Thursday, 18 January 2018

TAWAN HATI ANAK DGN KETAWA ?




Antara perkara yang saya cukup titik beratkan dalam membesarkan Maryam dan Hanoonah adalah -  bukan setakat menjaga perut dan kebersihan mereka saja, tapi juga saya perlu MENJAGA 'KETAWA' mereka. 

Ketawa ni sebenarnya salah satu kemahiran komunikasi terawal yang anak kita gunakan untuk bonding dengan kita. ALLAH beri kemahiran senyum dan ketawa sebagai kemahiran terawal pada anak-anak ada sebabnya. Bukan saja-saja.

KETAWA ini salah satu kepentingannya, adalah sebagai indikator untuk kita ukur KESIHATAN emosi anak kecil kita.

Selalunya, kalau Maryam tunjuk tantrum, mula 'buat perangai', jadi sensitif tanpa sebab dan lebih banyak being cranky daripada being happy, apa yang akan saya buat ialah, MERANGSANG DIA UNTUK KETAWA. Sah, dia kurang ketawa DENGAN SAYA. Sebab tu dia cranky.

Salah satu petanda anak kita ini sihat dari sudut emosiya, ialah dia BANYAK KETAWA.

Tapi, ketawa yang bukan jenis ketawa jahat dendam tu. Bukan ketawa yang menyakitkan hati orang atau ketawa yang dibuat-buat seperti melihat kawan jatuh kerusi, mengejek kawan yang dimarahi Cikgu dan sebagainya.

Ketawa yang dimaksudkan, adalah ketawa yang datang dari rangsangan otaknya secara semulajadi yang terjadi kerana dia rasa CONTENT and HAPPY. Ketawa yang terjadi kerana dia betul-betul dalam mood ENJOY dengan sesuatu yang menyenangkan. Ketawa berdekek-dekek kata orang.

Contohnya, ketawa ketika mandi manda di kolam taman tema, ketawa ketika bermain kejar-kejar bersama sepupunya, ketawa ketika digeletek di pinggangdan ketiak, atau ketawa kerana tercuit geli hati melihat mimik muka lucu dari bapanya yang sedang bercerita.

Boleh beza kan, ketawa anak-anak kita bila mereka dalam situasi di atas yang mereka rasa betul-betul happy?

Kalau belum boleh beza, mulai hari ini kita cuba perhatikan RENTAK dan NADA ketawa anak kita.

Dan bila anak-anak buat perangai, saya tak akan marah dan hukum mereka. Ada cara yang lebih mudah saya guna untuk handle anak-anak ini, IAITU dengan cara BUAT MEREKA KETAWA.

Lagi banyak mereka ketawa mengekek-ngekek itu, inshaALLAH lagi stabil emosi mereka dan lagi mudah mereka nak mendengar kata kita. Ini jalan pintas saya guna untuk TAKLUK anak saya, iaitu, BUAT MEREKA KETAWA. :D Simple yet sooooo practical, alhamdULILLAH!

Anak-anak yang tak dengar kata, terlalu banyak pergerakan yang annoying, tak bersedia untuk bekerjasama dengan arahan daripada ibubapa, bukanlah petanda mereka anak-anak yang susah dijaga.

Prinsip saya, anak-anak ini SUCI. Jiwa mereka BERSIH. Mereka ini makhluk fitrah yang lahir ke dunia dalam AHSANI TAQWIM level paling tinggi punya - sebaik-baik kejadian dari segala aspek termasuk aspek emosi dan tingkah lakunya.

Susah untuk saya terima kalau anak-anak ini ada 'perangai' menyakitkan hati.
Well, they do actually. Ramai anak-anak kecil kadang-kadang perangainya 'boleh tahan.'

Tapi sebenarnya, yang mereka tunjuk segala perangai 'yang menguji kesabaran' kita itu, ianya adalah SIGNAL pada KEKURANGAN gaya kita mendekati dan mendidik mereka. Anak-anak kecil kita tak salah, cuma mungkin kita yang kurang memperhatikan keperluan mereka.

Kalau anak-anak yang kelaparan makanan boleh jadi pendengus dan marah di saat laparnya, begitu jugalah anak-anak yang kelaparan kebahagian, boleh jadi pendengus dan marah di saat emosinya lapar.

Nak approach mereka simple saja buat mereka ketawa, geletek mereka, lari-lari kejar dengan mereka, main tiger-tiger dengan mereka, tunjuk muka hodoh lucu sampai mereka ketawa - ini semua adalah apa yang dapat MEMBERI KEKENYANGAN kepada emosi mereka.

Sejauh mana kita telah berusaha 'mengenyangkan' mereka dari sudut ini?

Lagi banyak mereka ketawa dalam proses ini, lagi teguh BONDING antara kita dengan mereka. Lagi TEGUH bonding mereka dengan kita, lagi mudah mereka COOPERATE dengan kita dan menjadi anak yang mudah mendengar kata dan mudah dibesarkan, inshaALLAH.

Tiba-tiba, segala perangai 'annoying' itu hilang serta merta, inshaALLAH.

Tak logik, anak-anak suci ada 'perangai'.

Yang 'perangai' tu ialah kita ibubapa, bukan mereka anak-anak yang suci tanpa dosa ini.

Sikit atau banyak seorang anak-anak kecil KETAWA - adalah ISU YANG BESAR buat saya. Di sebalik ketawa anak-anak kita, ada beribu lagi perkara-perkara lain yang perlu kita 'perhatikan' dan 'baca.' Jadi sekarang, kita boleh selalu check tahap ketawa anak kita. Sihat ke tidak agaknya? :D

Jangan lupa lagi satu, PAKAT-PAKATLAH dengan suami untuk sentiasa saling ingat mengingatkan agar MAIN DENGAN ANAK SAMPAI MEREKA KETAWA BERIA.

InshaALLAH parenting journey kita akan jadi sangat fruitful dan enjoyable!

Sharifah Zahidah
18 Januari 2018
#sebelumsenja

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.