Tuesday, 31 January 2017

POWER PUMPING SUSU IBU ?




"Power Pumping Lagi?"
Saya tahu ada yang malu-malu nak tanya,
Tapi tak tahu, tapi mahu tahu..
Macam mana tu?
Power Pumping adalah satu aktiviti yang dibuat untuk mimic baby menyusu seperti waktu 'growth spurt'. Waktu growth spurt biasanya bayi mahu mengempeng sahaja. Waktu itu, lebih banyak tercetus penghasilan hormon prolaktin yang memberitahu tubuh Si Ibu,

"BUAT SUSU BANYAK LAGI, KEPERLUAN BABY MENINGKAT!"

Bila terbaik nak buat PP ni?
Mengikut pengalaman saya sendiri, saya suka buat pada waktu tengah malam dan pagi, waktu penghasilan susu lebih banyak dan masa yang diperlukan adalah 1 jam yang tenang tanpa gangguan dan stress.

Macam mana pula nak lakukan PP?
Jika anda mempunyai double pump,

😍 Mulakan sesi pump 20 minit,
😎 Rehat 10 minit
😍 Sambung pump 10 minit
😎 Rehat 10 minit
😍 Final pump 10 minit

SIAP!

Jika anda mempunyai single pump,
😍 Pump Kanan - 10 minit
😘 Selepas itu Pump Kiri - 10 minit

Sehingga cukup 1 jam, di selang selikan.
Mudah sungguh!

Sambil pump, berdoalah bersungguh agar Allah perbanyakkan susu supaya cukup buat Si Manja anda.

In shaa Allah, jadi dah tahukan tentang Power Pumping, pastikan share supaya lebih ramai ibu-ibu dan bakal ibu tahu tentang ilmu PP.

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.