Tuesday, 4 July 2017

Sambal belacan ala kedai Thai

Tetiba teringin nak makan telur goreng ngan sambal belacan macam kat Restoran Thai.So arini saya share plak resipi

Sambal belacan ala Thai


Bahan -bahan

Cili api 10-15 batang
Bawang merah 2 biji
Bawang putih 3 biji
Belacan bakar sebesar ibu jari
Sedikit cuka
Sedikit garam dan gula
Limau nipis **saya pakai lemon sbb limau nipis takde hehe
Tomato sebiji
Sedikit asam jawa

Cara buat
Hiris kasar bawang merah & putih
Potong tomato

Blendkan semua bahan bahan di atas kecuali cuka, limau

Kisar sebati..kemudian letak sdikit cuka dan perahan limau..perasakan garam dan gula

Siapp

Telur goreng ala Thai

Bahan-bahan

2 biji telur 
Sdikit garam
Sedikit bancuhan tepung jagung
Sedikit sos sotong..x letak pun xpe

Dalam mangkuk yang ada telur, letakkan garam, sos sotong dan juga bancuhan tepung jagung..

Kacau sampai berbuih

Panaskan minyak..bila dah agak panas..masukkan bancuhan telur tadi..perlahankan api..tunggu sampai menggelembung dan balik kan supaya x hangit

Bila telur goreng dh brtukar kecoklatan..angkat dan tos kan..rasa rangup sebiji macam kat kedai..auww perasann hii..

Selamat mencuba !😉




No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.