah kita pula rasa banyak betul dugaan jadi isteri dan ibu ni nak jaga anak-anak, ramai pula tu 😂. Sedangkan mereka yg masih single atau muda pun pasti ada cabaran tersendiri. Tapi alhamdulilah saya berjaya menamatkan pengajian PhD dalam tempoh 4 tahun (dari tarikh mendaftar postgrad hingga tarikh berkonvo). I thought waktu konvo tu saya akan menitiskan airmata, tapi saya rasa air mata pun takmahu keluar ..hihi.. yang ada hanya keriangan dan kelegaan.




I am a mother of 4 children.....3 boys and 1 girl. Anak saya yg sulung umur 10 tahun adalah anak istimewa (ada masalah nerve dan development delay). Ingat lagi masa saya study, dlm masa yg sama perlu bawa dia ke therapy session di Hosp. Besar Ipoh (speech, hearing, fisioterapi)..tapi mujur juga anak saya ni walaupun istimewa tapi dia tak banyak ragam dan mudah dijaga ☺️. Biasanya bila anak-anak dah tidur, saya sambung menaip atau kadang-kadang bila tidur awal, tapi terjaga awal pagi sebab tiba2 teringatkan ttg satu topic terus semangat nak taip. Saya ni jenis byk menaip..apa terlintas saya "register" dulu dlm pc saya. So, selepas 3 tahun 3 bulan, saya berjaya hantar notis intention utk submit. Itupun terlambat dari sasaran sebab saya hamil anak ke-4 pada tahun ketiga tempoh saya study. So sepatutnya genap 3 tahun nk submit thesis, tapi disebabkan saya bersalin jadi waktu dalam pantang, saya siapkan draf terakhir thesis. Maka perjalanan saya ;


- 3 tahun 3 bulan : submit notis of intention (baby keempat umur 3 bulan)
- 3 tahun 6 bulan : submit thesis for viva (baby dah umur 6 bulan)

- 3 tahun 9 bulan : sit for VIVA (baby dah umur 9 bulan) dan ..

- akhirnya 4 tahun : konvo (baby umur 1 tahun).

MasyaAllah cantiknya aturan Allah..semuanya dalam masa yang singkat selepas kelahiran anak keempat !

Memang tak mudah uruskan anak-anak dan dalam masa yg sama, struggle nak siapkan PhD, saya tak nafikan. Perlu set minda dan cabar diri sendiri utk terus forward dan siapkan apa yang kita dah mula. Tak boleh kayuh journey ni sorang2 ...kena mix around with your postgrad friends dan rajin2kan diri explore mcm2 cabang ilmu. Saya juga ada ups and down, sampai pernah hari-hari saya baking kek, macarons dan jual macarons pula tu 😂 . Dalam pada tu dapat juga terbitkan 5 jurnals (1 ISI index, 3 scopus, 1 ERA Journal List) dan 3 proceedings. Berjaya dapat first place peringkat fakulti dalam Three-Minute Thesis Competition (UM3MT) dan dua silver award IID exhibition (masa tu tengah pregnant 6 bulan anak ke4😅)



Buat semua yang bergelar isteri dan ibu, jangan risau dengan cabaran menjaga anak-anak. Anggaplah apa yg kita nak capai ni sebagai satu "hadiah" buat anak-anak, suami dan keluarga kita, mak ayah. Terima kasih anak-anakku Haikarl Syahmi (10 tahun), Hairitz Syamil (7 tahun), Hyzara Soffea (5 tahun) dan Haireyl Syazim (1 tahun 2 bulan) kerana menjadi penyuntik semangat mommy, dan buat suami Husrul Nizam..tq, we always support each other)


#tiba-tiba akak rasa sebak pula ingat anak-anak 😭

- Natasha (Phd)  -
Sumber Dr Natasha Khalil


Tips untuk bakal suami




Ini barang bukan main main bro. Bukan semudah keluar tengok wayang Ombak Rindu bila nak kahwin ni. Fizikal dan mental harus bersedia. Duit keluar masuk kena jaga sehabis baik. Jangan kau gatal nak spend untuk benda yang tak perlu, yang bukan bukan.

Yang lelaki, kau jangan asal boleh je bila nak ambik anak dara orang ni. First thing kalau kau tak boleh terima dan hormat, tak suka keluarga bakal mertua, you better don't. Baik buruk, miskin kaya itulah bakal keluarga kau. Berlapang dada, in Shaa Allah dipermudahkan.

Wanita yang kau puja yang kau idamkan tu, lepas kahwin nanti confirm tak sama dengan yang kau kenal sebelum kahwin. Lawa macam mana pun, nanti kau akan nampak apa rupa apa gaya dia tidur, bangun dari tidur. Yang control ayu tu kejap je, paling lama boleh control sebulan dua. Lepas tu ke laut ayu dia. Kau boleh control handsome masa tidur? Nan hado. Sebelum tidur kain pelikat dari pinggang ke kaki, bangun tidur kain dari pinggang ke muka.

Tak senonoh macam mana pun dia, itu isteri kau. Yang korbankan hidup dia berkahwin dengan kau yang entah siapa siapa. Kena bertolak ansur, kena muafakat. Hargai pengorbanan dia terutama lepas bersalin. Jadi suami yang bertimbang rasa, bukan ikut kepala sendiri je. Perkongsian hidup sampai bila bila ni.

Kongsi segalanya bersama sama. Jangan takut nak bagi tau password apa semua. Pape hal senang, buatnya jadi apa apa kat kau. Tapi selagi kau rahsiakan selagi tu dia tak percaya. Alah dia bukan nak check handphone kau sangat pun, dia cuma nak tau semuanya tentang kau supaya dia tau dia special. Orang perempuan, even dah kahwin pun dia ada masalah ni. Kau tak payah bohong, dia boleh bau. Dia boleh rasa. Kalau kau rasa kau ada bohong dia, kau ready je lah.

Jangan lurus sangat, kekadang kalau dia tidur belakangkan kau, kau panggil dia jawab acuh tak acuh maknanya siang tu kau ada buat hal lah tu. Simple. Kau buat derk lagilah dia bengang. Padahal, sumpah kau sendiri tak tau apa salah kau.

Kalau aku ambik masa sehari dua jugak nak recall apa aku buat. Gila, semalam aku sikat rambut belah kanan atau belah kiri pun aku tak ingat inikan pulak nak ingat apa aku buat. Tapi kalau rasa macam ada tak kena, pujuk je. Boleh recall tak boleh, belakang cerita. Masa bercinta pandai pujuk, takkan lepas kahwin tetiba jadi bangang. Ye dak?

Jangan terLIKE atau terKOMEN gambar perempuan. Kau buat pasal. Kekadang kau scroll je tapi tertekan like, takkan nak undo ye tak? Kah kah. Aku tau perangai kau. Cemburu tandanya dia sayang. Kau nak bebas sampai tak balik rumah macam bujang dulu tak boleh lah, isteri rasa benda benda simple macam ni seperti maruah dia. Kau kena paham. Steady brother, gentlemen sikit.

Bagi aku sebelum kahwin dengan selepas kahwin sama je macam zaman bercinta cuma bezanya kita bebas buat apa yang haram kita nak buat dulu. Tapi once kau ada anak, hidup kau 100% berubah. Takkan sama dah sampai anak kau boleh berdikari. Timing kau confirm lari. Pergerakkan kau confirm terbatas. Bukan sebagai beban tapi amanah dan tanggungjawab yang kau pilih dulu. Kalau kau enjoy kan diri kau buat semua tugas bapa dan suami, kau confirm nak lekat kat rumah je. Try bro. Tak bohong kau.

Bila isteri kau dah pernah bersalin, kalau dia kurang dengar, kurang ingatan, cepat penat kau paham paham lah. Ringankan beban dia sikit. Jangan tinggal semua bagi dia urus terutamanya anak. Kalau kau nak selami perasaan isteri, kau teman dia bersalin. Kau sambut anak kau sendiri kalau ada rezeki dan kesempatan. Confirm terbuka minda dan hati kau, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan tubuh badan dia untuk lahirkan zuriat pengikat kasih sayang untuk cinta kau orang.

Apa yang kau jijik nak tolong isteri mandikan, cuci berak anak? Anak kau tu. Buatlah, lepas tu kau akan biasa. Lelaki yang gagah adalah lelaki yang tukar pampers anak. Diorang baby kejap je. Lepas tu bila dah 7 bulan, dah start duduk macam anak aku, dah start jatuh katil sebab bergolek sana sini, dah naik jadi 8kg lebih, kau rindu masa dia baby dulu. Tak bohong kau. Tapi nak dengar radio dalam kereta tak boleh sangat dah sebab aku asik kena bukak movie Inside Out je. Syok je dia duduk kat car seat, padahal aku dengan Eleena punyalah bosan sampai dah hafal semua dialog Joy, Sadness, Anger, Bing Bong dll.

Dulu bau minyak telon, bau lotion bau bedak sekarang dah bau jantan bau air liur. Aku pernah nak keluar pergi kerja, dah pakai kemeja semua so sebelum keluar aku dukung nak kiss, tetiba dia luak muntah dia. Aduh, lari lagi timing aku. Belum lagi dia meragam nak tumbuh gigi. Belum lagi dia demam, meragam bagai.

Bila ingat balik, rindu zaman Farrel baby dulu. Tapi kalau kau jenis tak ambik port pasal anak, handover semua kat isteri, kau akan menyesal. Serious. Perasaan bila anak kau nampak kau, dia depa tangan nak kau dukung dia, gelak gelak kena acah, fuhh. Berair mata weh.

Aku bagi tips untuk buat orang rumah kau menitikkan air mata syahdu. Kau solat berjemaah terutamanya subuh. Paling kurang seminggu sekali pun dah Alhamdulillah. Try bro. Boleh keluar air mata jantan kau. Isteri kau lagilah, meraung kat belakang jadi makmum.

Ini impian setiap pasangan yang berpegang pada agamaNya, dah halal tu apa nak malas? Baca surah pendek pun tak ada hal, baca doa bahasa melayu pun tak salah. Kau jangan buat pandai main taram bahasa arab tapi tunggang langgang. Tak sampai kang sia sia je, nak jaga ego punya pasal.

Untuk 3-5 tahun pertama, rezeki kau kejap ada kejap tak ada. Poket kejap penuh kejap kosong lagi lagi untuk kau yang berniaga. Sabar. Usaha. Doa banyak banyak. Allah uji tanda dia sayang. Jangan cakap besar, kau jutawan pun boleh terduduk. Biasalah tu, cuci dosa kau masa muda. Eleh kau, buat buat lupa pulak. Normal semua tu. No matter how hard it is, just stay. Kejayaan dan kebahagiaan akan datang. Sikit lagi.

Bila susah ke masa sedih ke masa perasaan tengah down ke, bergaduh ke, kau tengok balik gambar lama kau orang. Tengok balik gambar nikah dan sanding dari Gamba Studio & video dari Kaio Studio. Hilang semua tu. Rasa macam baru je kahwin. Bila dah ada anak, hidup kau jadi rutin, jadi biasa. Tak adventure macam mula mula dulu so bila kau tengok balik gambar dan video kahwin, kau rasa kau dapat balik feeling perkahwinan impian kau orang yang dulu. Perasaan semangat dan cinta macam bercinta dulu. Siapa PM kat page Gamba Studio, cakap abang Mizan rekemen, confirm dapat diskaun dan FREE Live Update. Tak bohong ni.

Jangan takut untuk berkahwin, jangan risau tentang rezeki. Allah dah janji ada rezeki untuk isteri dan anak anak. Masanya akan tiba. Samada kau sabar atau tidak. Kalau kau tak nak rezeki sempit, jangan lupa orang tua jangan kedekut dengan isteri dan anak. In shaa Allah rezeki kau akan melimpah ruah. Percaya pada Allah. Tapi kau janganlah malas. Tak handsome tak apa tapi jangan malas. Kau dah lah rupa tak ada, menolong kat rumah pun tak nak, lepas tu malas cari duit. Apa punya jantan lah kau ni.

Lepas kahwin, buang sikap nak bergaya kau. Utamakan keselesaan anak isteri. Fokus pada aset terutamanya rumah. Kumpul duit, tak dapat beli rumah sebelum kahwin tak apa yang penting kau tekad lepas kahwin nak beli rumah. Pasang impian suami isteri sama sama, seronok kau nak cari duit nanti.

Aku doakan kau orang bahagia, diberi kesihatan dan rezeki yang berpanjangan. Amin Ya Allah. Semoga bermanfaat dan bila positive fikiran kau maka positive lah hasilnya in shaa Allah.

Sumber :Mizan Dzai

6 KEBAIKAN MUAL KETIKA HAMIL



  1. Mengurangkan risiko keguguran kerana banyak kajian menunjukkan risiko keguguran adalah rendah pada ibu yang mengalami muntah-muntah dan mual semasa hamil.
  1. Mengurangkan risiko kelahiran pra matang atau bayi tidak cukup bulan.
  1. Mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  1. Hormon Hcg semasa hamil akan meningkatkan dan ianya dipercayai menyebabkan rasa mual pada ibu namun ianya baik kerana hormon yang tinggi akan melindungi bayi di dalam kandungan anda.

KLIK UNTUK DAPATKAN SET VITAMIN IBU HAMIL 

  1. Apabila ibu mengalami mual-mual atau muntah, ini menyebabkan ibu tidak mengambil makanan yang tidak sesuai pada peringkat awal kehamilan, secara tidak langsung menjauhkan ibu dari mengambil makanan yang membahayakan bayinya.

KEKAL BERTENAGA DAN CERIA DENGAN SET VITAMIN BERSALIN SHAKLEE

  1. Ukuran placenta bertambah. Bila ibu mengalami muntah-muntah, pertambahan berat badan ibu sendiri tidaklah naik mendadak. Dengan ini memberi ruang kepada placenta menambahkan ukurannya! Plasenta memainkan peranan yang penting untuk membekalkan nutrien dan bekalan darah yang mencukupi kepada bayi.




Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Friday, 21 October 2016

Rengat ibarat sakit nak bersalin lagi?


Apa Itu Rengat
Rengat adala sejenis kesakitan seperti senggugut (malah lebih sakit) dan seakan-akan seperti semasa contraction semasa ingin melahirkan anak.

Kebiasaannya rengat berlaku semasa berpantang dalam minggu pertama-kedua selepas melahirkan anak. Ada juga ibu-ibu yang mengalami rengat pada hujung-hujung akhir berpantang, tetapi amat jarang berlaku waktu sebegini. Rengat adalah berbeza dengan bentan.



Apa Faktor Rengat

Darah Beku
Saya tidak dapat menghuraikan faktor yang lebih tepat punca berlaku rengat. Namun, perbincangan dengan jururawat, doktor, bidan dan juga orang tua-tua kebiasaan rengat berlaku kerana masih ada lagi sisa darah beku dalam rahim yang masih bersisa. Ia tidak keluar habis semasa melahirkan anak. Mungkin juga ianya darah yang menempel di dinding uterus dan masih menempel dengan kuat.


Menyusukan Anak dan Hormon
Ada juga ibu-ibu yang mengalami kesakitan di bahagian rahim semasa menyusukan anak. Ini berlakudisebabkan pengecutan rahim yang lebih cepat berlaku semasa bayi menyusu. Semasa menyusukan bayi, hormon dalam badan akan mengalami sedikit perubahan. Di samping itu juga, semasa menyusukan anak, hormon oxytocin yang dirembeskan akan membuat si ibu merasa mengantuk. Pengecutan rahim semasa menyusukan anak sangat baik untuk ibu. Ia adalah proses semulajadi untuk mengecutkan rahim.yang menjadi permasalahannya ialah, apabila sakit itu berpanjangan walaupun tidak menyusukan anak malah lebih sakit. Maka sakit sebegini digelar rengat.


Urat Saraf
Secara umumnya ramai sudah mengetahui proses mengandung, melahirkan anak badan si ibu perlu menampung berat dalam kandungan. Semasa proses melahirkan, sakit contraction sangat mencabar kekuatan si ibu kerana perlu menanggung kesakitan yang tak terkata. Bayangkan, proses melahirkan seolah-olah mematahkan tulang dalam badan. Tidak terbayang bukan. Kesakitan sebegini sedikit sebanyak memberi kesan kepada saraf dalam badan.


BAGAIMANA UNTUK ATASI RENGAT?


1. Elak kerja-kerja berat dan membasuh (Jangan lama dalam bilik air)
Ada sesetengah ibu yang selepas melahirkan perlu mebuat kerja-kerja rumah lantaran tiada pembantu. Suami perlu masuk semula ke tempat kerja selepas seminggu bercuti. Dengan keadaan anak-anak lain yang sedang lasak membesar, ada masa si ibu "terlupa" mereka perlu berpantang.


2. Bertungku
Amalan bertungku semasa berpantang dan diteruskan secara tidak kerap selepas berpantang sangat di galakkan. Sedikit sebanyak sakit rengat dapat dikurangkan. Ada juga ibu-ibu yang diberi hot bag di hospital untuk di letakkan di bahagian perut untuk sedikit kelegaan. Pelabgai bahan bertungku boleh didapati. Ada tungku batu sungai, besi, kayu, herba dan pelbagai lagi kaedah bertungku.



3. Pengambilan herba terpilih
Beruntung jika anda mengenali bidan-bidan lama yang mereka juga pakar dalam herba dan pembuatan jamu untuk masalah rengat.  Ini kelebihan yang ada pada ilmu turun temurun. Pemilihan herba yang sesuai untuk sakit rengat. Tetapi, awas..jka herba tersebut memberi kesan tidak elok pada bayi elok dielakkan



4. Mengurut
Mengurut juga boleh mengurangkan sakit rengat. Sesetangah bidan mengurut dapat mengenal urat saraf yang perlu "dituju" bagi mengurangkan derita rengat. Ingat ya, rengat bukan setakat sejam dua, tetapi ia berlarutan sehingga berhari-hari. Sangat menderita ibu berpantang yang diserang "rengat".



5. Pengambilan makanan tambahan dan tinggi antioksida
Antioksida bersifat mengembalikan sel-sel yang telah mati dan membantu tubuh badan mebina semula sel sel baru tubuh. Di samping itu, ia juga membantu detoksifikasi tubuh bagi mengeluarkan toksin dari dalam tubuh. Sudah ramai yang meilih Vivix sebagai tonik berpantang yang lebih mudah dan selamat. Disusuli dengan keluarnya darah berketul-ketul bersaiz hati ayam setiap ketulan selepas pengambilan Vivix. Dan, sakit rengat yang beransur reda selepas keluarnya "darah hati ayam". Mungkin dari pemerhatian sebegini ramai berpandangan rengat disebabkan masih ada sisa darah beku dalam rahim yaang "belum keluar habis". 

Di samping pengambilan set vitamin bersalin Shaklee yang menitikberatkan keperluan nutrisi ibu berpantang, kesihatan dalaman ibu dan kualiti susu ibu untuk bayi yang baru lahir.



6. Pengambilan Pil Penahan Sakit
Pada hemat saya, ini adalah pilihan terakhir. Bukan menolak cadangan pihak hospital yang membekalkan pil penahan sakit tetapi cuba meletakkan ikhtiar secara semulajadi terlebih dahulu untuk mengatasi masalah sebegini. Ini kerana painkiller adalah berasaskan dadah (yang dibenarkan di dalam rawatan allopaty). Painkiller bukan lah "kill the pain" tetapi mengurangkan rasa sakit dengan mengurangkan rangsangan sakit yang dihantar sampai ke otak. Hakikatnya, tubuh tetap menahan sakit. Cuma otak sahaja yang tidak dapat menafsir. Jadi, sakit rengat seolah-olah "sudah lega". Tetapi, jika derita rengat ini sangat memudaratkan, ambillah "painkiller" untuk kesejahteraan hidup.

Sedikit perkongsian yang mungkin banyak lagi yang perlu dikupaskan dan dihuraikan. Ini sekadar pemerhatian dan juga pandangan peribadi dari pelbagai sumber yang boleh dijadikan panduan asas. 

Share kan artikel ini untuk manfaat ramai 

Thursday, 20 October 2016

Kolestrol gedebuk jatuh dengan Vivix



KOLESTEROL TURUN, KEPALA DAH TAK SAKIT


Alhamdulillah, gembira dapat berita kesan positive seorang pengamal Vivix


Beliau datang ke ofis untuk check kesihatan, antaranya buat blood test untuk blood sugar dan kolesterol.

Beliau juga buat Karada - untuk check composisi lemak, internal body age, metabolisma rate.

Masa check kolesterol beliau sangat tinggi, 8.7 dan dah lama mengalami sakit kepala bertahun-tahun.

Alhamdulillah lepas consume vivix + omega selepas 2 bulan (nak turun kolesterol ambil masa ya!)

>> Kolesterol turun dari 8.7 ke 6.8
>> Dah tak sakit kepala

Ya Allah, nikmat kesihatan yang tidak terhingga. Ianya rezeki.
Koleseterol tinggi punya banyak masalah kronik antaranya serangan jantung, stroke, tekanan darah tinggi dan banyak lagi.

Jika anda atau orang tersayang mengalami masalah kolesterol tinggi, bertindaklah segera.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya

Otak cantik otak cerdik





"Kita bagi anak makan racun, bila dia tak behave, buat perangai, kita marah dia." - Dr Rizal Abu Bakar

Racun = Gula

Contoh Makanan Racun
1/ Air gas, air kotak, air tin, air bergula

2/ Lolipop

3/ M&Ms

4/ Snickers

5/ Cadbury

6/ MSG - Maggi Ajinomoto etc

7/ Kuih-kuih

8/ Kek (ok, nangis)

9/ Roti Canai (nangis makin kuat) atau apa-apa dari tepung putih. Tosai dan capati OK.

 Tukar roti putih kepada roti wholemeal atau multigrain.

11/ Nasi (nangis air mata darah terus haha) Bila scan, kondisi otak bila makan nasi sama macam bila makan kek. Kurangkan atau stop terus. Tukar ke beras perang.

12/ Susu formula

Tips & Tricks dari Dr Rizal Abu Bakar:

1/ Berhenti perlahan-lahan dan support dengan supplemen untuk otak, lama-lama akan rasa kurang keinginan kepada manis.

2/ Boleh galakkan anak-anak ambil makanan B.I.T

B - Buah Berries – Contohnya blueberries, cherry, blackberries dan strawberries beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak. Memori jadi power.

I - Ikan – Ikan kembung contohnya ada omega 3 yang tinggi. Bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak. Tuna dan salmon pun bagus.

T - Telur – Ia ada Choline. Penting untuk perkembangan memori anak-anak.

"Makanan mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku. Tinggalkan impak kepada prestasi otak."

Semoga bermanfaat.
Silakan share.


Tuesday, 18 October 2016

SEMUH KANSER PERINGKAT 4 SETELAH AMALKAN VIVIX







OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
CREDIT TO PN SAADIAH ARBAIN
.

[ANAK SAYA SEMBUH DARI KANSER PERINGKAT 4 SETELAH AMALKAN VIVIX]
.

Ini kisah anak saya.  Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee.
.

Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang.  Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain.
.

Sakitnya semakin kerap.  Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital.  Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda.  Lepas tu datang balik.
.

Doktor pun tak dapat detect penyakit ank saya.  Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah.
.

Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri.
.

Setelah beberapa hari dapat result,  anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai disana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak.
.

Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberi tahu anak saya mengidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi.
.

Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul.  Takut,  cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50.
.

Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya.  Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL.
.

Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi.  Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman.
.

Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama  enam  bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan.
.

Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula.
.

Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat.  Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal.
.

Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa.  Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya.
.

Justeru itu saya berusaha mencari supplement  bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai. Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee.
.

Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik.  Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya.
.

Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya.  Setelah konsisten ambil Vivix,  anak saya disahkan bebas kanser pada 20. 07.2016. Satu berita yang menggembirakan.
.

Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.
.

Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga.
.

Syukur Alhamdullilah.  Terima kasih Allah terima kasih Shaklee.

#supermomshakleestory
#myvivixstory
#vivixse
Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.