Monday, 8 May 2017

JAJAN ROSAK KAN OTAK ANAK?

BAGAIMANA JAJAN KECILKAN PUSAT MEMORI OTAK
----------------------------------------------
.
Waktu itu aku sedang menuils laporan. Tengah kusyuk menulis, terdengar namaku disebut. Dr Andy sudah berada di sisi ketika aku berpaling. Dengan penuh teruja dia mengajak aku ke lab.
.
Dr Andy adalah pakar neuropsikiatri. Hampir tiga dekad menabur bakti dalam dunia psikiatri. Pendekatannya sedikit berbeza.
.
Apabila tidak sama pasti mengundang jelek bicara. Ramai jadi tukang kutuk. Tukang fitnah.
.
Sehingga Dr Andy dihadap ke lembaga disiplin bidang perubatan. Dr Andy tidak berundur. Tidak kendur.
.
Ketika orang lain mengasing diri, Dr Andy keluarkan data saintifik. Terus dengan dunia imbasan otak
.
Ya, dulunya tidak pernah rawatan psikiatri gunakan imbasan otak. Biasanya Talk Therapy. Dia melawan arus.
.
Kini dia dihormati. Khidmatnya ditagih. Pendapatnya jutaan nilaiannya.
.
Keluar dari bilik kami berjalan beriringan. Dr Andy tunjukkan hasil imbasan otak Jay. Seorang pesakit berusia 19 tahun.
.
Dia tunjukkan bahagian  Hippocampus. Pusat memori manusia. Aneh.
.
Hippocampus Jay lebih kecil saiznya. Dr. Andy bertanya kepadaku. Apakah punca Pusat Memori ini mengecil.
.
Berat soalan ini. Aku berfikir sejenak. Mencari jawapan yang terbenam dalam subconscious mind.
.
Dengan tenang aku menjawab. Puncanya PUSAT MEMORI MENGECIL ialah MAKANAN RINGAN atau JAJAN.
.
“Betul”, kata Dr Andy. “Spot on,” tambahnya lagi lebih teruja wajahnya kali ini.
.
Jay selalu habiskan masa dengan makanan ringan. Berjajan sahaja. Pada jajan ada pewarna. Ada perasa.
.
Pada jajan ada bermacam bahan kimia. Semuanya mengakis. Semuanya merosakkan.
.
Bagaimana mahu belajar apabila pusat memori makin mengecil? Bagaimana dapat jadi pintar terdidik apabila OTAK DiRACUN JAJAN setiap hari?
.
Jangan SHARE, TAG dan LIKE nanti gulung tikar pula pengeluar jajan dan makanan ringan berbahaya ini.
.
#DrOtak
#OCOC
#FutureBrain

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.