Monday, 20 March 2017

Kenapa baby saya bertukar warna kulit?



Kenapa baby saya bertukar warna kulit?

Sebenarnya baby ni ada bermacam variasi warna kulit. Kalau baby tak cukup bulan ( prematured babies ) biasanya kulitnya akan nampak agak nipis, transparent-looking dan biasanya dipenuhi oleh rambut halus yang kita panggil dengan nama lanugo. Jadi jangan pelik kalau baby korang berbulu. Tu benda biasa je.

Lepas tu baby tak cukup bulan ni juga dipenuhi oleh lapisan vernix. Korang akan nampak vernix ni macam lapisan tepung yang dibasahi oleh air. Warna putih kekuningan. Korang Google la sendiri kalau nak lebih jelas camne rupa vernix ni. Vernix ni fungsinya untuk melindungi bayi daripada air ketuban.

Kalau baby terlebih bulan pulak biasanya kulitnya akan sedikit berkedut, rambut halus ( lanugo ) dan lapisan vernix pun dah tak banyak sangat dah. Baby ni biasanya mula-mula lahir dengan kulit yang agak pink. Ni disebabkan oleh pembuluh darah di bawah kulit baby sebenarnya. Makin baby tu membesar baby tu akan sedikit gelap dengan bertambahnya bilangan melanin yang memberi warna pada kulit baby tu sendiri.

Makin baby tu membesar dan terdedah pada cahaya matahari maka boleh jadi kulitnya akan makin gelap tapi jangan sampai tak bagi langsung anak kita kena cahaya matahari pulak. Cahaya matahari tu tetap ada manfaat asalkan jangan keterlaluan je.

Tak payah nak letak produk pemutih dan produk kosmetik kat anak kecil ye. Kononnya nak ubah warna kulit anak. Warna kulit tu Allah dah programkan dalam genetik baby tu dan juga kerana faktor persekitaran baby tu tinggal.

Tak kisah la anak kita putih ke gelap ke coklat ke. Yang penting kita boleh terima anak kita seadanya. Yang penting kita kena fikir camne nak bagi anak kita jadi anak yang boleh tolong kita waktu kita dalam kubur nanti. Dah mati nanti doa anak soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat je yang boleh jadi tempat berpaut. Ni ilmu yang korang baca dan korang share sekarang ni la yang dipanggil ilmu yang bermanfaat dan anak yang kita tengah sayang sangat-sangat tu la yang mampu mendoakan kita suatu hari nanti.


No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.