Sunday, 23 October 2016

Susu ibu berperisa?


Adakah para ibu mengetahui bahawa susu ibu juga mempunyai perisanya yang tersendiri?

Adakah anda tahu bahawa setiap ibu mempunyai perisa susu masing - masing yang unik?

Perisa di dalam susu ibu akan diperisakan mengikut makanan atau minuman yang diambil oleh ibu!

Kepelbagaian perisa di dalam susu ibu yang bergantung kepada diet harian ibu yang berubah - ubah secara tidak langsung membantu bayi anda sebagai persediaan untuk bayi mengenali makanan keluarga yang sering diambil oleh keluarga anda setelah umur bayi genap 6 bulan.

Perbezaan perisa susu ibu tersebut, jika dibandingkan dengan perisa bagi susu formula ialah, susu formula mempunyai rasa yang sama pada setiap kali penyusuan, berbanding susu ibu, yang mempunyai perisa yang berbeza bergantung dengan makanan yang ibu ambil pada satu - satu masa.

Malahan perisa susu formula tidak dibuat berdasarkan pada mana - man perisa makanan.

Inilah antara punca mengapa kebanyakkan kanak - kanak berusia 1 tahun keatas yang hanya didedahkan kepada pemberian susu formula, seringkali menunjukkan masalah memilih makanan atau picky eater, berbanding kanak - kanak yang diberikan susu ibu selama 6 bulan secara ekslusif dan diteruskan sehingga 2 tahun, kebanyakkan tidak memilih makanan.

Oleh itu, mengapa setiap susu yang dihasilkan oleh ibu yang berlainan menghasilkan perisa dan rasa susu yang berlainan.

Contohnya, bagi ibu yang mempunyai kegemaran terhadap makanan pedas, tatkala ibu tersebut menyusukan anaknya selama 6 bulan secara ekslusif, secara tidak langsung, ibu tersebut telah membuat penyediaan awal kepada anaknya, untuk bersedia menerima makanan yang pedas.

Selain itu, dengan memberikan penyusuan ibu selama 6 bulan secara tidak langsung, seseorang ibu dapat melihat jika bayinya mempunyai masalah alergik atau alahan terhadap sesuatu makanan.

Contohnya, jika ibu tersebut mengambil makanan laut seperti udang, dan jika bayinya menunjukkan alahan kulit, setelah menyusu dari ibunya,maka secara tidak langsung, ibu tersebut dapat mengetahui masalah awal berkaitan pemakanan bagi bayinya, bagi penyediaan untuk pemberian makanan pelengkap apabila bayi berumur genap 6 bulan.

Maka, susuilah bayi anda dengan susu ibu, kerana keunggulan susu ibu yang tidak terbanding serta kebaikannya terhadap kesihatan bayi anda.

Perkenalkanlah bayi anda dengan pelbagai perisa makanan dan minuman, dengan memberikan bayi anda susu ibu.

Ingatlah, perisa susu ibu sentiasa akan berubah - ubah mengikut waktu bergantung kepada pengambilan diet ibu!

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.