Friday, 21 October 2016

Rengat ibarat sakit nak bersalin lagi?


Apa Itu Rengat
Rengat adala sejenis kesakitan seperti senggugut (malah lebih sakit) dan seakan-akan seperti semasa contraction semasa ingin melahirkan anak.

Kebiasaannya rengat berlaku semasa berpantang dalam minggu pertama-kedua selepas melahirkan anak. Ada juga ibu-ibu yang mengalami rengat pada hujung-hujung akhir berpantang, tetapi amat jarang berlaku waktu sebegini. Rengat adalah berbeza dengan bentan.



Apa Faktor Rengat

Darah Beku
Saya tidak dapat menghuraikan faktor yang lebih tepat punca berlaku rengat. Namun, perbincangan dengan jururawat, doktor, bidan dan juga orang tua-tua kebiasaan rengat berlaku kerana masih ada lagi sisa darah beku dalam rahim yang masih bersisa. Ia tidak keluar habis semasa melahirkan anak. Mungkin juga ianya darah yang menempel di dinding uterus dan masih menempel dengan kuat.


Menyusukan Anak dan Hormon
Ada juga ibu-ibu yang mengalami kesakitan di bahagian rahim semasa menyusukan anak. Ini berlakudisebabkan pengecutan rahim yang lebih cepat berlaku semasa bayi menyusu. Semasa menyusukan bayi, hormon dalam badan akan mengalami sedikit perubahan. Di samping itu juga, semasa menyusukan anak, hormon oxytocin yang dirembeskan akan membuat si ibu merasa mengantuk. Pengecutan rahim semasa menyusukan anak sangat baik untuk ibu. Ia adalah proses semulajadi untuk mengecutkan rahim.yang menjadi permasalahannya ialah, apabila sakit itu berpanjangan walaupun tidak menyusukan anak malah lebih sakit. Maka sakit sebegini digelar rengat.


Urat Saraf
Secara umumnya ramai sudah mengetahui proses mengandung, melahirkan anak badan si ibu perlu menampung berat dalam kandungan. Semasa proses melahirkan, sakit contraction sangat mencabar kekuatan si ibu kerana perlu menanggung kesakitan yang tak terkata. Bayangkan, proses melahirkan seolah-olah mematahkan tulang dalam badan. Tidak terbayang bukan. Kesakitan sebegini sedikit sebanyak memberi kesan kepada saraf dalam badan.


BAGAIMANA UNTUK ATASI RENGAT?


1. Elak kerja-kerja berat dan membasuh (Jangan lama dalam bilik air)
Ada sesetengah ibu yang selepas melahirkan perlu mebuat kerja-kerja rumah lantaran tiada pembantu. Suami perlu masuk semula ke tempat kerja selepas seminggu bercuti. Dengan keadaan anak-anak lain yang sedang lasak membesar, ada masa si ibu "terlupa" mereka perlu berpantang.


2. Bertungku
Amalan bertungku semasa berpantang dan diteruskan secara tidak kerap selepas berpantang sangat di galakkan. Sedikit sebanyak sakit rengat dapat dikurangkan. Ada juga ibu-ibu yang diberi hot bag di hospital untuk di letakkan di bahagian perut untuk sedikit kelegaan. Pelabgai bahan bertungku boleh didapati. Ada tungku batu sungai, besi, kayu, herba dan pelbagai lagi kaedah bertungku.



3. Pengambilan herba terpilih
Beruntung jika anda mengenali bidan-bidan lama yang mereka juga pakar dalam herba dan pembuatan jamu untuk masalah rengat.  Ini kelebihan yang ada pada ilmu turun temurun. Pemilihan herba yang sesuai untuk sakit rengat. Tetapi, awas..jka herba tersebut memberi kesan tidak elok pada bayi elok dielakkan



4. Mengurut
Mengurut juga boleh mengurangkan sakit rengat. Sesetangah bidan mengurut dapat mengenal urat saraf yang perlu "dituju" bagi mengurangkan derita rengat. Ingat ya, rengat bukan setakat sejam dua, tetapi ia berlarutan sehingga berhari-hari. Sangat menderita ibu berpantang yang diserang "rengat".



5. Pengambilan makanan tambahan dan tinggi antioksida
Antioksida bersifat mengembalikan sel-sel yang telah mati dan membantu tubuh badan mebina semula sel sel baru tubuh. Di samping itu, ia juga membantu detoksifikasi tubuh bagi mengeluarkan toksin dari dalam tubuh. Sudah ramai yang meilih Vivix sebagai tonik berpantang yang lebih mudah dan selamat. Disusuli dengan keluarnya darah berketul-ketul bersaiz hati ayam setiap ketulan selepas pengambilan Vivix. Dan, sakit rengat yang beransur reda selepas keluarnya "darah hati ayam". Mungkin dari pemerhatian sebegini ramai berpandangan rengat disebabkan masih ada sisa darah beku dalam rahim yaang "belum keluar habis". 

Di samping pengambilan set vitamin bersalin Shaklee yang menitikberatkan keperluan nutrisi ibu berpantang, kesihatan dalaman ibu dan kualiti susu ibu untuk bayi yang baru lahir.



6. Pengambilan Pil Penahan Sakit
Pada hemat saya, ini adalah pilihan terakhir. Bukan menolak cadangan pihak hospital yang membekalkan pil penahan sakit tetapi cuba meletakkan ikhtiar secara semulajadi terlebih dahulu untuk mengatasi masalah sebegini. Ini kerana painkiller adalah berasaskan dadah (yang dibenarkan di dalam rawatan allopaty). Painkiller bukan lah "kill the pain" tetapi mengurangkan rasa sakit dengan mengurangkan rangsangan sakit yang dihantar sampai ke otak. Hakikatnya, tubuh tetap menahan sakit. Cuma otak sahaja yang tidak dapat menafsir. Jadi, sakit rengat seolah-olah "sudah lega". Tetapi, jika derita rengat ini sangat memudaratkan, ambillah "painkiller" untuk kesejahteraan hidup.

Sedikit perkongsian yang mungkin banyak lagi yang perlu dikupaskan dan dihuraikan. Ini sekadar pemerhatian dan juga pandangan peribadi dari pelbagai sumber yang boleh dijadikan panduan asas. 

Share kan artikel ini untuk manfaat ramai 

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.