Monday, 27 March 2017

PEMINAT TEGAR JUS KOTAK?



Jika anda memilih jus kotak berbanding air soda bergas supaya lebih selamat...

Ketahuilah bahawa jus kotak ialah JUNKFOOD.

.
Jika masih ada sisa buah-buahan di dalamnya,

.
Ia biasanya mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tambahan.

.
Sudahlah sangat tinggi kandungan gulanya...lebih teruk, disebabkan serat yang kebanyakannya dibuang, anda menyerap hampir kebanyakan kandungan gula didalamnya!

.
Bayangkan, 200ml jus kotak mengandungi hampir 20g kandungan gula ataupun 5 sudu gula...

....gula yang paling TOKSIK iaitu FRUKTOSA (HFCS).

.
Gula fruktosa mudah :
1) Menyebabkan ketagihan gula!
2) Membebankan dan merosakkan organ hati.
3) Meningkatkan asid urik penyebab gout.
4) Meningkatkan kolesterol benar2 jahat.
5) Meningkatkan stres dan kerosakan organ terutama otak dan saraf.
6) Meningkatkan risiko diabetes, masalah hormon seperti PCOS dan masalah rintangan insulin yg lain.
7) Mengurangkan kesan hormon kekenyangan (leptin) dan meningkatkan hormon sangap (ghrelin).

"Seriously" menggemukkan..itu dalam susu pekat teh tarik tu, fruktosa la tu.

.
Gula yang digelar  "alkohol tanpa mabuk" oleh pakar obesiti terkenal yang juga pakar hormon kanak2 Dr Robert Lustig.

.
Sila periksa label jumlah gula di belakang jus kotak, anda akan dapati  rata-ratanya mengandungi jumlah kandungan gula 15-35gram sekotak..

.

Maka elakkan jus kotak, usah selalu disuakan racun gula ini kepada anak-anak anda sehingga mereka ketagihan.

Selamatkan otak, saraf dan penglihatan mereka daripada bahaya kerosakan "glikasi"  kesan pengambilan gula.

.
.
Allah selamatkan kamu..

.
Ikhlas,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.