Thursday, 12 October 2017

BAGAIMANA MEMILIH PRODUK PELINDUNG MATAHARI? .


.
.
“Saya dah baca label produk saya ni. Ada yg tertera SPF , ada juga yg tertera PA; apa bezanya ?”
.
.
SPF ialah SUN PROTECTIVE FACTOR atau FAKTOR PELINDUNG MATAHARI. Fungsi SPF adalah menggandakan peluang anda untuk bertahan di luar sebelum anda mula mendapat kerosakan kulit atau sunburn. SPF juga merujuk kepada kemampuan pelindung matahari utk menghalang sinar UVB (B:burn), bukan UVA (A:aging)
.
.
Sebagai contoh, jika berjemur di luar selama 30 minit akan mengakibatkan anda mendapat sunburn, maka penggunaan SPF15 is menggandakan “peluang” anda untuk bertahan iaitu sebanyak 30x15 : 450min.
.
.
Baca sampai habis ni ....
.
.
➕SPF15 melindung 94% dari sinar UVB
➕SPF 30 menahan 97% dari sinar UVB
➕SPF50 sehingga 98% dari sinar UVB
.
.
TAPI KENA INGAT, SPF 50 bukan bermaksud “perlindungan berganda” berbanding SPF 15 sehingga uolls rasa tak perlu ulang pemakaian produk sunblock setiap 2-4jam. Ini kerana pelindung matahari dengan SPF yang lebih tinggi menghalang hanya lebih sedikit sinar UVB dari SPF yang lebih rendah tetapi tiada yang menawarkan 100% perlindungan.
.
.
Manakala PA (Protection Grade of UVA rays)  diukur berasaskan kepada tahap KEGELAPAN KULIT akibat dari pendedahan berterusan kepada sinar matahari selama 2-4jam. Nilai PA ini biasanya digredkan dengan simbol PA+, PA++, PA+++ di mana lebih banyak simbol + digunakan maka lebih tinggi nilai perlindungan dari sinar UVA. Kebanyakan krim pelindung matahari yg terdapat dalam produk kosmetik di Asia menggunakan sistem PA rating. PA rating diasaskan di Jepun dan kini penggunaan rating ini semakin meluas.
.
.
Carta dibawah menunjukkan SPF yg sesuai utk warna kulit masing2. Ada produk yg menjual SPF sehingga 100-200 tapi jgn ye sis; semua tu marketing strategy saja utk buat produk masing-masing lebih laris dipasaran.
.
.
Utk kulit berminyak, start dgn SPF15 ye. Cari sunblock dalam bentuk “mist” @ semburan @ dalam bentuk lotion (water based).
Utk kulit kering dan berjeragat lebih sesuai sunscreen yg terdapat dalam bentuk krim (glycerin based)
.
.
Untuk perlindungan maksimum, gunakan produk broad spectrum yang mengandungi zink oksida dan titanium oksida. Selain itu, kandungan lain yang patut di pilih adalah yang mengandungi oxybenzone, avobenzone dan mexoryl
.
.
Cara terbaik untuk melindungi kulit adalah dengan KERAP menggunakan pelindung matahari. Uolls tidak boleh hanya mengggunanya sekali di waktu pagi dan lepas tu lupa terus nak ulang pemakaian.
.
.

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.