Friday, 9 December 2016

PERANAN AYAH YANG ADA ANAK 2 TAHUN




PERANAN AYAH bagi ANAK DUA TAHUN

Semasa bersembang dengan beberapa ayah muda tempuh hari, seorang itu amat  terkejut bila Ibu mengatakan anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap. Malah sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya.

Dia agak terkejut kerana selama hari ini dia menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil dan macam biadap pun ada katanya.

Ibu katakan kepadanya, "Tak, itu bukan degil ke biadap dan buruk akhlak. Anak itu sedang melalui fasa Individuating...iaitu fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa dimana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti"

Nampak bulat mata si ayah-ayah tu. Soalannya yang seterusnya pula; " sampai bila fasa ni Ibu?" Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap jer iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik. Jangan cepat melebel anak itu dengan lebel yang buruk sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya. Contoh, 'budak degil, hiperaktif, jahat, nakal dan segala yang sewaktu dengan itu!

"Tak boleh marah ke Ibu?" tanyanya lagi..."marah berpatutlah jika perlu sangat...tapi perlu faham anak pada usia ini belum faham pun. Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat. Jika dia meronta, pegang jer dan sooth him...jangan kita pulak sama nak naik berang. Memang anak pada usia akan menangis bila disekat anginnya. So, just expect that without thinking anak itu degil atau anda ayah atau ibu yang bodoh. It is just a phase...so chill a little bit :) <3"

"Zaman dulu mak ayah tak pun sibuk akan fasa ni? Ada juga yang berkata begitu." sambungnya lagi. Jawapan Ibu, "siapa kata?"

"Sayang ingat ke macamana sabar emak ayah kamu mendidik? Mungkin ingat sikit-sikit ayah dukung atas bahu bawak pergi tengok burung, buah etc...itu bukankah cara si ayah mengalihkan pandangan supaya sayang tak menunjukkan tantrum...emak ayah dulu pun tahu dan ramai diantara mereka sangat sabar...mereka sering berkata...ala budak...kan? ada jugalah yang tak tahu dan tak sabar...itulah yang anak-anak mereka kemudiannya ada masalah emosi sikit dan mungkin banyak... nak pilih contoh yang mana?" tanya Ibu kepada yang bertanya tadi.

Termenung jugalah para ayah muda yang prihatin tu...kata-kata akhir seorang tu..."Eh, banyak kena tahu ni....besar tanggung-jawab ni." " Nanti Ibu cerita lagi boleh?" Ibu menganguk bersyukur.

Ibu senyum bersyukur dalam hati Ibu mendoakan mereka. Inilah contoh para Ayah yang senantiasa mahu memperbaiki diri demi kesejahteraan anak-anak dan isteri dan mereka ini tahu peranan besar mereka mendidik dan membentuk Ummah.

Credit facebook : Ibu Rose

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.