Wednesday, 9 August 2017

Ketua Saintis Shaklee Menjawab Salah Faham Tentang Landmark Study

Assalamualaikum semua , semoga sihat hendaknya =)
Hari ni fazlina nak share respon untuk isu yang hangat diperkatakan oleh segelintir netizen mengenai landmark study yang shaklee jalankan untuk pengguna produk shaklee.
Terima kasih juga buat kak Raihanah yang telah berusaha untuk dapatkan ulasan lanjut dari Dr Daggy selaku ketua saintis di Shaklee Corporation.
Jom baca =)
Bila dah jadi friend Ketua Saintis Shaklee di FB, saya simpan beberapa soalan yang saya mahukan penjelasan daripada beliau. Sekali tanya je la, sebab kita sedang deal dengan orang penting Shaklee. Dah tentu masanya sibuk dengan pelbagai urusan kerja. Nak layan soalan budak-budak macam saya ni, nanti banyak-banyak kali sangat takut dia rasa annoying.
Tapi kiranya Dr Daggy (Ketua Saintis Shaklee) memang cool orangnya. Layan je soalan saya walaupun soalan tahap darjah 6 je. Jadi kali ini saya korek lagi tentang Landmark Study Shaklee yang membuatkan industri suplemen sangat panas sejak akhir-akhir ini. Almaklumlah cuma Shaklee sahaja yang ada Landmark Study.
Jadi mesti ramai yang hendak tahu berkenaan Landmark Study kan. Di bawah adalah jawapan Dr Daggy yang saya telah translate dan tambah perasa.
Perhatikan video dibawah berkenaan Landmark Study.

Salah Faham Tentang Landmark Study

Ada beberapa salah faham tentang Landmark Study yang saya kira semua orang hendak tahu. Layankan ya:

1. Kenapa Landmark Study dibuat menggunakan kaedah cross sectional

Sebelum saya berikan jawapan Dr Daggy, ayuh kita tahu dulu apa itu kajian mengikut kaedah cross sectional.

Apakah kajian cross sectional

Dalam kajian cross sectional, data dikumpulkan pada populasi kajian pada satu-satu masa untuk mengkaji hubungan antara penyakit (atau keadaan berkaitan kesihatan yang lain) dan pemboleh ubah lain. Oleh itu, kajian cross sectional memberikan gambaran ciri-ciri berkaitan kesihatan dalam populasi pada suatu masa tertentu.
Metodologi ini digunakan untuk menilai penyakit atau keperluan kesihatan penduduk, contohnya, dan oleh itu, amat berguna dalam perancangan dan peruntukan sumber-sumber kesihatan.
Piramid Kajian
Piramid Kajian
Antara masalah kajian cross sectional adalah potensi tiada maklumbalas daripada responden. Berikut adalah kekuatan dan kelemahan kajian dengan kaedah cross sectional:
Kelebihan dan kekurangan kajian berdasarkan cross sectional
Kelebihan dan kekurangan kajian berdasarkan cross sectional
Jadi menurut kata beberapa orang, kajian mengikut cross sectional ini dikatakan di tahap yang paling rendah.
Apa pula jawapan Dr Daggy?
Jawapan Dr Daggy berkenaan penggunaan cross sectional study
Jawapan Dr Daggy berkenaan penggunaan cross sectional study
Menurut jawapan Dr Daggy, pemilihan kaedah cross sectional adalah paling baik merujuk kepada jenis kajian yang hendak dibuat. Kajian memang banyak jenis, tapi kena ikut juga kajian yang sesuai dengan apa yang kita mahu kaji. Objektif kita apa, dan jenis kajian macamana yang sesuai. Tidak boleh main pukul rata bahawa semua jenis kajian sesuai untuk semua objektif yang kita mahukan.
Untuk pengetahuan juga, Landmark Study Shaklee dibuat turut mengambil sampel darah. Bukan semata-mata online survey. Boleh semak kaedah kajian yang dibuat terus di website Nutrition Journal. Tiada apa yang Shaklee hendak sorokkan.
Selain itu, untuk pengetahuan anda, Landmark Study Shaklee dibuat dengan kaedah double-blind.
Kaedah double blind dalam Landmark Study
Kaedah double blind dalam Landmark Study
Kaedah double-blind adalah kaedah kedua paling bagus (perhatikan carta piramid di atas). Double blind bermaksud kedua-dua pengkaji dan responden tidak mengetahui satu sama lain. Kaedah ini paling bagus untuk mengelakkan bias. Jadi sebenarnya pasukan Dr Gladys telah melihat keseluruhan kajian untuk mengelakkan bias.
Apa kesimpulannya?
  • Kaedah cross sectional paling sesuai untuk kajian yang dijalankan
  • Kaedah double blind turut dilaksanakan untuk mengelakkan bias

2. Jurang perbezaan dari segi sosio ekonomi dalam kumpulan yang dikaji

Dalam Landmark Study turut menyatakan sosio ekonomi kumpulan yang dikaji iaitu:
  • Pengguna suplemen tunggal: berumur kurang 60 tahun, BMI 27, 55% memiliki pendidikan tinggi, pendapatan bawah USD30 ribu sebanyak 17%
  • Pengguna tanpa suplemen: berumur kurang 60 tahun, BMI 29, 55% memiliki pendidikan tinggi, pendapatan bawah USD30 ribu sebanyak 19%
  • Pengguna Shaklee: berumur lebih 63 tahun, BMI 26, 80% memiliki pendidikan tinggi (ijazah dan ke atas), pendapatan bawah USD30 ribu sebanyak 2%
Jadi ada beberapa pandangan menyatakan sosio ekonomi nampak berbeza. Tapi hendak tahu apa penjelasan Dr Daggy?
Jawapan Dr Daggy berhubung jurang perbezaan sosioekonomi
Jawapan Dr Daggy berhubung jurang perbezaan sosioekonomi
Menurut Dr Daggy pengguna Shaklee jauh lebih berumur berbanding 2 kumpulan yang lain. Dengan jarak umur berbeza, tentu kumpulan pengguna Shaklee pun berisiko mendapat penyakit disebabkan penuaan, betul tak?
Walaupun dengan status pendidikan dan pendapatan yang lebih berbanding 2 kumpulan lain, ini tidak mengecualikan mereka ini daripada risiko penyakit kronik.
Jadi bukankah memang satu yang sangat baik apabila dengan usia yang lebih berumur, pengguna Shaklee memiliki kesihatan lebih baik berbanding 2 kumpulan yang lain? Orang lebih tua, sepatutnya penyakit lebih banyak betul tak? Tengok sajalah orang kaya atau pemimpin di negara kita. Adakah mereka sihat sepenuhnya? Ramai juga yang alami obesiti, kanser, sakit jantung (ini paling lumrah di kalangan orang kaya Malaysia).
Landmark Study diketuai oleh seorang Professor Emerita, seorang bertaraf tinggi di bidang akademik. Seharusnya ini sudah memberikan kita keyakinan bahawa semua hal ini telah pun dibincang, diperhatikan dan dihadamkan selumat-lumatnya oleh pasukan pengkaji daripada University Berkeley.
Tapi oklah bila ada soalan-soalan ni, maknanya otak kita berfikir kan?

3. Landmark Study dikatakan telah outdated

Ada cakap-cakap mengatakan Landmark Study ini telah ketinggalan zaman. Kajian dibuat 10 tahun lalu (diterbitkan pada 2007), takkan Shaklee masih hendak guna data ketinggalan zaman?
Dr Daggy menjawab persoalan berkaitan Landmark Study dikatakan ketinggalan zaman
Dr Daggy menjawab persoalan berkaitan Landmark Study dikatakan ketinggalan zaman
Menurut Dr Daggy fisiology manusia bukan berubah dengan cepat, dalam tempoh 10 tahun pun kajian ini masih valid. Pernah dengar bagaimana penyakit boleh tumbuh dalam badan kita selepas 10 tahun? Ya, penyakit datang kepada kita bukan dalam 1 tahun, 1 bulan, atau 5 tahun. Tapi ia telah ada dalam badan kita 10 tahun atau lebih.
Contohnya pesakit kanser berumur 25 tahun. Kanser telah ada dalam badannya 10 tahun sebelum itu lagi sebelum ia benar-benar mengganas dan menampakkan diri. Apa yang kita makan setiap hari sangat memberikan kesan kepada kesihatan kita. Apa yang ingin disampaikan melalui Landmark Study adalah bagaimana nutrisi yang lengkap dapat mempengaruhi kesihatan kita.
Pernah tengok kajian berkenaan diabetes seperti ini?
Kenapa masih diplotkan data dari tahun 1996? 20 tahun tu. Ini data daripada KKM. Jadi boleh fikir kot.
Statistik diabetes Malaysia sejak 1996 20 tahun lalu
Statistik diabetes Malaysia sejak 1996 20 tahun lalu
Kesimpulannya, data saintifik fisiologi manusia tetap valid.

4. Telomere Study Kenapa Tidak Diterbitkan

Ada yang tanya kenapa telomere study tidak diterbitkan dalam website jurnal saintifik sebagaimana Landmark Studydan lain-lain. Ini adalah jawapan Dr Daggy:
Dr Daggy menjawab isu berkaitan telomere study
Dr Daggy menjawab isu berkaitan telomere study
Memang benar Telomere Study tidak diterbitkan dalam mana-mana website jurnal, namun ia telah pun dibentangkan dalam persidangan sains dan telomere study juga boleh didapati dengan mudah dari website Shaklee Health Resource. Jadi mudah sahaja mendapatkannya, dan ia boleh disemak sesiapa sahaja (peer-reviewed).
Telomere Study diketuai oleh pemenang anugerah Nobel iaitu Dr Blackburn yang mana syarikat beliau kurang berminat dengan penerbitan jurnal disebabkan syarikat masih baru dan mempunyai kekangan bajet.
Jadi boleh terima la kan kenapa ia tidak dipamerkan?
  1. Sebab masalah kewangan pihak ketiga yang membuat kajian iaitu syarikat Dr Blackburn
  2. Walaupun begitu, Telomere Study masih boleh disemak dan dibaca dari website Health Resource.
  3. Telomere study telah dibentangkan dalam persidangan sains yang dihadiri para saintis berkaliber.
Jangan lupa baca ok.

5. Peranan Les Wong dan Dr McManus Dalam Pasukan Landmark Study

Ini satu lagi yang diperkatakan. Les Wong dan Dr McManus pun terlibat dalam pasukan Landmark Study. Jadi bagaimana boleh disebut sebagai kajian bebas tanpa campurtangan Shaklee?
Dr Daggy terangkan berkenaan Les Wong dan Dr Jamie dalam tim Landmark Study
Dr Daggy terangkan berkenaan Les Wong dan Dr Jamie dalam tim Landmark Study
Dr Daggy menyebut bahawa:
  • Peranan Les Wong dan Dr McManus hanya dari sudut pengurusan kajian
  • Dr Gladys Block mengetuai kajian dan mempunyai kuasa penuh dalam kajian.
  • Sekiranya Dr Gladys Block memperoleh keputusan yang tidak memihak kepada Shaklee, hasil kajian tetap akan diterbitkan.

Data yang diperoleh oleh Dr Block, telah disemak oleh pengkaji bebas sebelum kesimpulan akhir dibuat. Apa yang menarik adalah data yang disemak oleh pengkaji bebas adalah bersamaan dengan hasil yang diperoleh oleh Dr Block. Jadi walaupun ada pasukan pengkaji Dr Block, hasil keputusan tetap dirujuk kepada pengkaji bebas.

Penutup

Para saintis yang menjalankan kajian terhadap produk Shaklee bukan calang-calang orangnya. Bukan cuma berkelulusan ijazah atau baru sedang belajar untuk PHD yang mana jurnal saintifik pun belum tentu ada ditulis atas namanya, namun mereka ini satu nama besar dalam bidang sains. Anda tahu siapa orangnya?

1. Dr Gladys Block

  • Merupakan profesor emerita 
  • Memiliki berpuluh-puluh tulisan jurnal saintifik yang diterbitkan dalam website saintifik berkaliber seperti ncbi, hindawi.com, dan macam-macam lagi.

2. Dr Elizabeth Blackburn

Bercakap tentang kepentingan, bagi seorang profesor, adakah kepentingan bersama Shaklee lebih penting berbanding kepentingan mereka sebagai seorang profesor yang berkaliber? Bagi saya eloklah jangan kita fikirkan tentang kepentingan, bahas sampai esok pun belum tentu habis.
Banyak info telah kita dapat betul tak? Sekiranya ada lagi persoalan, boleh sahaja tanya saya, boleh hubungi saya di nombor tertera. Bagi SID yang ingin mengambil maklumat dalam rencana ini, anda boleh ambil, namun mohon bagi kredit kepada blog saya ok.
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.