Friday, 7 July 2017

Raya & kencing manis

RAYA DAN KENCING MANIS
=======================

Setiap kali hari raya perkara yang paling di risaukan adalah pesakit2 diabetis yang mengandung dan mempunyai kencing manis, tak kira la yg ada'GDM' (Kencing Manis semasa mengandung) atau 'Establih Diabetis' (pesakit kencing manis walaupun sebelum mengandung)...

Setiap kali datang followup berkali kali akan dipesan jaga pemakanan masa hari raya nanti, almaklumlah apabila ketupat, rendang, kuih beraneka kaler & rasa, air juga berwarna warni mengikut tema... kandungan gula & kalorinya tak payah cakap la, melambung lambung naik..

Jom kita lihat apakah risiko yang paling di risaukan sekiranya kandungan gula di dalam darah ibu2 dalam keadaan yang tinggi secara tiba2 :

1) Air ketuban banyak (polyhydromnions) - bila berlaku
    keadaan ini, ibu mula rasa tidak selesa, rahim ibu membesar
    lebih dari usia kandungan, risiko kelahiran pramatang tinggi
2) Risiko bayi lemas - ini boleh terjadi bila mana keadaan gula
    ibu yang tiba2 tinggi
3) Bayi meninggal - keadaan inilah yang paling ditakuti oleh
    obtetrician dalam merawat ibu2 diabetis. Keadaan ini boleh
    berlaku jika keadaan bayi lemas dan seterusnya boleh
    membahayakan nyawa bayi anda
4) Bayi besar - bayi anda akan membesar dengan cepat bila
    dia mendapat kandungan gula yang tinggi, risiko
    'macrosomic baby' sangat tinggi, seterusnya risiko utk
     bersalin secara caeserean adalah tinggi
5) Risiko keguguran - Keadaan ini boleh berlaku sekiranya
    kandungan ibu dan kencing manis seawal 4 bulan pertama
6) Kecacatan Bayi - keadaan ini boleh berlaku sekiranya
    kandungan gula ibu tidak terkawal seawal usia kandungan 3
    bulan dimana pembentukan organ2 bayi sedang berlaku..
7) Bayi senang mendapat jaundis semasa lahir - ini adalah
    disebabkan kandungan elektrolit yang tidak seimbang
    didalam bayi semasa di dalam kandungan
8) Bayi mengalami hypoglysemia semasa lahir - ini disebabkan
    sebaik sahaja selepas kelahiran, paras glukosa dalam tubuh
    bayi mungkin akan menurun sehingga ke paras paling
    rendah kerana kandungan hormon insulin yang tinggi dalam
    badan. Ia berlaku akibat mekanisma perubahan
    persekitaran yang sudah tidak sama seperti di dalam rahim
    ibu yang ada bantuan tindakbalas insulin-glukosa

So, ibu2 semua.. beringat2 ye dalam kemeriahan menyambut Syawal, Walaupun jemputan ke rumah terbuka hari2, berpada2 dan beringat2 semasa menjamu selera...

Akhir kata 'SALAM SYAWAL' dari saya sekeluarga untuk semua

Dr Norhayati Kasim
Pantai Hospital Sungai Petani

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.