Friday, 31 August 2018

Bagaimana Vitamin C Plus Shaklee lepaskan vit c setiap jam




Hari ni ada yang bertanya, camne eh Vitamin C sustained released Shaklee ni dia bagitau kat vit c ni untuk release ascorbic acid setiap jam ?   

Formula sustained release ada 2 jenis iaitu "small pellet type", dan "layer type".



Bagi "small pellet", kandungan vitamin akan dibebaskan pellet demi pellet mengikut turutan dan masa. Macam mana "pellet" tu tahu sekarang turn dia keluar? Dengan kehebatan teknologi perubatan, pakar boleh tentukan masa dan turutan pellet vitamin terbebas. Formula Sustained release ini dinamakan "MATRIX"

"Layer type" lebih mudah untuk difahami kerana kita boleh nampak (dalam gambar la) bagaimana vitamin dibentuk lapisan demi lapisan. Vitamin akan terbebas pada lapisan terluar dan diikuti lapisan seterusnya. Formula ini pun mempunyai MATRIX sustained release tersendiri bila lapisan vitamin perlu dibebaskan.

Dah  faham konsep sustained release?

Sustained release Vita C Plus Shaklee pula menggunakan formula lapisan demi lapisan. Lebih kurang 100mg vita C akan dibebaskan setiap jam, lapis demi lapis sehingga ke jam ke 5.

Jadi selama ini, jika anda dapat consultation dari pengedar anda supaya mematahkan (mengunyah) Sustained released Vitamin C untuk mempercepatkan penyerapan, terutamanya ketika tidak sihat, selsema dan sebagainya, pendapat itu adalah SALAH.

Analoginya begini

Badan boleh menyerap lebih kurang 200mg vita C sejam. Bila dipatahkan, kita telah memutuskan MATRIX asal vitamin tersebut. Jadi 500 mg vitamin C akan dibebaskan sekaligus, sedangkan badan akan menyerap lebih kurang 200mg vita C sahaja pada jam tersebut, jadi lagi 300mg vita C akan terbazir dan disingkirkan melalui urine.

Oleh itu, cara terbaik adalah dengan mengambil 2 biji vita C tanpa patahkan, setiap biji membebaskan 100mg ,dalam sejam badan akan mendapat 200mg. Jam seterusnya layer seterusnya akan membebaskan 200mg sehingga jam ke 5 kita dapat 1000mg dari 2 biji Sustained release vita C plus.

Haa..faham tak vitamin terbaik pun tidak dapat memberi kesan terbaik jika kita mengambilnya dengan cara yang salah. Kan dah membazir tu. Jadi, telan terus SR vita C plus anda ye.

Sekian post skema dari maklin malam ni

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.