Wednesday, 27 December 2017

Day 1 part 2 - shaklee incentives trip Star Libra cruise



Special sket sebab luggage kami staff cruise hantar sampai ke bilik.Kalau g sendiri kene drag luggage sampai ke bilik tau.


Sampai je Port Klang , pun macm nk naik flight gak tau.Korang standby ic ngan pssport sesiap kat poket bg supaya senang nak keluarkan.



Ada insiden yang tak best berlaku time ni , skrin henset pecah retak sejuta .wuaaa ! Tapi sebab tak nak rosakan mood bercuti ,pasrah je la ahaks !

Masuk je bilik , sejuk hati bila ada welcome note dari Shaklee plus dapat blue lagoon shaker ni yeayyy !


Ok sedikit tips nak share ngan korang

Naik cruise ni tak leh bawak iron tau , so bawakla baju dan tudung yang ironless

Tapi dun worry sebab ada laundry service , kami hantar baju untuk iron ritu banyak gak dalam 15 pcs kut caj nya RM35 je

Jangan lupa beli international adaptor ...kalau takde kene sewa ngan cruise dalam RM20 ..better beli la baru RM10.




Kat Cruise ni ada wifi free tapi kat deck 9 je tau...kami ritu beli wifi untuk 4 hari RM150 gitu...boleh pilih nak sehari ke dua hari ke atau pakej sepanjang cruise.Coverage ok sampai bilik pun dapat.

Bilik cabin agak kecik , bawak beg luggage satu dah cukup dengan back pack.
FS pack luggage cmni


Baju dan pant yang nak pakai gulung ..ni FS pack untuk 4 hari. Bawak baju sket pun takpe sebab, boleh hantar laundry .

Malam tu kami  dinner kat deck 10 , Restoran Marina..restoran ni halal plus banyak pilihan.Kat cruise ni ada tiga restoran yang halal iatu Restoran Marina , The 4 seasons dan The spices...



DAY 1 - Part 1 Shaklee incentive trip Star cruise Libra


Alhamdulillah , tahun ni dapat lagi sertai Incentive trip Shaklee.. Specialnya tahun ni , kami jalan jauh sket dengan Star Libra cruise.

22/11/2017


Dari Alor Setar ke KLIA2 , naik flight AirAsia.
Ha naik AirAsia ni luggage kene bayar tau tak macam Malindo.

Flight pukul 8.30 pagi ... anak-anak time hantar umi tu nampak macam ok je.

Bila dah nek flight , husband hantar gambar ni ..


Jangan kata anak yang nanges , mak dia pun menitik air mata sama haha! Tapi sebelum g trip ni , ummi dia dah masak sesiap lauk diorang and frozenkan so nanti abi just tinggal defrost je..stok kek untuk seminggu pun ummi buat.

Ok , sampai kat KLIA2 pukul 9.00 pagi.Mula la mencari kedai nak makan.Lastly kami makan nasi kat dunkin donut.Harga dia memang wow la.. nasi sosej ngan mocha total dalam RM30 gitu..tapi sebab dah lapo..hentam je



Kat sini ada citer lawak , janji nak jumpa sideline kami Mariam..tak jumpa jumpa..jenuh la tawaf sana sini..rupa-rupanya yang tak jumpa tu sebab kami ronda kat tempat yang sama.Mujur ada staff airport yang sudi tunjukan pintu untuk keluar.. gelak besar la masing-masing 😂

Waktu berkumpul ngn Shaklee pukul 4 petang.Nasib baikla dh jumpa team mate 



Kami sampi kat Port Klang pukul 7.30 malam..driver bas laju tak hengat sebab nak kejar cruise.









Sunday, 17 December 2017


Kenapa ada isteri kuat mengamuk dan menjerit pada anak-anak? Sampai suami rasa nak keluar rumah dan tak suka balik rumah.beginilah zaman stress dan kurangnya amalan sunnah dalam rumahtangga..

Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak-anak. Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik mara dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak. Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah. Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil jer. Kakak sulung asyik kena marah jer. Semua salah kakak besar. Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya-saya kena marah..

Abang nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang nak bantu dan selesaikan.

Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak-anak. Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami..itu antara punca utama.

Abang nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yang selalu marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya. Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya. Isteri kita wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga.

Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah...

Kita perlu sedar. Dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai,sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah..

Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang. Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang.

Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang anak-anak. Bila sampai rumah sunnah beri salam dan peluk atau cium ahli keluarga. Anak-anak dahagakan pelukan dan ucapan sayang. Mak anak yakni isteri kita yang penat sepanjang hari tu lagi dahagakan ciuman, pelukan dan ucapan sayang terima kaseh dari suaminya. Begitu juga kita kan abang. Kita pun ingin begitu. Kita semua cuma manusia yang sedang belajar nak jadi baik.

Begitulah juga seorang ibu yang melayan anak besar sampai anak kecil dengan cinta dan sayang..begitulah kakaknya pula akan mencintai adiknya. Esok adiknya pun akan saling mencintai dan menyayangi kakak dan mak ayahnya. Esok kita mati mereka tak berebut harta tapi berebut nak bagi syurga paling tinggu buat mak ayah. Cinta ialah pendidikan yang utama pada keluarga selepas iman.

Suami isteri yang saling membantu. Saling mencintai. Saling menghargai akan membuat anak-anak pun jadi begitu. Janganlah pernah bergaduh depan anak-anak. Nanti anak kita akan jadi stress dan mereka akan jadi hipokrit. Jangan paksa anak kita terpaksa memilh antara kedua ibubapa. Dalam kata lain satu bas tapi ada 2 pemandu dan 2 arah tujuan. Kerana itu biarlah tidur sekali dan mimpi pun sama.

Bila isteri marah anak. Jangan lawan atau marah isteri depan anak.  Bila isteri marah kita bantu apa yang patut. Kadang-kadang masa tu dia tengah susu anak, 2 anak lagi bergaduh dan jatuhkan air atau makanan. Kita tolong kutip makanan yang jatuh bersihkan. Kita tolong jaga 2 anak lagi.

Biasa mereka marah sedang mereka masak lauk di dapur seorang diri. Kita suami kadang-kadang tengok tv atau hp. Anak-anak dah sepahkan rumah ada yang mengacau di dapur. Mereka kunci jam Mereka masak sahur, mereka kena hidang. Mereka kejut anak. Mereka kejut suami, mereka kemas pinggan dan dapur. Mereka kena marah kalau tak kemas. Mereka kena marah kalau terlambat. Mereka kena marah jika penat tak bangun sahur.

Mereka bukan marah anak sebenarnya abang. Seperti anak-anak. Mereka buat hal, mereka jadi pelik, mereka bergaduh, mereka tak nak pergi sekolah, mereka dahagakan perhatian dan kasih sayang ibubapanya. Lagi mereka kena marah dan jerit lagi mereka berusaha tarik perhatian..buat macam-macam

Sebab tu banyak isteri yang dulunya baik dan lemah lembut. Tapi bila suami dia buat hal dan ada perempuan lain. Dia maafkan tapi belum dapat lupakan mereka jadi berubah. Terus jadi pemarah dan kuat mengamuk dan bermasam muka..mula minta macam-macam. Cemburu lain macam. Sangka macam-macam sebab hati mereka dah luka.

Ubatnya kita sebagai ketua keluarga hidupkan amalan ta'lim dalam rumah. Pergi berdating berdua. Berjuang di jalan Allah. Cuba bawa isteri 3hari belajar iman. Berada di jalan Allah. Pergi umrah. Ziarah Kaabah. Ziarah Rasulullah saw. Solat malam sama-sama. Bersyukur kunci segalanya. Sentiasa sabar. Lihat orang yang lebih susah dari kita.

Ya Allah sayangilah isteri kami yang tercinta. Kami maafkan segala salah silap mereka semua kepada kami. Kerana semua ini salah kami sebagai suami kerana belum menjadi suami yang baik. Maafkan kami kerana belum menjadi isteri yang baik-ebit lew

CREDIT TO USTAZ EBIT LIEW
Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.