Sunday, 23 October 2016

Tips untuk bakal suami




Ini barang bukan main main bro. Bukan semudah keluar tengok wayang Ombak Rindu bila nak kahwin ni. Fizikal dan mental harus bersedia. Duit keluar masuk kena jaga sehabis baik. Jangan kau gatal nak spend untuk benda yang tak perlu, yang bukan bukan.

Yang lelaki, kau jangan asal boleh je bila nak ambik anak dara orang ni. First thing kalau kau tak boleh terima dan hormat, tak suka keluarga bakal mertua, you better don't. Baik buruk, miskin kaya itulah bakal keluarga kau. Berlapang dada, in Shaa Allah dipermudahkan.

Wanita yang kau puja yang kau idamkan tu, lepas kahwin nanti confirm tak sama dengan yang kau kenal sebelum kahwin. Lawa macam mana pun, nanti kau akan nampak apa rupa apa gaya dia tidur, bangun dari tidur. Yang control ayu tu kejap je, paling lama boleh control sebulan dua. Lepas tu ke laut ayu dia. Kau boleh control handsome masa tidur? Nan hado. Sebelum tidur kain pelikat dari pinggang ke kaki, bangun tidur kain dari pinggang ke muka.

Tak senonoh macam mana pun dia, itu isteri kau. Yang korbankan hidup dia berkahwin dengan kau yang entah siapa siapa. Kena bertolak ansur, kena muafakat. Hargai pengorbanan dia terutama lepas bersalin. Jadi suami yang bertimbang rasa, bukan ikut kepala sendiri je. Perkongsian hidup sampai bila bila ni.

Kongsi segalanya bersama sama. Jangan takut nak bagi tau password apa semua. Pape hal senang, buatnya jadi apa apa kat kau. Tapi selagi kau rahsiakan selagi tu dia tak percaya. Alah dia bukan nak check handphone kau sangat pun, dia cuma nak tau semuanya tentang kau supaya dia tau dia special. Orang perempuan, even dah kahwin pun dia ada masalah ni. Kau tak payah bohong, dia boleh bau. Dia boleh rasa. Kalau kau rasa kau ada bohong dia, kau ready je lah.

Jangan lurus sangat, kekadang kalau dia tidur belakangkan kau, kau panggil dia jawab acuh tak acuh maknanya siang tu kau ada buat hal lah tu. Simple. Kau buat derk lagilah dia bengang. Padahal, sumpah kau sendiri tak tau apa salah kau.

Kalau aku ambik masa sehari dua jugak nak recall apa aku buat. Gila, semalam aku sikat rambut belah kanan atau belah kiri pun aku tak ingat inikan pulak nak ingat apa aku buat. Tapi kalau rasa macam ada tak kena, pujuk je. Boleh recall tak boleh, belakang cerita. Masa bercinta pandai pujuk, takkan lepas kahwin tetiba jadi bangang. Ye dak?

Jangan terLIKE atau terKOMEN gambar perempuan. Kau buat pasal. Kekadang kau scroll je tapi tertekan like, takkan nak undo ye tak? Kah kah. Aku tau perangai kau. Cemburu tandanya dia sayang. Kau nak bebas sampai tak balik rumah macam bujang dulu tak boleh lah, isteri rasa benda benda simple macam ni seperti maruah dia. Kau kena paham. Steady brother, gentlemen sikit.

Bagi aku sebelum kahwin dengan selepas kahwin sama je macam zaman bercinta cuma bezanya kita bebas buat apa yang haram kita nak buat dulu. Tapi once kau ada anak, hidup kau 100% berubah. Takkan sama dah sampai anak kau boleh berdikari. Timing kau confirm lari. Pergerakkan kau confirm terbatas. Bukan sebagai beban tapi amanah dan tanggungjawab yang kau pilih dulu. Kalau kau enjoy kan diri kau buat semua tugas bapa dan suami, kau confirm nak lekat kat rumah je. Try bro. Tak bohong kau.

Bila isteri kau dah pernah bersalin, kalau dia kurang dengar, kurang ingatan, cepat penat kau paham paham lah. Ringankan beban dia sikit. Jangan tinggal semua bagi dia urus terutamanya anak. Kalau kau nak selami perasaan isteri, kau teman dia bersalin. Kau sambut anak kau sendiri kalau ada rezeki dan kesempatan. Confirm terbuka minda dan hati kau, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan tubuh badan dia untuk lahirkan zuriat pengikat kasih sayang untuk cinta kau orang.

Apa yang kau jijik nak tolong isteri mandikan, cuci berak anak? Anak kau tu. Buatlah, lepas tu kau akan biasa. Lelaki yang gagah adalah lelaki yang tukar pampers anak. Diorang baby kejap je. Lepas tu bila dah 7 bulan, dah start duduk macam anak aku, dah start jatuh katil sebab bergolek sana sini, dah naik jadi 8kg lebih, kau rindu masa dia baby dulu. Tak bohong kau. Tapi nak dengar radio dalam kereta tak boleh sangat dah sebab aku asik kena bukak movie Inside Out je. Syok je dia duduk kat car seat, padahal aku dengan Eleena punyalah bosan sampai dah hafal semua dialog Joy, Sadness, Anger, Bing Bong dll.

Dulu bau minyak telon, bau lotion bau bedak sekarang dah bau jantan bau air liur. Aku pernah nak keluar pergi kerja, dah pakai kemeja semua so sebelum keluar aku dukung nak kiss, tetiba dia luak muntah dia. Aduh, lari lagi timing aku. Belum lagi dia meragam nak tumbuh gigi. Belum lagi dia demam, meragam bagai.

Bila ingat balik, rindu zaman Farrel baby dulu. Tapi kalau kau jenis tak ambik port pasal anak, handover semua kat isteri, kau akan menyesal. Serious. Perasaan bila anak kau nampak kau, dia depa tangan nak kau dukung dia, gelak gelak kena acah, fuhh. Berair mata weh.

Aku bagi tips untuk buat orang rumah kau menitikkan air mata syahdu. Kau solat berjemaah terutamanya subuh. Paling kurang seminggu sekali pun dah Alhamdulillah. Try bro. Boleh keluar air mata jantan kau. Isteri kau lagilah, meraung kat belakang jadi makmum.

Ini impian setiap pasangan yang berpegang pada agamaNya, dah halal tu apa nak malas? Baca surah pendek pun tak ada hal, baca doa bahasa melayu pun tak salah. Kau jangan buat pandai main taram bahasa arab tapi tunggang langgang. Tak sampai kang sia sia je, nak jaga ego punya pasal.

Untuk 3-5 tahun pertama, rezeki kau kejap ada kejap tak ada. Poket kejap penuh kejap kosong lagi lagi untuk kau yang berniaga. Sabar. Usaha. Doa banyak banyak. Allah uji tanda dia sayang. Jangan cakap besar, kau jutawan pun boleh terduduk. Biasalah tu, cuci dosa kau masa muda. Eleh kau, buat buat lupa pulak. Normal semua tu. No matter how hard it is, just stay. Kejayaan dan kebahagiaan akan datang. Sikit lagi.

Bila susah ke masa sedih ke masa perasaan tengah down ke, bergaduh ke, kau tengok balik gambar lama kau orang. Tengok balik gambar nikah dan sanding dari Gamba Studio & video dari Kaio Studio. Hilang semua tu. Rasa macam baru je kahwin. Bila dah ada anak, hidup kau jadi rutin, jadi biasa. Tak adventure macam mula mula dulu so bila kau tengok balik gambar dan video kahwin, kau rasa kau dapat balik feeling perkahwinan impian kau orang yang dulu. Perasaan semangat dan cinta macam bercinta dulu. Siapa PM kat page Gamba Studio, cakap abang Mizan rekemen, confirm dapat diskaun dan FREE Live Update. Tak bohong ni.

Jangan takut untuk berkahwin, jangan risau tentang rezeki. Allah dah janji ada rezeki untuk isteri dan anak anak. Masanya akan tiba. Samada kau sabar atau tidak. Kalau kau tak nak rezeki sempit, jangan lupa orang tua jangan kedekut dengan isteri dan anak. In shaa Allah rezeki kau akan melimpah ruah. Percaya pada Allah. Tapi kau janganlah malas. Tak handsome tak apa tapi jangan malas. Kau dah lah rupa tak ada, menolong kat rumah pun tak nak, lepas tu malas cari duit. Apa punya jantan lah kau ni.

Lepas kahwin, buang sikap nak bergaya kau. Utamakan keselesaan anak isteri. Fokus pada aset terutamanya rumah. Kumpul duit, tak dapat beli rumah sebelum kahwin tak apa yang penting kau tekad lepas kahwin nak beli rumah. Pasang impian suami isteri sama sama, seronok kau nak cari duit nanti.

Aku doakan kau orang bahagia, diberi kesihatan dan rezeki yang berpanjangan. Amin Ya Allah. Semoga bermanfaat dan bila positive fikiran kau maka positive lah hasilnya in shaa Allah.

Sumber :Mizan Dzai

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.