Monday, 27 November 2017

Set mandian organik Shaklee

Selamat • Lembut • Organik

Kod Produk: S30110

Shakleebaby™ memahami keperluan bayi anda dan hanya menggunakan bahan-bahan yang SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK untuk menghasilkan produk penjagaan kulit terbaik untuk si manja anda.
Keistimewaan Shaklee
Gentle Wash
Menjadikan masa mandi selamat dan menyeronokkanMengandungi chamomile, lavender dan aloe vera organik, mandian yang lembut ini menenteramkan, menenangkan dan melegakan kulit. Ianya tidak menimbulkan alahan, mempunyai pH yang seimbang dan diuji untuk sensitiviti, sememangnya sesuai untuk mandian yang penuh dengan kasih sayang bagi kulit yang lebih lembut.
Soothing Lotion
Lembut secara semulajadi untuk kulit sensitif.Kekalkan pipi gebu si manja dan kelembapan jari-jemarinya dengan losyen yang lembut ini. Ianya mengandungi chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanila, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organik.
Massage Oil
Campuran organik yang menenangkan.Minyak urut yang sangat lembut ini sememangnya sempurna untuk mengurut bayi anda pada bila-bila masa ataupun untuk digunakan sebagai pelembap selepas mandian. Mengandungi minyak biji bunga matahari, lavender dan chamomile, ia memberikan sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang



Jika ingin buat belian secara transfer bank seperti biasa boleh hubungi saya di maklumat yang tertera di bawah.



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012



Sunday, 12 November 2017



SERING DI EJEK DAN DI HINA GARA-GARA MASALAH KULIT WAJAH , WANITA INI TEKAD UNTUK MELAKUKAN SESUATU...


"Woi blusher dkt pipi kau tu mmg semula jadi ke? Takboleh hilang?" Kahkahkah masa tu aku dekahkan sekali. Konon nak sedapkan hati sendiri. Padahal dlm hati.. mau ditumbokk aja hahaha.

Ada pulak yang baikkkk sangat tanya,

"Kau ni tak pakai pencuci muka ke?"


MEMILIKI kulit wajah yang halus mulus adalah impian semua wanita.

Bagi seorang gadis yang bernama Husna ini,beliau mempunyai masalah kulit yang agak teruk.

Ejekan dan kata sinis rakan-rakan membuatkan dirinya depress sehingga setiap malam menangis.

Beliau tekad untuk ambil Vitamin C jenama Shaklee, satu jenama yang telah sekian lama mengungguli pasaran.




3 sisi wajah kak sena dari sudut yang berbeza. Tahun yang berbeza. Dan perubahan yang berbeza lagi ketara 🙊

Dulu kalau orang panggil atau senang cerita tu sebenarnya kena ejek 🙄

"Woi blusher dkt pipi kau tu mmg semula jadi ke? Takboleh hilang?" Kahkahkah masa tu aku dekahkan sekali. Konon nak sedapkan hati sendiri. Padahal dlm hati.. mau ditumbokk aja hahaha.

Ada pulak yang baikkkk sangat tanya,

"Kau ni tak pakai pencuci muka ke?"

Berlapik ke idok ke haku pun tak tahu deknonnn. Sbb masatu memang sadokan je hati. Padahal malam malam sentiasa nangis. Bantal basah dgn airmata dn hingus 😔

Rambut sama hitam.. dalam hati siapa yang tahu? (Aci ke ayat ni?) 🤣

First supplement ambil hanyalah VITAMIN C  Shaklee sebab masa tu student lagi. Itulah yg palig murah dan paling mampu ahahha. Murah weh bawah seratus. Lepastu tahan 6bulan sebotol. Mana laahh budak universiti yg sengkek ni takmau kan 🙄🙄




Dah kahwin sambung jugak ambil. Tapi masa tu hidayah tu datang sbb dah pregnant anak kedua. Padahal anak pertama baru umur setahun 🙊 kihkihkih.

Sbb masa tu penat sgt. Bisnes sana sini. Semua uruskan sendiri. Dengan anak pun kak sena hurung bawak kemari kesinun. So nak ambil supplement utk tambah tenaga.

Penat diknon duk baking sampai ke 3 pagi. Kaki cepat lenguh. Badan selalu sakit. Kita pun ambillah set mengandung. Tapi versi bajet. Ambil ostematrix + ESP + VITAMIN  + OMEGAGUARD (MINYAK IKAN).

TAPI...
YANG LAIN DIHARAPKAN..

YANG LAIN PULAK DAPAT HASIL!!

KULIT MUKA PULAK TER TAK SENGAJA SIHAT DAN BEBAS PARUT 🙊

Hasil konsisten skrg,
Kulit muka alhamdulillah jauh beza dari dulu 😭
Konfiden tu mai macamtu ja...

Skrg dah tak kesah dah nak pakai tudung warna apa taw.
Konpiden level tu tahap dewa 💅

Alhamdulillah.

Sebabtu lah kak sena setia dengan shaklee ni hampir 9bulan dah taw 😍 syukur! Takmo cari lain dah. Dengan shaklee je kulit boleh sihat, duit pun buleh dapat 😎😎

Syiok!

Ada yang punyai masalah sama ke? Jangan tangguh tangguh ambil produk shaklee .Lagi lama, lagi susah parut nak hilang dek 😭😢 meh kita tolong lapkan airmata awak.. biar kita jadi bahu awak 🤗

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **



Sunday, 5 November 2017

LUKA BERSALIN CEPAT BAIK MAK TANG SENANG HATI ❤



Kali pertama amek Vitamin C Plus ni masa lepas bersalin kan Ayyadh.Alhamdulillah happy sangat sebab luka cepat baik...misi tanya amek apa?

Bila tunjuk botol biru yang selalu viral tu ..

misi kata "Ooo...patutla " 😉

Saya pun macam yang lain gak , lepas abis sebotol tu.Tak makan dah.

Dahla makan buah jarang sangat , sayur pun longgok tepi pinggan ( JANGAN TIRU AKSI INI )

Sampai la satu hari , masalah sinus makin teruk
Pantang habuk skit ...automatik watery eyes, runny nose...pakejla dengan demam semua.

Insaf kejap la amek balik Vitamin C plus , amek setiap hari tanpa skip .

WOW !

Bila bangun pagi dah tak  bersin
Bila dah jumpa habuk dah tak demam
Ini memang luarbiasa untuk akak
Alhamdulillah sangat !

BONUS jerawat kalau naik time P cepat je kecut tanpa kesan.

Kulit pun dah tak berminyak sangt macam dulu..syiokkkkk sangattt 👍

Patutla setiap bulan stok Vitamin C plus ni laju je  orang order 😍

Vita C lover !
Fazlina Samsuddin
0195560012

Saturday, 4 November 2017

Fibroids besar macam hamil

FIBROIDS AMAT BESAR. MACAM HAMIL CUKUP BULAN. DIBEDAH BUANG DAN RAHIMNYA DIBAIK PULIH.




1, Biasanya fibroids sebesar ini memang sukar dibedah buang tanpa dibuang rahimnya sekali.

2. Memang lebih mudah buat hysterectomy, iaitu buang rahim.

3. Prosedur bedah myomectomy, iaitu buang tumbuhan sahaja sangat sukar dan rumit.
Saya lakukan pada pesakit ini sebab masih muda, umor 30an tahun dan masih belum punyai anak. Saya hormati kehendaknya.

4. Risiko perdarahan amat tinggi. Pesakit ini memang mengalami perdarahan banyak waktu bedah dan beliau diberi 6 botol darah transfusion.

5. Risiko lain2 termasuk jangkitan kuman, lekatan dan kesumbatan usus.
Masih dalam hospital untuk rehat dan pulih. Kelihatan kemajuan pemulihan baik.

6. Pemulihan seterusnya sangat penting dikawal makanan2 yang diperoses, Dan diawet, dalam tin, fast food, junk food, minuman soda.
Jauhkan daging dan ayam.
Lebihkan ikan, kekacang, telor, Tempe sebagai sumber perotin.
Kurangkan makanan2 bergoreng.
Lebihkan makanan mentah dan segar, merangkumi 70% dari keseluruhan jumlah makanan harian.
Rebus atau steam lauk terutama ikan.

7 Ikuti garis panduan untuk kawal hormone estrogen.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Punca sebenar bagi penyakit2 yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut

Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi2 edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat2 kewanitaan, kecantikkan,  fungsi2 seks, bentuk badan dan lain2..

Tindakan2 estrogen terhadap tisyu2 biasanya diesimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita  tidak mengalami penetasan telur / ovulation.

Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya. 

 Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.

Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang.  Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron. 

Oleh itu, saya cadangkan  beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.

Langkah2 mengawal estrogen.

1, Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.

2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

3.Mengawal stress.  Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita.  Ia juga meningkatkan tahap Estrogen. 
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress  seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise. 
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.

Pengambilan makanan yang berkhasiat.

 Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:

4.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah  mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung. 
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.

5.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang  bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.

6.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen)  di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan

7. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

8. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia.  Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.

9.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita.  Begitu juga flexseed.  Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.

10. Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.

11. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan,  ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

12. Bawang- bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung.  Ia juga mengandungi  bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.

13. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.  Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

14. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.

15. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah  dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti - Estrogen

16.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen

17. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.

18. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.

19. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan  tubuh badan wanita.  Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen

Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit  seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.


Credits to Dr Hamid Arshat
Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.