Wednesday, 20 September 2017



DAKI KE NI? PANAS PELUH? KISAH KASIH SAYANG IBUBAPA MEMBAWA KEROSAKAN
------------------------------------------------------------------------------

Seorang guru prihatin ini mengadu..beliau risau melihat fenomena yang kian berleluasa di kalangan anak muridnya ..pemandangan biasa yang dilihat ini berlaku pada kanak-kanak obes..kondisi ini dikenali sebagai:

"ACANTHOSIS NIGRICANS"

Sebagaimana namanya, begitulah rupanya...kehitaman bak daki tapi tak tertanggal walaupun menggunakan klorox..ia bukan daki kotoran luaran..tapi mungkin "kotoran dalaman" dek pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.



Mari kita lihat fakta berkaitan penyakit ini:

- Ia boleh diwarisi, kelihatan sejak lahir.

- 2 JENIS: Benign (kurang bahaya) malignant ( bahaya..hmm..kanser).

- PETANDA : Pigmen lebih gelap di kawasan celahan seperti leher dan tengkuk, ketiak dan lipatan kulit.

- UMUR : Bawah 40 tahun. Semakin biasa dilihat pada kanak-kanak.

- GOLONGAN BERISIKO:

* Obes
* Masalah Hormon seperti PCOS, hypotiroid, cushing ( terdedah steroid kortisol kronik)
* Kencing Manis

.
Nampak jelas ya, kaitan di atas. Semua ini masalah biasa berlebihan GULA daripada pemakanan.

- Masalah berat badan
- Masalah hormon
- Masalah gula tak terkawal.

.
Amat malang apabila kita dimomokkan bahawa anak-anak perlu gula untuk lebih fokus apatah lagi jika gula yang disyorkan ialah gula toksik iaitu GULA TINGGI FRUKTOSA.

Mungkin ini "kebaikan" gula fruktosa itu yang dimaksudkan. Sebagai ulangkaji, saya kepilkan "khasiat" gula tinggi fruktosa dalam "makanan dan minuman untuk tenaga" anak-anak kita:

1) Menyebabkan ketagihan gula
2) Membebankan dan merosakkan organ hati.
3) Meningkatkan asid urik penyebab gout.
4) Meningkatkan kolesterol benar-benar jahat.
5) Meningkatkan stres dan kerosakan organ terutama otak dan saraf.
6) Meningkatkan risiko diabetes, masalah hormon seperti PCOS dan masalah rintangan insulin yang lain.
7) Mengurangkan kesan hormon kekenyangan (leptin) dan meningkatkan hormon sangap (ghrelin).
"Seriously" menggemukkan, itu dalam susu pekat teh tarik tu, fruktosa la tu.

Gula yang digelar "ALKOHOL tanpa mabuk" oleh pakar obesiti terkenal yang juga pakar hormon kanak-kanak Dr Robert Lustig.

Lagi rosak otak anak-anak kita kerana kealpaan kita. 😢 Ini lah mainan Industri kapitalis yang sudah "game" minda kita..meracuni anak-anak kita sendiri.

.
Sama akibatnya berlebihan gula tinggi fruktosa dan punca  "daki" di leher dan ketiak itu bukan?

.

GULA UNTUK TENAGA?
------------------------------------------

Tenaga diperlukan anak-anak kita pada hari persekolahan biasa ialah 1500kcal. Ini bersamaan dengan aktiviti intensif mendaki gunung, 50 pusingan kolam renang dan separuh maraton..

Maka disyorkan minuman tinggi gula fruktosa?

Tahukah anda

Minuman tinggi gula fruktosa HFCS ini atau "High fructose corn syrup" ini biasanya mengandungi 55% fruktosa, 45% glukosa.

# Otak hanya boleh menggunakan GLUKOSA sahaja sumber gula ataupun ketone dari sumber lemak.

Jadi:

# Hanya gula glukosa, iaitu  45% daripada gula HFCS ini boleh digunakan otak selain digunakan sel otot, jantung dan organ lainnya.

# 55% Gula tinggi fruktosa ini hanya diproses di organ hati sama seperti hati memproses ARAK mengikut pakar obesiti dan hormon Dr Robert Lustig.

Ini meningkatkan stres dalaman di hati, menyebabkan organ detoks utama badan kita ini TERBEBAN...STRESS DALAM broo..

- Mana datangnya kolesterol rosak badan penyebab trigliserida tinggi, penyakit jantung dan strok?

Jawapan : Gula Tinggi Fruktosa

- Mana datangnya hati berlemak?

Jawapan : Gula Tinggi Fruktosa

- Kenapa anak fikir banyak-banyak bukan-bukan, pelupa, tak fokus, panik, risau, was-was?!

Jawapan : Gula Tinggi Fruktosa PEROSAK SARAF.

- Mana datangnya asid urik sakit gout?

Jawapan : Gula Tinggi Fruktosa

- Mana datangnya alahan?

Mungkin  : Organ detoks/ destres anda banyak sangat kerja dengan gula HFCS ni.. macam mana nak kurangkan stres ekzema, stres asma, stres redung, stres daripada macam-macam toksin yang badan kita alah?

- Mana datangnya tantrum tu?

Jawapan : Hati organ yang fungsinya kurangkan stres sendiri dah stres, takkan emosi badan tak stres?

.
Satu lagi, kalau dah gian...mesti lah stres kalau tak dapat bahan macam "ALKOHOL" kan..ini namanya sangapp.. atau SUGAR WITHDRAWAL!

.

Anak mengamuk, kita ikutkan juga tantrum anak yang ketagihan gula...kita rasa bagus beri anak minuman sihat bertenaga berkultur bermalt seperti BOLO, VitJIn, Kalbiss, BLESS..ahhh sedapnnyaa..Itu belum cerita lagi makanan biskut lemak berkrim dan roti majerin penuh lemak trans dan gula HFCS perosak saraf..lega kata anak-anak lepas gian tiap-tiap hari...

 ...Adakah kita ibu-bapa yang tidak zalim kepada anak-anak kita?

.
Malang apabila kasih sayang kita kepada anak dipergunakan..kononnya demi tenaga, supaya dapat fokus belajar dan membuat aktiviti di sekolah.

Hakikatnya:

1) Anak mungkin tak fokus kerana "ketagihan gula". Menggigil, tak dapat fokus asyik teringat (gian) mengamuk jika tak dapat gula fruktosa ini.

2) Anak jadi stres kerana organ anti-stres, organ detoks utama badan terbeban.

3) Tenaga mungkin dapat 45% , kerosakan badan dapat 55%?? Wallahua'lam. Yang pastinya, ia tak berbaloi.

4) Tenaga dah over sangat kalau perut buncit. Ini fakta ya.. Lemak bebaskan 9 kalori per gram. Gula 4 kalori..

Dah yang perut ke depan tu banyak sangat dah sendatt dah tenaga tuu yang pi simpan buat aperr?? 😫 10 bijik gunung pun tak habis panjat, boleh rentas selat melaka kot dengan tenaga tuu..

.

SOLUSINYA
-------------------

Apa kata anda renung kembali tanda-tanda yang saya sebutkan..

Hindari anak-anak kita daripada bahaya toksik gula tinggi fruktosa berlebihan.

Biarkan mereka tantrum dan stres cold turkey awal-awal...insha Allah selepas beberapa hari mereka akan jadi lebih sihat..

...

Insha Allah...

1) Anak-anak kita jadi slim. Badan mula tenaga berlebihan yang disimpan di perut "terboncis" tu.

2) Anak-anak kita jadi sejuukk..cool je...dan menyejukkan mak bapak..tiada prasangka, tiada panik, tiada lagi berdebar-debar dan was-was.

3) Anak-anak kita lebih bertenaga, lebih fokus, kuat memorinya dan luar biasa kreativitinya.

4)  Anak-anak kita jadi lebih sihat...tiada lagi garu sana sini..bersin sana sini..semput sana sini.. penyakit "genetik" timbul sana-sini...sampai kita jadi hopeless wehh...i've been there done that mistake..
Masa untuk berubah!

5) Oh berkenaan "kulit nigrican" tu..insha Allah bukan sahaja pigmen kulit beransur hilamg, malah kulit mungkin jadi glowing, kolagen akan pulih.. kedutan serta kusam beransur hilang..oh ni terpakai untuk dewasa juga 😬 Selamat datang flawless gojess skin..

6) Anak-anak kita lebih bertenaga, lebih fokus, kuat memorinya dan luar biasa kreativitinya. Nak anak jadi al-hafiz nii..

Jangan duk sibuk beri anak-anak macam-macam suplemen hantam ikut orang cakap dan testimoni..Beri anak-anak kita "makanan sihat" berkultur bergula, roti bijirin bergluten, susu mutasi tinggi proses..
.

BEBASKAN dahulu keluarga kita daripada KETAGIHAN gula tinggi fruktosa.

Teh tarik
Minuman manis-manis proses
Makanan jajan
Biskut dan makanan proses.
Jus kotak
Susu kotak berperisa.
Air kotak/tin
Cereal

Usah buat kerja sia-sia beri suplemen tanpa pulihkan kerosakan dan ketagihan..

Ia serupa sibuk baiki rumah yang sedang terbakar.. walhal kebakaran itu bukan sahaja tidak kita padamkan dahulu....
.
.

...Tapi kita tuang pula petrol.

.
.

Ikhlas,

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

.
.
Nak minum makan sekali sekala takpe lah.. peringatan ini supaya tidak amalkan selalu.

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.