Wednesday, 23 November 2016

National Incentive Trip 2016 - Langkawi part 1


Alhamdulillah kali ni fazlina berpeluang lagi ke National Trip tajaan Shaklee.Apa yang best nya mengenai trip tajaan Shaklee ni ialah semua pengedar berpeluang untuk grab incentives ni.Bila kita berjaya capai syarat je terus boleh dapat tau.time keje dulu kalau nak g trip camni boss akan pilih staff yang the best among the best kan? tapi dalam bisnes shaklee ni tak gitu ...once kita berjaya je lepas target ,zasss terus leh dapat =)

Ok lokasi penginapan kami kali ni ialah di

The Westin Langkawi Resort & Spa: Langkawi Beach Resort

 

 

 

 

SABTU 19/11/2016

FC bertolak dari JETI KUALA KEDAH ,seawal 9.30 pagi dah sampai dah kat jeti.Ha tambang feri pergi balik pun Shaklee yang taja jugak.Dalam feri ni sempatla berkenalan dengan shaklee distributor yang lain.Aunty Yen dan aunty Choong.Umur memasing mak aih sebaya mama dan atok FS tau! tapi mcm umo 40-50 an.Time shopping kat pekan kuah , sikit pun aunty berdua ni tak mengeluh lenguh ke apa.Walhal FS ni dah senget2 muka menahan lenguh dan kebas kaki.Dalam kepala mmg set sebelum tido nanti wajib la pekena OSTEMATRIX 4 biji !


Ni je la yang FS shopping ,tak sampai seratus pun,










Ha selain dari dapat tiket feri FREE , dapat plak DUIT POKET SHAKLEE bagi ..alahai camne la tka sayang kat Shaklee ni kan ! =) RM150.00 tu ... sebelum naik feri tadi cik abang bagi duit belanja RM100 .. ALHAMDULILLAH rezeki

duit poket shaklee bagi



Perjalanan dari jeti kuala kedah ke langkawi dalam dua jam gitu.Nasib baikla laut ok.Ombak tak mengganas.Bukan pe sebab FS ni sea sick ..heee ..mabuk laut.Sampai kat Langkawi dalam pukul 12 gitu.Lepas lunch ( lupa plak snap gambo) ... eh lunch FS RM4.50 je tau sebab time tu takde selera  nak makan .amek nasi + begedil + kuah sambal + limau ais je...ok sambung  balik ..lepas lunch kami shopping cikelet kat kedai berdekatan.Naik bas untuk ke WESTIN HOTEL dalam pukul 2 gitu.



Sampai kat hotel dalam pukul 3 petang gitu ...masa nak turun dari bas tu.ha tediaaaa pihak hotel dan shaklee sambut kami dengan kompang ! siyes terasa mcam VVIP ... rasa di hargai oleh company .terharu ! =)

Welcome drink tapi ha macam macam ada ..masa ni dah tak lalu nak makan sangat dah.Waiter tu lawa kami makan banyak2 ,banyak makanan katanya.Dalam kepala FS masa tu nak cepat2 check in ,nak take shower pastu nak solat. OK FINE  ! sebenarnya tazzabar nak tengok bilik kami..haha ! 




Lepas amek kad , misi mencari bilik.No bilik kami 1313.Bukak bukak je nampak ada welcome note n gift dari Shaklee ! alhamdulillah yeayyyyyyyyyyyyyy Jenuh gak nak cari no bilik ..hew hew




View bilik masha Allah sangat cantik ! kami dapat balkoni ngadap sea view tau.Rasa tenang je tengok.

FS dan room mate..FS y tudung polkadot tu.hehe






View dari balkoni bilik kami..cantik kan ?

Bilik air besar ,tak leh nak shoot pic kesemua skali



Ha malam tu kami ada Sunset tropical dinner kat MAURITUS PELANGI HOTEL.Tema nye flora.FS pakai sempoi je sebab tak reti nk bergaya gaya ni.janji perut kenyang.hihi.Malam tu memang semua makan tak hengat dunia kecuali FS la sebab FS memang tak reti nak makan banyak2 ni ..ilang fokus..kiki.tengok kawan2 makan pun dah kenyang.kiki

Alhamdulillah ,walaupun dalam hati ni asyik teringat family kat rumah.Telatah geng2 surijunior sangat2 menghiburkan hati.Menu yang di sediakan pelbagai juadah.Macam2 ada.ada BBQ kambing , ikan ,ayam ..eh banyakkkkk ..tu tak campor desert ..macam2 jenis salad ..nasi ..beehun eh macam2 ada la.sampai FS pun rambang mata tak tau nak makan yang mana.

Time ni dapatla jumpa kawan2 yang selama ni jumpa kat facebook je kan.Rasa ukhuwwah semakin rapat.Pastu jumpa dengan super upline.Sangat best.Time ni gakla leh tukar2 cerita bisnes masing2.



Malam tu kami balik ke hotel dalam pukul 12 gitu .. ok cerita bersambung ke part 2 ..hari kedua di sana outdoor activity.memang mencabar.macam2 cerita FS nak share ngan korang semua..tungguuuuu ! =)

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.