Saturday, 31 March 2018

ShakleeBaby | Shaklee Baby, Set Penjagaan Bayi Terbaik Bebas Bahan Kimia Berbahaya

Pening nak buat pilihan cari mandian bayi yang bebas bahan kimia bahaya dan bagus untuk kulit baby? 

Fazlina faham sangat perasaan anda, sebagai ibu sudah pasti kita berusaha nak berikan yang terbaik untuk anak kan? 

Tidak semua set mandian yang terdapat di pasaran sesuai dengan kulit baby yang sensitif. Hal ini kerana, banyak produk mandian mengandungi paraben, pewangi, pewarna tiruan dan mengandungi bahan bahan kimia yang tidak sesuai dengan kulit.
Namun, anda tidak perlu risau untuk memilih Shaklee Baby. Ia selamat digunakan oleh bayi dan juga dewasa kerana ia diformulasi tanpa :
  • Paraben
  • Phthalates
  • 1, 4-dioxan
  • Bisphenol-A (BPA)
  • Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • Formaldehid
  • Warna dan wangian tiruan.

Kenali Set Mandian Kulit Sensitif Dan Selamat : Shaklee Baby

Shaklee Baby terdiri daripada 3 produk iaitu:


#1. Gentle Wash (Sabun Mandian)

Sabun mandian Shaklee Baby mengandungi Chamomile, Lavender dan Aloevera organik. Mandian lembut ini mententeramkan, menenangkan dan melegakan kulit. Ia tidak akan menimbulkan alahan kepada kulit, mengandungi pH yang seimbang dan telah diuji untuk tahap sensitiviti. Ia sememangnya sesuai untuk mandian yang penuh dengan kasih sayang bagi kulit yang lebih lembut.

Ini menjadikan masa mandi lebih selamat dan menyeronokkan.
Set Mandian Kulit Sensitif


2. Soothing Lotion (Losyen )


Losyen ini juga diformulasi daripada chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanilla, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan Shea Butter organik.
Kandungan bahan ini akan memastikan kelembapan yang optimun pada kulit. Ia juga akan menenangkan dan melegakan kulit serta mengembalikan nutrien kulit yang hilang.
Seterusnya ia membantu kulit lembut secara semulajadi untuk kulit sensitif.
Set Mandian Kulit Sensitif


3. Massage Oil (Minyak Urut)


Minyak urut yang mengandungi campuran organik menenangkan ini mengandungi minyak biji bunga matahari, lavender dan chamomile.
Ia sesuai digunakan pada bila bila masa. Ia juga sesuai digunakan sebagai pelembap selepas mandi. Gunakan Massage Oil ini untuk mengurut bayi anda dengan penuh kasih sayang.
Set Mandian Kulit Sensitif

Keistimewaan Shaklee Baby Sebagai Set Mandian Kulit Sensitif



Anda tidak perlu risau apabila menggunakan produk keluaran Shaklee. Seperti produk produk suplemen yang telah menjalani ujian klinikal sebelum dipasarkan, Shaklee Baby juga telah menjalani pelbagai ujian klinikal untuk memastikan ia selamat digunakan.

Mahu dapatkan SET MANDIAN SHAKLEE BABY? Fazlina pun tak sabar nak pos kat anda set mandian organik super duper best ni.

Thursday, 29 March 2018

6 Cara Mengatasi Sembelit Bayi Dengan Cepat. Berkesan!


Bila baby sembelit , ibu lah yang paling risau kan. Hari ni Fazlina nak share bagaimana nak atasi masalah sembelit anak dengan cara yang lebih berkesan. 
Sebenarnya, sembelit bukanlah penyakit. Menurut laman web kesihatan WebMD, ia tidak didiagnosis berdasarkan bilangan hari anak kita tidak membuang air besar.  Walaubagaimanapun, kita sebagai ibu bapa perlu tahu cara mengatasi sembelit bayi untuk memastikan sistem pencernaan anak kita berfungsi dengan betul.
Semakin anak-anak kita membesar, keperluan nutrien mereka juga berubah untuk tumbesaran yang sihat. Tubuh mereka sedang cuba untuk menyesuaikan diri  dengan pemakanan yang diberikan. Sehingga ke satu tahap, mereka mungkin akan mengalami sembelit.

6 CARA MENGATASI SEMBELIT BAYI SECARA SEMULAJADI

Berikut adalah cara mengatasi sembelit bayi yang boleh anda lakukan di rumah.


1. BERI BUAH-BUAHAN BERSERAT

Bagi bayi berusia 6 bulan ke atas dan menyusu susu formula,  boleh berikan mereka makanan separuh pepejal  yang kaya dengan serat seperti lobak merah segar yang dikisar.

Untuk kanak-kanak setahun keatas, berikan jus betik untuk membantu melancarkan sistem pencernaan. Selain mengandungi serat, buah betik juga memiliki bahan semulajadi untuk merangsang pergerakan usus.


2. TUKAR SUSU FORMULA

Jika bayi baru lahir dan hanya menyusu badan, anda tidak perlu risau jika mereka tidak membuang air besar selama beberapa hari. Biasanya sembelit tidak berlaku disebabkan susu badan. Teruskan menyusu badan seperti biasa.
Namun, sekuranya anak anda menyusu susu formula, mereka lebih mudah untuk mengalami sembelit. Cuba kurangkan kepekatan susu ketika membancuh atau tukar kepada jenama lain. Sesetengah jenis susu formula mungkin tidak sesuai dengan anak anda. Minta nasihat doktor untuk memastikan susu tersebut sesuai untuk anak anda.

3. GALAKKAN BAYI MINUM LEBIH AIR MASAK

Sembelit sering berlaku apabila badan kekurangan air. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas, biasakan mereka minum air masak. Ingatkan mereka untuk minum sekali dalam sejam. Pastikan bawa bekalan air ketika keluar bermain terutamanya ketika cuaca panas.

*Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah tidak perludiberi air masak kerana air susu ibu sudah cukup untuk menampung semua nutrisi yang diperlukan. Malah, jika ia diberi berlebihan boleh menyebabkan bahaya seperti kekurangan berat badan, kekurangan garam, dan menyusutkan penghasilan susu ibu.

4. AJAK BAYI BERSENAM / BERGERAK AKTIF

Bersenam dapat membantu melancarkan pencernaan. Bawa anak anda keluar bermain sekurang-kurangnya 30 minit dan anda pasti akan melihat perubahan.
Banyak bergerak aktif dapat membantu kelancaran usus dan memudahkan pembuangan.


5. PERBAIKI RUTIN TANDAS

Sembelit selalu terjadi di usia anak mula aktif bermain atau dalam proses bercerai lampin. Kadang-kadang anak kita leka bermain sehingga lupa untuk ke tandas. Ada juga yang ‘takut’ atau tidak selesa untuk ke tandas kerana sebab-sebab tertentu.
Oleh itu, cuba tanya mereka puncanya dan perhatikan sama ada mereka sudah betul-betul bersedia untuk bercerai lampin. Jangan terlalu memarahi mereka sekiranya mereka tidak sengaja ‘membuang’ dalam seluar. Sediakan mereka ‘potty training bowl’ atau gunakan tandas cangkung untuk melatih anak anda membuang air besar kerana posisi mencangkung memudahkan najis keluar.

6. URUTAN LEMBUT

Untuk bayi, lakukan urutan setelah mandi dengan air suam. Lakukan urutan di perut bayi bermula di pusat kemudian keluar mengikut arah jam. Kemudian lakukan pergerakan kaki pada bayi dengan cara menggerakkan kedua-dua kaki bayi seolah mengayuh basikal.
Pergerakan kaki ini dapat membantu pergerakan otot perut dan memberi tekanan lembut pada usus bayi.
cara mengatasi sembelit bayi

DAPATKAN NASIHAT DOKTOR JIKA BERTERUSAN

Sembelit pada bayi adalah biasa terutama apabila mereka mula makan diberi makanan pejal. Tubuh badan mereka baru mula untuk menyesuaikan diri dengan pemakanan baru.
Dengan pemerhatian dan diet yang baik, mereka akan memiliki pencernaan yang lebih baik dan pada waktu yang tetap. Jika masalah sembelit masih berlarutan, dapatkan nasihat doktor untuk solusi terbaik.



Sumber : zuriat.my

Wednesday, 28 March 2018

7 KHASIAT BAWANG PUTIH UNTUK IBU HAMIL


Bawang putih sentiasa menjadi pilihan untuk menyerlahkan rasa dalam masakannya kerana rasanya yang kuat dan agak tajam. Selain untuk masakan, bawang putih juga digunakan sebagai ubat dalam petua seperti rawatan untuk selsema, sakit gigi dan sakit kulit kerana khasiat yang terkandung antaranya antioksida dan anti-radang.
Sebenarnya, ada banyak juga khasiat bawang putih untuk ibu hamil yang khusus. Banyak kajian yang telah dilakukan mendapati ianya mampu memberi kesan positif kepada diri dan bayi dalam kandungan.


7 KHASIAT BAWANG PUTIH UNTUK IBU HAMIL

Berikut adalah antara kebaikan bawang putih untuk ibu hamil.

1. MENGURANGKAN KEGUGURAN RAMBUT

Perubahan hormon dalam badan membuatkan rambut mudah gugur pada waktu mengandung dan selepas bersalin. Kebiasaannya 90% rambut pada kepala sentiasa memanjang manakala 10% dalam keadaan rehat. Perubahan hormon menyebabkan rambut lebih cenderung untuk berada dalam keadaan rehat dan tidak sekuat dahulu.

Komponen selenium dan sulfur dalam bawang putih terbukti dapat merangsang pertumbuhan rambut yang sihat, menguatkan rambut serta menghalang keguguran rambut. Caranya ialah dengan menyediakan minyak pati bawang putih dengan mencampurkan hirisan bawang putih dengan minyak zaitun. Kemudian biarkan dua minggu di dalam peti sejuk sebelum menggunakannya.

2. MERAWAT SELSEMA

Sudah menjadi petua turun-temurun yang menunjukkan keberkesanan bawang putih untuk merawat selsema. Kajian juga turut menyokong penggunaan bawang putih kerana komponen istimewa iaitu  sel- T yang bertindak sebagai antivirus yang melawan jangkitan selsema dalam aliran darah.
Caranya penggunaan bawang putih ialah dengan makan seulas bawang putih mentah atau dihancurkan dalam setiap 3 atau 4 jam sehingga selsema hilang.

3. MENGAWAL TEKANAN DARAH & PRE-EKLAMPSIA

Ibu mengandung yang gagal mengawal tekanan darah tinggi berisiko untuk mengalami pre-eklampsia. Oleh itu, terdapat pakar yang menyarankan untuk menambah bawang putih dalam diet sebagai langkah kawalan darah tinggi. Penggunaan bawang putih sebagai rawatan semulajadi terbukti berkesan untuk memastikan tekanan darah dalam badan terkawal.

Khasiat bawang putih untuk ibu hamil boleh ditambah dalam diet harian sejak dari trimester pertama untuk tekanan darah seimbang.

4. MENGUATKAN SISTEM IMUN TUBUH

Selain kaya dengan sifat antibakteria dan antioksida, bawang putih juga mampu menguatkan sistem imun badan. Dengan hanya seulas, ia mampu membekalkan lebih 100 jenis kompaun sulfurik yang mampu menghapuskan pelbagai jenis jangkitan dan bakteria dalam badan.
Khasiat bawang putih untuk ibu hamil akan menjadikan badan terhindar daripada demam, batuk dan selsema.

5. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH

Waktu kehamilan sering dikaitkan dengan peredaran darah yang tidak lancar. Hasilnya, tangan dan kaki mudah kelihatan bengkak dan terasa kebas. Khasiat bawang putih untuk ibu hamil dapat memberi kesan kepada peredaran darah yang lebih efektif kerana apabila dimakan, di mana kandungannya dapat membantu merehatkan salur darah dan seterusnya melancarkan aliran darah ke seluruh badan.
Kajian juga mendapati pengamalan bawang putih dapat membersihkan darah dengan cara penyingkiran toksin.

6. MENGHALANG PEMBIAKAN FUNGUS

Dalam usia kehamilan, peningkatan kadar hormon terutamanya estrogen merangsang pembiakan fungus pada bahagian kulit lembap dan tertutup. Hasilnya, fungus mudah merebak pada bahagian vagina.
Bawang putih yang mengandungi antifungus mampu melawan pembiakan fungus candida dan mengimbangi semula pembentukan bakteria baik dan jahat pada badan.
Sapukan pada bahagian bermasalah dan jangan lupa untuk masukkan bawang putih dalam hidangan.

7. MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL

Kolesterol memainkan peranan penting pada tempoh kehamilan untuk perkembangan fizikal dan minda bayi. Kolesterol juga diperlukan untuk meningkatkan paras hormon estrogen dan progesteron yang penting semasa mengandung.
Tetapi, kadar kolesterol dalam badan perlu dijaga untuk mengelakkan risiko strok atau sakit jantung. selain itu, jika ibu tidak dapat mengawal paras kolesterol, anak juga turut cenderung mempunyai kolesterol yang tinggi. Menurut sumber, bawang putih terbukti dapat mengurangkan paras kolesterol sebanyak 9 ke 12% jika diamalkan setiap hari.

TAMBAHKAN KEBAIKAN BAWANG PUTIH DALAM DIET HARIAN

Ternyata memang banyak khasiat bawang putih untuk ibu hamil. Ada banyak cara untuk menikmatinya dalam masakan seperti sup, bubur, lauk pauk, dan boleh disapu pada roti. Cubalah!


Sumber : Zuriat.com

Tuesday, 27 March 2018

''Baru Hari Ke-9 Pantang, Jahitan Bersalin Terbuka Semula'' Jururawat Kongsi 9 Tips Untuk Elakkan Kes Seperti Ini Berulang


Antara perkara yang menyeramkan bagi ibu dalam pantang ialah bila JAHITAN BERSALIN TERBUKA

Bila luka jahitan tidak dijaga dengan betul, jahitan boleh terbuka.Luka boleh di jangkiti kuman dan bernanah tau. Situasi ni la yang boleh menambah stress pada si ibu. Aduhai  dahla badan letih terpaksa  berjaga malam, tempat jahitan bengkak pula akibat infection jahitan terbuka

Entri kali ni Fazlina nak share perkongsian seorang Jururawat bidan terlatih kerajaan Puan Noor Shafinah Mamat menceritakan pengalaman berdepan dengan pesakit yang mengalami masalah sebegini.

LUKA JAHITAN BERSALIN
.
Disebabkan jahitan pt saya terbuka pada hari ke 9 berpantang, saya rasa baik saya share benda yg patut ibu2 jaga untuk make sure jahitan betul2 sembuh pada waktunya, harap2 tak jadi mcm pt saya ni, ada gap pada benang tu. Tak kena jahit balik tapi seram la, dah xlawa cik bunga kita 🤭
.



1. Cuci luka - sila lah baring. Lepas settle mandi/buang air, lap kering2 pakai tisu gulung/tuala, lepastu ambik masa baring dan anginkan luka sebelum letak ubat kuning dlm 5min. Lepas letak ubat kuning, anginkan lg 5min. Saya beli kipas kecik senang nak keringkan tmpt jahitan. Hair dryer boleh tp bising sgt bunyi dia.
.




2. Spray bottle - beli dkt kedai 2hinggit je botol spray kecik. Isi ubat kuning, nak guna spray je. Spray banyak, biar bahagian dlm lipatan jahitan tu pun kena. Ubat kuning kalau habis boleh mintak lg dkt KK. Kalau pakai kapas dab dab, kadang2 tak kena tempat luka tu, mcm saya la mula2. Beriya letak rupanya tak kena pun tempatnya. Tahu2 benang atas dah hilang.
.



3. Kurangkan berjalan ttp boleh bersenam - semestinya. Kalau perlu sgt, tolonglah kepit mcm tak bagi emas terlepas dari kepitan kaki. Lagi rapat kepit, lagi cepat daging cantum elok.senaman kegel pon menggalakkan peredaran darah ke tempat luka ,luka lagi  cepat sembuh~ uolss tao x senaman kegel camane?? Xtao pm tepi..hihihi
.




4. Tukar pad - tukar 2 -4 jam sekali. Kira dapat lagi selalu anginkan jahitan tu. kalau anak meragam, buatlah kerap mana yg mampu. Tapi jgn tunggu 5-6 jam, cepatlah melecet nanti, tak masuk kuman lg apa semua. Please elak.
.



5. Vitamin C, zinc - ambiklah extra vit c. Macam saya tak boleh mkn oren sunkist tu sbb perut meragam, saya ambik vit c tambahan utk bantu pulih luka. Beli je ,asalkan kita cepat baik. Yg boleh mkn oren, lagi baik. Cepat kering.
.



6. Air garam - ada kata garam ni cepatkan benang reput, ada kata cepatkan cantum luka, mcm2 org kata. So buatlah at least sekali sehari. Air garam pun saya masuk spray bottle senang terus spray je lps buang air. Kalau dpt buat sitz bath lg better.berendam ~
.



7. Buang air - elak sembelit ye. Minum air cukup, makan buah & sayuran hijau & kalsium juga boleh mengelakkan sembelit ~ kalau susah nak minum susu,ambik je OSTEOMATRIX kalsium . Sembelit mmg akan kacau tmpat jahitan tu, takut terbuka. Jgn teran2 sgt ye.
.
Ni je basic penjagaan luka jahitan yg misi boleh share. Yang tambah manjakani, asam keping etc tu optional, ikut keyakinan diri. Saya tak buat & tak sarankan sbb tahap kebersihan bahan2 tersebut diragui juga & sbb takut jadi jangkitan jugak. Sekian.
.
Sumber Noor Shafinah Mamat



CLICK HERE TO REACH ME www.wasap.my/60195560012



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **



Monday, 26 March 2018

Dua perkara dambaan anak remaja


2 perkara yang paling didambakan oleh remaja setelah akil baligh adalah : SAHABAT dan CINTA.

Jika kedua perkara ini tidak diperolehi oleh anak-anak dari ibu bapa, maka sedikit demi sedikit mereka akan menjauhkan diri dari kita.

Inilah yang dikongsikan oleh remaja ketika aku berprogram bersama mereka. Budak-budak ni mahu sangat mak dan ayahnya menjadi sahabat yang terbaik. Boleh berkongsi, bersembang, meluah perasaan, bergurau senda, makan sama-sama dan lain-lain. Ya lah, dah namanya pun sahabat kan.

Tentang cinta pula. Kau rasa kalau seorang anak tak rasa dicintai dan disayangi, kemana mereka akan salurkan perasaan itu? Sudah tentu kepada pasangannya.

Kau tahu Tuan Puan, bila aku pasang sahaja video pengorbanan seorang ayah kepada anaknya, budak perempuan ramai yang mengalirkan air mata.

Bila aku tanya kenapa, mereka jawab bapak kami tak pernah buat begitu pada kami. Cakap kasar, tak pernah puji mereka cantik atau comel, tak pernah nak peluk anak, cium pipi, dahi apatah lagi.

Maka, ada antara anak perempuan semakin menjauhi bapanya dan mencari lelaki lain yang mampu bercakap lembut padanya, pandai memuji, memeluknya, menciumnya dan seterusnya dan seterusnya. Maka, sang ayah janganlah marah kalau anak kau dinodai oleh entah mana lelaki. Boleh jadi salah kau juga.

Anak lelaki dok perati perangai bapak. Bila dah kahwin nanti, akan ulangi semula apa yang bapaknya pernah lakukan kepada anak perempuan.

Ingat Tuan Puan, jadilah sahabat terbaik untuk anak-anak. Sayangi dan cintai mereka sepenuh hati.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Bro Botak yang disayangi remaja.

Thursday, 8 March 2018

TIPS BERPUASA UTK IBU DALAM PENYUSUAN

TIPS BERPUASA SAMBIL MENYUSUKAN ANAK


Puasa sambil menyusukan baby bukan mudah.Pengalaman Fazlina sendiri berpuasa dalam keadaan memgandung walaupun hyprem gravida lebih bertahan berbanding puasa sambil menyusukan anak.Huh -!

Mana tidak nya , bila menyusukan anak kita kita akan cepat rasa lapar dan haus.Hampir je Fazlina berbuka tau sebab dah tak tahan haus.

Ibu menyusu boleh berpuasa semasa Ramadhan, tetapi pastikan diri sihat dan bayi mendapatkan bekalan susu yang mencukupi. Walaubagaimanapun, untuk ibu-ibu yang menyusukan anak secara eksklusif, mereka perlu peka kepada tanda-tanda di bawah kerana mereka mungkin boleh dehidrasi:
  • berat badan menurun > 1kg seminggu
  • rasa sangat dahaga
  • air kencing yang berbau atau berwarna gelap
  • rasa pitam atau pening atau mengantuk walaupun anda telah tidur
  • sering sakit kepala
Jika ibu menyusu mengalami tanda-tanda ini, kemungkinan besar ibu itu perlu berhenti berpuasa. 

TIPS MINUM AIR YANG SECUKUPNYA 3L
Kebanyakan ibu menyusu berasa letih dan lesu ketika berpuasa bukan kerana kurang makan tapi kurang air dalam badan. 


                        


TIPS PEMAKANAN
Ibu menyusu boleh mengambil multivitamin dan makanan tambahan pelbagai mineral. Elakkan diri dari tekanan dan berbuka puasa dengan makanan yang sihat.

Pastikan anda mendapatkan protein yang mencukupi untuk kesihatan bayi anda.

Makan makanan karbohidrat yang melepaskan tenaga secara perlahan-lahan seperti bijirin, tepung merah, beras GI rendah dan buah-buahan kering yang lain. 
Jangan lupa untuk minum air yang secukupnya apabila anda tidak berpuasa dan jangan terlepas sahur.

NAK TAHU RAHSIA FAZLINA TAK MUDAH MELEPET DAN TAK CEPAT LAPAR DI SIANG HARI?

Ha ni yang tak sabar nak reveal dengan anda semua.Semenjak Fazlina amalkan minuman protin ESP dan juga Performance Drink , waktu siang dah tak tak mudah lembik lesu les tak cepat lapar dah.




ENERGIZING SOY PROTEIN ( ESP )



ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada 100% non-GMO soy protien yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan positif mengambil suplemen ini dalam set puasa Shaklee adalah:



ESP yang rendah GI membantu kenyang lebih lama dan memberikan tenaga
  • Bantu kekal bertenaga sepanjang hari
  • Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar kerana kadar pencernaan dan penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.
  • Setiap hidangan ESP adalah rendah GI di mana membantu memberikan tenaga disamping kenyang lebih lama.
  • Sumber protein yang baik juga akan membantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara.
  • Gabungan kalsium dan protien di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang bulan ramadhan.

PERFORMANCE DRINK


  • Performance Drink adalah umusan ekslusif Opticarb memberikan kita karbohidrat bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.
  • Performance Drink membantu mengelakkan dehidrasi dan memastikan keseimbangan elektrolit badan
  • Performance Drink membantu mengelakkan dehidrasi dan memastikan keseimbangan elektrolit badan
  • Rasa oren yang menyegarkan!
  • Bantu mengelakkan dehidrasi
  • Mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa.
Jika diminum selepas berbuka Performance Drink membantu anda untuk menambah semula tenaga dan mudahlah untuk menunaikan terawih.

Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur dan sewaktu sahur.

Sekian dulu celoteh Fazlina di entry kali ni ye , oh ye kalau korang nak dapatkan ESP dan PD ni jangan segan-segan contact Fazlina kat no di bawah ni ye. 


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


Thursday, 1 March 2018




Sebenarnya makin kerap kita herdik dan tengking  anak hanya akan menyebabkan bahagian otak reptilianya semakin aktif. Kesannya si kecil menjadi semakin ganas dan sukar dikawal.

“Eh, habis tu tak boleh marahkan anak ke? Kalau anak buat salah biarkan saja ke?”

Bukan tak boleh tegur kesalahan anak tapi kena ada caranya apatah lagi kalau anak anda masih di bawah usia 6 tahun. Nabi s.a.w pun ajar kita didik anak bawah umur 6 tahun dengan cara menegur lembut dan membetulkan kesalahan mereka. Bukannya herdik dan pukul!

Selain otak reptilia anak jadi aktif, otak reptilia kita pun sendiri jadi tak terkawal dan semakin mengganas bila kita asyik marahkan anak sahaja.

Ikutiti penjelasan Dr. Taufiq Razif tentang hal ini.

Bila kita marah pada anak, sebenarnya kita sedang membiarkan diri kita dikawal oleh otak reptilia (reptile brain) kita.

Ramai berpendapat, kalau tengah marah cara terbaik untuk melegakan kemarahan adalah dengan melepaskannya! Ikut kajian, teknik ni salah sebenarnya. Malah bila kita lepas kemarahan, kita sebenarnya sedang menguatkan dan memanjangkan kemarahan tersebut.

CARA KAWAL MARAH

Cara terbaik untuk hilangkan kemarahan adalah dengan mencari distractions ataupun buat sesuatu benda yang lain yang boleh buat kita lupakan amarah kita tadi.

Ada orang bila marah dia akan

-keluar rumah sebentar
-pergi ke halaman rumah
-buat-buat sibuk di dapur
-dan banyak lagi cari lain

Yang penting, kita kena pegang bahawa melepaskan kemarahan dengan menengking dan mengherdik anak takkan melegakan kemarahan kita pun. Herdik anak hanya akan mengaktifkan otak reptilia anak dan suatu hari nanti anak kita pula yang jadi berani herdik kita bila otak reptilianya sudah mendominasi dirinya

Anak yang selalu ditekan, diherdik dan ditengking akan menjadi dominan otak reptilianya (reptile brain / brainstem ). Itulah kenapa anak ini akan menjadi ganas dan tak dapat dikawal.

Tanda-Tanda Anak Kita Mengalami Penderaan Emosi Dalam Diam



– Takut yang teramat pada mak ayah sendiri.
– Selalu bagitahu orang yang lain yang dia benci mak ayahnya.
– Tiba-tiba berlaku perubahan mendadak pada percakapannya. Contohnya tiba-tiba percakapannya jadi gagap tanpa sebab.
– Berubah perangai secara tiba-tiba seperti tiba-tiba jadi pendiam tanpa sebab yang jelas.
– Prestasi di kelas dan pelajaran jadi merosot tiba-tiba.

Kalau anak meragam, degil, suka mengamuk, menangis tanpa sebab dan perangai pelik-pelik cuba periksa emosi ibu bapa dulu.

✔ Kadang si ibu tak sengaja mengamuk disebabkan Pre-Mestrual Syndrome ( PMS ) nya

✔ Kadang si bapa tertengking tanpa sengaja disebabkan kepenatan bekerja

✔ Kadang keduanya lupa nak jaga emosi si anak bila stress tempat kerja dibawa balik ke rumah sendiri

Semua ini boleh efek pada emosi si anak tu sendiri. Jangan kita selalu salahkan anak yang suci tu bila emosi kita sendiri tak terurus dan tak terjaga. Kerosakan emosi kita boleh terpancar dan dilihat pada emosi anak kita.

Anak belajar bertenang bila dia boleh rasa ketenangan tu daripada ibu bapa dia sendiri. Cuba amal sendiri dan rasakan keajaibannya. Kongsi juga ilmu ni pada pasangan masing-masing ye untuk kebaikan anak-anak kita juga.

Sumber: Taufiq Razif









Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.