Saturday, 14 April 2018

SUNTIKAN SELEPAS BERSALIN CEASER




SUNTIKAN SELEPAS BERSALIN CEASER

Pengalaman dulu,tak ada lagi suntik-suntik ni. Seram😣😣

Kene suntik sendiri pulak tu, tapi boleh mintak bantuan nurse kalau tak berani.. tapi kene ulang alik ke hospital la..

Kalau nak tahu..

Selepas bersalin secara pembedahan, kita akan bagi suntikan ni untuk mengelakkan pembentukan darah beku. Darah beku ini adalah bahaya jika memasuki jantung.

 Ibu akan collapse/pengsan/koma atau terus meninggal.



Kenapa perlu suntik?

Untuk mencairkan darah/mengelakkan pembentukan darah beku yg boleh mengancam jantung dan nyawa.

 Polisi KKM sekarang, ibu-ibu yg bersalin Czer dikuatkuasakan untuk ambik suntikan ni 2x sehari selama 10 hari iaitu bersamaan dgn 20 kali cucuk. Suntikan boleh kat lengan/peha/perut.

Dulu takde. Kemudian cucuk heparin diberi selama 5 hari bersamaan 10 kali suntikan. Kemudian di up kan lagi menjadi 7 hari. Bersamaan 14 kali suntikan.


Pembentukan darah beku lepas Czer ni adalah kemungkinan dari air ketuban yg melepasi kawasan lain/salur darah dan bercampur dengan darah.

Berbeza dengan bersalin normal yg mana air ketuban keluar melalui satu jalan sahaja. Darah beku tersebut berbentuk ketulan kecil macam tepung yg dibancuh tak sekata jadi ketulan-ketulan kecil dikhuatiri memasuki jantung.” –Dr Wati

Bertabahlah wahai ibu,besar ganjaran untuk ibu ni,banyak berkorban🙂

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.