Tuesday, 30 January 2018


9 CABARAN SURI RUMAH SEPENUH MASA YANG ADA RAMAI ANAK KECIL
.
.
1) Kewangan
.
Suri rumah adalah satu pekerjaan yang tiada gaji. Namun, ada suri rumah yang mempunyai komitmen hutang seperti ptptn.
.
Bila berhutang, pastinya wajib untuk dilangsaikan. Tapi, sebagai seorang suri rumah yang tidak bergaji, mana nak cekau duit untuk bayar hutang?
.
Itulah sebabnya ramai suri rumah yang berusaha buat kerja part time dari rumah untuk dapatkan pendapatan.
.
.
2) Pengurusan Masa
.
Bila suri rumah bekerja secara part time, ini bermakna komitmen mereka semakin bertambah.
.
Mereka terpaksa bekerja, dalam masa yang sama menguruskan hal ehwal rumah tangga.
.
Bagi yang berniaga online, pelanggan mesej tak kira waktu. Bukannya ada 'office hour' 8am-5pm untuk respon mesej dari pelanggan.
.
Ditambah pula dengan kerja rumah yang sememangnya tidak pernah habis. Kemas rumah, mendobi, memasak, jaga anak-anak. Fuhhh. Banyak to-do list setiap hari.
.
Kerja suri rumah banyak dipengaruhi oleh mood anak-anak. Anak-anak ok, tak meragam, mudah si suri melangsaikan segala rutin hariannya. Kalau mood anak tak ok, si ibu nak masuk bilik air pun, anak menangis, si ibu nak masak pun anak turut sama memasak. Memang tak jadi kerja lah jawabnya.
.
Oleh sebab itu, masa 24jam yang ada, perlu diuruskan sebaik mungkin.
.
.
3) Istiqamah ibadah
.
Masa belum ada anak, nak solat jemaah pun mudah. Lepas solat, sempat juga nak berwirid, nak mengaji.
.
Bila ada anak kecil, nak solat pun terpaksa bergilir dengan suami. Baru buka al-Quran nak mengaji, anak dah tarik sana sini. Mujur la helaian al-Quran tidak terkoyak dek penangan tangan halus si comel. 😂
.
.
4) Pandangan masyarakat
.
Benda ini memang tak boleh nak elak. Biarkan saja apa orang nak kata. Bukan mereka yang beri duit sara keluarga anda pun. 😊
.
"Belajar tinggi pun, rugi duit je. Akhirnya tak kerja pun, duduk rumah saja."
"Dah ada kerja elok-elok, pergi berhenti kerja."
.
Janganlah bersedih hati jika ada yang kata sebegitu kepadamu wahai suri. Selagi mana keputusan untuk menjadi suri rumah itu atas keizinan dan redha suami, anda tidak perlu sedih dengan kata-kata orang lain. Yang penting adalah, apa kata suami anda. Redha suami, redha Allah juga.
.
.
5) Me-time
.
Kalau 24jam masa anda memang melekat dengan anak-anak di rumah, ini bermakna anda memang wajib luangkan sedikit masa untuk me-time.
.
Sedikit masa yang anda luangkan untuk diri anda sendiri, boleh memberi energi yang luar biasa hebat untuk anda teruskan rutin harian sebagai suri rumah.
.
Ada anak yang masih bf? Susah nak berenggang? Susukan anak sehingga kenyang. Mandikan anak, beri dia selesa kemudian tidurkan anak. Minta tolong suami jaga anak-anak.
.
Anda pula, cuba ambil masa kurang 1 jam untuk me-time. Buatlah apa-apa yang boleh kurangkan tekanan. Pergi window shopping di kedai Eco ke. Pergi spa ke. Atau pun kalau tak dapat nak keluar rumah, asingkan diri sekejap dari semua orang yang ada dalam rumah. Buatlah apa-apa hobi anda dalam waktu yang singkat itu.
.
Mudah-mudahan, me-time yang sekejap itu dapat membantu anda untuk merasa lebih tenang. 😊
.
.
6) Keperluan sosial
.
Setiap orang ada keperluan sosial masing-masing. Sekiranya anda seorang suri rumah yang mana hampir setiap masa dengan anak di rumah, anda perlu cari masa untuk keluar bersosial dengan kawan-kawan.
.
Kalau susah nak ajak kawan untuk keluar berjimba, keluarlah dengan adik-beradik. Dapat 'sisters talk' dengan akak dan adik perempuan pun seronok. 😊
.
.
7) Tekanan rakan sebaya (Peer Pressure)
.
Sekarang ini macam-macam group ada terutama di FB. Group deco2 rumah, group mak-mak bf, group mak-mak buat homeschool, group mak-mak sedia bento, dan macam-macam lagi lah group yang banyaknya disertai oleh golongan mak-mak.
.
Sedikit sebanyak perkara ini boleh memberi tekanan kepada suri rumah jika emosi anda kurang stabil. Tengok orang sedia bento untuk anak, anda pun nak buat bento. Tengok orang lain deco rumah, anda pun nak deco rumah. Tengok orang lain homeschool anak, anda pun kena homeschool anak juga.
.
Alasannya, andakan suri rumah. Mestilah anda perlu buat yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga. Andakan ada banyaaaaakk masa. Mestilah boleh buat semua tu. 😏
.
Akhirnya anda yang penat. ☹️ Group-group tersebut memang bagus. Mereka berkongsi tips yang bagus untuk anda praktikkan dalam keluarga anda. Tapi, hanya anda tahu kemampuan anda. Jangan kerana ingin buat semua benda, anda penat dan akhirnya stress.
.
Biar sedikit dan konsisten, tapi memberikan manfaat yang besar kepada keluarga.
.
.
8 Keletihan
.
Pelikkan. Duduk rumah 24jam tak keluar ke mana pun letih. 🤔
.
Tapi memang itulah hakikatnya. Jadi suri rumah yang duduk di rumah 24jam langsung tak keluar ke mana-mana ini pun letih.
.
Lagi pula, dalam fasa ini, tidur pun bukan lena. Malam-malam, anak bangun menyusu, ibu juga yang akan uruskan. Tidur tak lena ini juga antara faktor kenapa badan anda terasa letih.
.
Tapi nak buat macam mana, fasa anak menyusu ini tak lama. Kalau ada anak 5 orang, tempoh masa 10 tahun je tidur tak lena. Selepas itu, kita tidurlah dengan lena dan rehat dengan cukup. Hihi 😂
.
.
9) Menu masakan
.
Ini juga satu cabaran besar. Hahaha. Pening kepala fikir menu 'masak apa hari ini?'
.
Mujurlah resepi masakan mudah untuk dicari sekarang ini. Semuanya dihujung jari.
.
Tapi, kalau anda boleh merancang menu masakan untuk seminggu terus, ini lebih baik. Senang untuk anda sediakan bahan mentah terus untuk seminggu. Bila nak masak, terus je ambil bahagian yang ingin di masak mengikut rancangan menu yang sudah dibuat.
.
.
Ini antara 9 cabaran yang terlintas di fikiran Una. Sebenarnya banyak lagi cabaran yang ada. Belum lagi masuk hal kalau ada suami yang kurang memahami. Ini lebih penat nak melayan perasaan. 😫
.
Tapi, hidup tanpa cabaran adalah sangat membosankan. Dan setiap cabaran itu pasti ada kemanisannya jika kita dapat hadapinya dengan baik.
.
Allah tidak akan menguji kita melainkan dengan kesanggupan kita.
.
Andai ada kawan-kawan Una yang merasa penat, sedih, kecewa, stress dengan keadaan anda sebagai suri rumah sekarang ini, duduk sebentar, tenangkan diri...
.
Suri rumah itu mulia tugasnya. Tuhan itu tidak zalim. Tuhan tahu setiap apa yang kita lakukan. Tuhan tahu setiap apa yang kita fikirkan.
.
Syaitan memang sentiasa lakukan tugasnya untuk membisik-bisikkan keraguan dan kekurangan dalam diri kita.
.
Perbetulkan semula niat. Apa sebab kita ingin jadi suri rumah sepenuh masa? Bila matlamat dan niat kita jelas, fokus pada matlamat itu.
.
InsyaAllah, bila niat kita baik untuk dapat redha Allah, pasti tiada yang sia-sia. Allah akan mudahkan urusan dan murahkan rezeki kita sekeluarga.
.
Bila rasa penat, ingatlah akan pesanan junjungan kita Nabi Muhammad saw
.
.
Daripada Ali bin Abi Talib, sesungguhnya Fatimah pernah mengadu kepada Nabi meminta kepada beliau seorang pembantu. Lalu beliau berkata yang bermaksud,
.
"Bagaimana sekiranya aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik untukmu daripada seorang pembantu iaitu kamu membaca takbir (Allahu Akbar) kepada Allah sebanyak 34 kali, bertasbih (Subhanallah) kepada Allah sebanyak 33 kali, dan bertahmid (Alhamdulillah) memuji Allah sebanyak 33 kali. " (Hadis riwayat al-Bukhari)

#SuriBahagia
#SuriMenulis

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.