Monday, 26 March 2018

Dua perkara dambaan anak remaja


2 perkara yang paling didambakan oleh remaja setelah akil baligh adalah : SAHABAT dan CINTA.

Jika kedua perkara ini tidak diperolehi oleh anak-anak dari ibu bapa, maka sedikit demi sedikit mereka akan menjauhkan diri dari kita.

Inilah yang dikongsikan oleh remaja ketika aku berprogram bersama mereka. Budak-budak ni mahu sangat mak dan ayahnya menjadi sahabat yang terbaik. Boleh berkongsi, bersembang, meluah perasaan, bergurau senda, makan sama-sama dan lain-lain. Ya lah, dah namanya pun sahabat kan.

Tentang cinta pula. Kau rasa kalau seorang anak tak rasa dicintai dan disayangi, kemana mereka akan salurkan perasaan itu? Sudah tentu kepada pasangannya.

Kau tahu Tuan Puan, bila aku pasang sahaja video pengorbanan seorang ayah kepada anaknya, budak perempuan ramai yang mengalirkan air mata.

Bila aku tanya kenapa, mereka jawab bapak kami tak pernah buat begitu pada kami. Cakap kasar, tak pernah puji mereka cantik atau comel, tak pernah nak peluk anak, cium pipi, dahi apatah lagi.

Maka, ada antara anak perempuan semakin menjauhi bapanya dan mencari lelaki lain yang mampu bercakap lembut padanya, pandai memuji, memeluknya, menciumnya dan seterusnya dan seterusnya. Maka, sang ayah janganlah marah kalau anak kau dinodai oleh entah mana lelaki. Boleh jadi salah kau juga.

Anak lelaki dok perati perangai bapak. Bila dah kahwin nanti, akan ulangi semula apa yang bapaknya pernah lakukan kepada anak perempuan.

Ingat Tuan Puan, jadilah sahabat terbaik untuk anak-anak. Sayangi dan cintai mereka sepenuh hati.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Bro Botak yang disayangi remaja.

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.