Saturday, 23 September 2017

Susu santan elok di minum?



Sebut pasal santan ni , saya suka sangat makan aiskrim perisa santan..siyess sedap !

Baca khasiat santan ni..wah ada yang gelar santan ni TONIK AJAIB

Tu la kan.. Pakar-pakar di oversea dah sibuk memanggil santan ni sebagai miracle liquid, miracle tonic, greatest superfood etc!

Tapi kita di khatulistiwa ni Cuma tau santan ni sedap bila dimasak lemak cili padi jer..hihihi 😂😂

Tapi.. serius memamg sedap pun, kan?





8 KEBAIKAN SANTAN KELAPA YANG KITA MUNGKIN TAK SEDAR:
.

1.   Bantu menurunkan berat badan, mengurangkan selera dan food ‘craving’

Lemak dalam santan ni adalah jenis lemak MCT, medium trigeliserida iaitu sejenis lemak yang boleh berfungsi sebagai tenaga segera yang baik.

Bila minum santan, kita akan rasa lebih kenyang dan bertenaga. So ini akan mengurangkan rasa craving dan rasa nak mengunyah. Bila ‘lupa nak makan’, lebih mudah untuk kira menurunkan berat badan..hihi

Untuk diet ketogenik dan LCHF, Santan dan Virgin coconut oil antara sumber lemak baik yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan metabolism dan mengoptimumkan pembakaran lemak.

2. Meningkatkan kesihatan jantung

Sebelum ni kita memang dimomokkan dengan santan ni menyebabkan salur darah tersumbat, tetapi hakikatnya lemak kelapa ini mengandungi 50% jenis lemak jenis Lauric Acid – sejenis lemak yang membantu untuk menurunkan LDL (dikenali sebagai Lemak jahat,walaupun pada hakikatnya terdapat banyak saiz LDL – tak semua LDL tu menyebabkan salur darah tersumbat) dan ia juga meningkatkan HDL (lemak baik).

Lauric acid ni mempunyai fungsi anti-inflammatory atau anti-radang yang baik, so ia akan membantu mengurangkan risiko artheroclerosis dan membantu menurunkan tekanan darah.

So jangan risau. Santan tak tersalah.
.

3. Mengurangkan keletihan dan dehidrasi

MCT adalah lemak yang boleh digunakan sebagai ‘tenaga segera’ untuk sel-sel otak. Ini boleh mengurangkan kebergantungan kita kepada karbohidrat untuk menghilangkan keletihan.

Ia juga bagus untuk mencegah Nyanyuk atau Alzheimer’s disease.

Kandungan mineral yang tinggi dalam santan ataupun air kelapa juga baik untuk mengurangkan dehidrasi atau kekurangan air dan mineral  dalam badan.
.

4. Melancarkan sistem pencernaan dan mencegah sembelit
.

Jika anda kerap kembung dan tidak lawas, nutrisi dalam santan membantu untuk membaikpulih sel usus dan membantu mencegah ‘leaky gut syndrome’.
.
.
5. Mengawal gula dalam darah
.

Kandungan lemak dalam santan akan membantu menstabilkan tahap gula dalam darah.

Nak tau kenapa nasi dimasak dengan santan? Selain sedap, apa yang berlaku ialah kadar kenaikan gula dalam darah dari pencernaan nasi putih akan jadi lebih stabil berbanding nasi putih sahaja.

Haha.. mesti yang ada kata nasi lemak tu bagus kan? Yes, it’s better tapi untuk nak menurunkan berat badan, ia still tidak begitu membantu kerana still ada elemen karbohidrat ringkas di situ.

Tapi kalu dah slim, boleh je once a while to enjoy food, kan?
.

6. Mencegah kurang darah atau anaemia

Kandungan zat besi berasaskan tumbuhan yang tinggi dalam santan boleh bantu mengurangkan risiko anaemia. Hebat kan?
.

7. Mengurangkan inflammasi atau sakit sendi
.

Kalu ada mak-mak kita yang sakit sendi, kandungan Lauric acid dan Selenium dalam santan atau minyak kelapa dara ni mmg bagus untuk kita berikan, again sebagai fungsi anti-radang.
.
.

8. Meningkatkan tahap sistem imun badan
.
Lauric acid memang juga telah dibuktikan mempunyai fungsi sebagai Natural Antibiotics – bantu mencegah jangkitan bakteri dan virus. Sebab tu demam kita selalu beri anak air kelapa, bukan air kelapa sahaja, lepas ni beri minum santan kelapa pun bagus.

Kandungan Caprylic acid dalam kelapa juga membantu untuk mencegah jangkitan kulat seperti candida, ulat air di kaki dan juga ulcer.
.

Ni baru 8 kebaikan yang kita bongkarkan. Kalu kaji lagi, sure akan lebih banyak!

Lepas ni saya nak beli parut kelapa kat rumah la, so anytime boleh buat smoothie santan..hihi

Semoga bermanfaat ye. Feel free to share utk lebih ramai tahu santan ni tak bersalah! 😊
.
.
Credit to Dr Malinda

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.