Sunday, 28 January 2018




Kalau ada biji-biji merah baru tumbuh, gerammm je rasa nak picit. Risau bernanah tu kawan kerja atau pasangan geli tengok. Macam-macam dah buat, duit dah berabis tapi result so-so je πŸ˜‘

Bila dah faham pasal jerawat, insha Allah kita tahu kenapa ia datang dan bagaimana cara atasinya cepat-cepat supaya tak berparut  dan FLAWLESS😊
.
Saya kongsikan kaedah saya ya..
.

Jerawat merupakan benjolan yang terhasil apabila liang roma tersumbat dengan sebum berlebihan dan dikaitkan dengan perubahan hormon.

KOMPONEN JERAWAT
------------------------------------

1) MINYAK MUKA (SEBUM)

Berlebihan sebum dikaitkan dengan:
- Peningkatan hormon androgen (kelakian)
- Kekurangan hormon estrogen (kewanitaan).
- Peningkatan hormon kortisol
(Hormon stress @ steroid)

Sebum muka terdiri daripada:
- Triglyceride (40-60%)
- Ceride (19-26%)
- Squalene ( 11-15%)

2) STRES (OKSIDATIF)
- "Stres dalaman" ini menyebabkan "pengaratan" lemak terutamanya SQUALENE yang tidak stabil.

Lemak "berkarat" ini menyumbat liang pori..maka terjadilah BLACKHEAD dan jerawat tutup (closed comedone).

.
3) JANGKITAN KUMAN

Jika minyak berlebihan berkarat yang tersumbat ini diadun bersama kulit  mati dan dijangkiti kuman P. Acne, KERADANGAN folikel rambut akan berlaku. Gunung berapi jerawat akan meletus!


SOLUSI JERAWAT
---------------------------

1) PEMAKANAN
 Menurut garispanduan perawatan jerawat oleh KKM:

- Makanan rendah GL (gula) mengurangkan jerawat dengan ketara.
- Terdapat kaitan lemah antara pengambilan susu dan jerawat.
- Terdapat komuniti tanpa jerawat yang mengamalkan makanan rendah lemak, rendah gula, tinggi serat.
.

Okay mengikut pendapat saya pula πŸ˜„
6 MAKANAN PANTANG

1) Pantang gula tambahan.
2) Pantang susu.
3) Pantang makanan proses.
4) Kurangkan makanan alahan seperti kekacang, cili, cendawan, tomato bagi yang sensitif.
5) Elakkan MSG semampu boleh.
6) Jangan ketagih kopi.

Follow saja protokol Redox-Histamin 😁 simple
.

SOLUSI
------------

1) KAWAL MINYAK MUKA
----------------------------------------
-  Mengikut kajian, PHYTOESTROGEN berupaya mengurangkan androgen.
- Phytoestrogen juga berupaya mengawal pengeluaran sebum.
- Diet anti-androgen mungkin membantu tetapi saya tiada pengalaman.
.

2) KURANGKAN STRES OKSIDATIF
---------------------------------------------------
-Jika tiada stres, secara teorinya minyak tak tersumbat 😁

- Ambil ANTIOKSIDAN seperti vitamin C, ALA, glutathion, buah dan sayuran makan dan sapuan pada muka.

-Jangan GYM terlalu lama kerana ia bukan saja naikkan stres, tetapi juga meningkatan testosteron mendadak penyebab jerawat.
- Elakkan steroid anabolik juga yang naikkan testosteron.
* Tidur awal : Tidur lewat dan tak berkualiti menyebabkan stres (naikkan kortisol) akhirnya meningkatkan penghasilan minyak muka (sebum).
.

3) KURANGKAN KERADANGAN
------------------------------------------------
- Alahan boleh menyebabkam keradangan. Elakkan pencetus alahan termasuk bahan kimia dan kosmetik perengsa.

- Mengusik, memicit, menggosok kawasan sudah radang kemerahan itu ibarat menuang minyak ke dalam gunung berapi 🀀 Elakkan ya..

- Ambil antiradang seperti minyak omega3, kunyit, halia dan empulur nanas.

Favourite saya ialah antara antiradang terkuat di dunia iaitu KUNYIT kerana mampu menghalang faktor nuklear (Nf-kappa-B) yang juga terlibat dalam pembentukan jerawat.

Nota penting: Elakkan vitamin B12 jika badan punyai tanda radang. Jerawat mungkin akan jadi makin teruk
.

4) RAWATAN ESTETIK
------------------------------------
- Laser CO2
- Pengelupasan kimia: AHA & BHA
* Favourite saya ialah Salicylic acid kerana ia mampu MENGERINGKAN dan menembusi lapisan minyak!
- Growth factor, PRP.

.

Jerawat mungkin tidak akan terbentuk tanpa MINYAK dan STRES OKSIDATIF berlebihan serta KERADANGAN.
.

Tuan puan boleh pilih mana nak "tackle" dulu. Saya suka buat sekaligus 😁

Semoga perkongsian bermanfaat kepada mereka yang menderita masalah jerawat ini.
.

SHARE kepada mereka. Jangan ploles sorang-sorang.


"CERAH GLOWING & FLAWLESS TANPA JERAGAT"

Credit to Dr Hafiz Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.