Saturday, 24 December 2016

8 TIPS ELAK MEROYAN SELEPAS BERSALIN



Satu masa dahulu kita digemparkan dengan kes bayi ditikam ibu yang dalam pantang.Ada juga kes bayi yang dicampak dari bangunan. 


Bagaimana nak tahu yang saya menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum?

Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:
  • perasaan putus asa;
  • bersalah;
  • amat letih;
  • muram;
  • sering menangis;
  • sunyi;
  • gelisah;
  • terperangkap.
Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.

Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan. Jika anda mengalami kemurungan semasa kehamilan, ketibaan bayi anda mungkin tidak dapat membantu meringankan beban anda.



Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum?

Kami kurang mengetahui kenapa setengah wanita menjadi murung dan yang lain tidak. Ia mungkin disebabkan kimia otak atau reaksi anda kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti:
  • Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
  • Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
  • Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.
  • Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
  • Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
  • Mendapati sukar untuk menyusu badan.
  • Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil. 
  •  

Ada tujuh jenis meroyan yang dikongsikan dimana setiap satu mempunyai tahap dan sebab-sebab yang tertentu.
1. Meroyan Api
  • Ibu akan menjadi bengis, baran, cepat marah sampai ketahap menjerit-jerit dan lupa diri.
  • Mood swing yang ketara
  • Perubahan sikap lebih ketara bila dalam keadaan haid
2. Meroyan Ketung
  • Ibu menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa (sensitif) dan adakalanya kelihatan seperti bodoh
  • Berlaku kebanyakkan kepada ibu yang kehilangan anak
  • Ada kes sehingga membunuh diri

3. Meroyan Urat
  • Ibu mengalami ketegangan urat sarat sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot.
  • Selalu berlaku ketika cuaca sejuk, atau jika sang ibu tersilap makan benda-benda yang bersifat sejuk.
  • Berlaku buat ibu-ibu yang melakukan kerja-kerja berat atau banyak menggunakan urat besar sejurus lepas bersalin
4. Meroyan Lendir
  • Ibu sentiasa pucat, lesu, mata pudar, keguguran rambut dan badan menjadi susut.
  • Keguguran rambut yang extreme.
  • Mengalami masalah dingin seks terhadap pasangan.
  • Penyebab utama apabila darah kotor dan angin jahat di dalam tubuh tidak dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang.

5. Meroyan Tinggal
  • Ibu tiba-tiba asyik berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang melarikan diri dari rumah
  • Ibu mungkin tidak mahu bayinya sendiri
  • Ada tahap sehingga menjadi ganas

6. Meroyan Bulu
  • Ibu sentiasa seram sejuk selepas bersalin
  • Jika berlarutan, ibu akan mula menghidap rheumatoid arthiritis atau keradangan sendi
  • Ini berlaku apabila ibu banyak bermain air dan bersejuk-sejuk ketika dalam pantang.

7. Meroyan kulit
  • Ibu akan berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kelakuan kera.
  • Itu tandangan darah kotor tak habis keluar jadi kekotoran itu keluar melalui liang roma peluh.
  • Ini akan berterusan jika darah-darah nifas tidak habis dikeluarkan sepanjang tempoh berpantang.


Tengok jenis-jenis meroyan ni dah rasa takut kan ? InshaAllah ..jom kita tengok TIPS-TIPS untuk ATASI SIMPTOM MEROYAN SELEPAS BERSALIN.

TIPS 1 : BERSEDIA MENTAL DAN FIZIKAL
Bagi mengurangkan masalah tersebut, pelajarilah tanggungjawab sebagai ibubapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.

TIPS 2 : BANTUAN DARIPADA SUAMI
Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika merasa tertekan.Ahli keluarga juga perlu berikan kerjasama sepenuhnya kepada si ibu.


 TIPS 3 : DAPATKAN PEMBANTU RUMAH
Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.


TIPS 4 : REHAT YANG CUKUP
Rehat yang cukup juga adalah penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang. Beri masa untuk diri anda sendiri. Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah. Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas,  rebahkan badan dan relaks. Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur. Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja.


TIPS 5 : PEMAKANAN YANG SIHAT
Pengambilan diet dan pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas.
Omega 3 sangat bagus untuk kesihatan otak kita terutama sekali ketika berpantang lepas bersalin.Bila otak dapat nutrisi yang secukupnya , emosi pun dapat di kawal dengan tenang dan sempurna.Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting. Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga.



TIPS 5 : AMALKAN SENAMAN RINGAN
Biasanya dua minggu ke atas kita dah boleh berjalan-jalan dalam rumah.Tapi jangan laju pulak.Walaupun ianya satu perkara yang anda paling tak suka, senaman akan membantu anda merasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi anda sudah membantu. Anda mungkin telah berdaftar untuk menyertai kelas-kelas yoga atau Pilates semasa anda hamil. Anda boleh teruskan senaman yang lembut dan relaks seperti ini.


TIPS 6 : BERZIKIR
Banyakkan berzikir dan berdoa , munanjat kepada Allah.Mohon dijauhkan dari sebarang perkara yang tak di ingini.Mohon di jauhkan dari gangguan syaitan.

TIPS 7 : JANGAN TERLALU PERFECTIONIST
Biasalah bila dalam pantang , apatah lagi bila melihat kerja rumah yang orang lain buat tak seperti yang kita harapkan.SABAR , syukur lah kerana ada yang sudi bantu.Isitigfar banyak-banyak ,ingat yang waktu pantang  ni waktu untuk kita rehat kan badan.


TIPS 8 : JANGAN CULAS BERPANTANG
Amalkan penjagaan diri ketika berpantang seperti bertungku , berparam ,berpilis ..jaga pemakanan.Jangan lupa ambil supplement vitamin untuk lepas bersalin Shaklee ye.Nak ambil bersama jamu pun takde masalah.

Baca juga cara menjaga jahitan bersalin , cara cuci tali pusat baby


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN



Whatsapp/SMS ; 019 556 0012




No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.