Sunday, 21 January 2018

KEBERKESANAN PENYERAPAN PRODUK SHAKLEE DALAM BADAN

Kenapa dikatakan produk Shaklee ini unik?? Di sini saya nak kongsikan keunikan produk Shaklee. Seperti yang biasa kita dengar setiap vitamin Shaklee dicipta dengan sokongan ujian klinikal yang bukan sedikit..tetapi beratus ujian supaya ia sentiasa berkesan. Salah satu ujian tersebut adalah ujian pemecahan supaya vitamin dilepaskan di tempat yang sepatutnya mengikut fitrah.


Selain dari menjalani ujian kualiti dan diperbuat dari bahan-bahan terpilih, cara vitamin-vitamin Shaklee bertindak juga berbeza. Sebelum itu jom kita lihat bagaimana nutrien dari makanan kita diserap oleh sistem penghadaman kita:
Sistem penghadaman manusia
Secara umumnya, kebanyakan nutrien makanan kita diserap di usus kecil. Proses pencernaan makanan bermula dari dalam mulut lagi, oleh air liur. Kemudian esofagus menghantar makanan yang kita kunyah, atau vitamin yang kita telan ke dalam perut. Asid hidroklorik dalam perut adalah sangat penting, bukan saja untuk pencernaan, malah ketidakseimbangan asid dalam perut boleh mendatangkan pelabagi masalah kesihatan, misalnya ulser perut, kelesuan melampau, rambut gugur dan sebagainya.

Pil vitamin Shaklee yang terbukti mempunyai bioavailabilitiyang tinggi (kadar penyerapan yang tinggi) telah diperbuat dengan coating atau ‘kulit’ yang bertindak mengawal nutrien-nutrien di dalamnya untuk ‘dilepaskan’ pada tempat yang sepatutnya, seperti dalam rajah di bawah misalnya:

Penyerapan vitamin shaklee
Vita-Lea memiliki ciri ‘folic acid micro coating’ yang dilepaskan di dalam perut kerana beberapa nutrien terutama iodin diproses di sini. Vitamin A diserap di jejunum, oleh itu Carotomax tidak ‘pecah’ sebelum melepasi perut. Vita-C dilengkapi dengan ‘gel diffusion’ agar khasiatnya bertahan selama 12 jam di dalam darah.

Untuk penyerapan yang lebih maksimum, adalah lebih baik beberapa vitamin diambil pada masa yang berbeza, contohnya pil yang mengandungi zat besi (Vita-Lea) dengan Kalsium (Ostematrix) kerana bukan saja kedua-duanya diserap di tempat yang sama, tapi juga kerana zat besi dan kalsium cenderung untuk ‘bind’ bersama-sama dan boleh menjadikan penyerapan kedua-dua nutrien ini terganggu.

Jadi, adakah vitamin ini tidak boleh diambil bersama-sama? Boleh, tiada masalah, cuma lebih baik diambil pada masa yang berbeza, ini kerana selain nutrien ini berpotensi untuk menghalang penyerapan antara satu sama lain, tubuh kita juga mempunyai keupayaan yang berbeza untuk menyerap nutrien. Malah, lebih baik vitamin larut lemak (ADEK) diambil selepas makan makanan berlemak/berminyak, dan vitamin larut air (B dan C) diambil bersama-sama.

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.