Thursday, 27 September 2018

Anak kekurangan enzim G6PD ketahui pantang yang anda perlu tahu


Kacang parang, ubat gegat, antibiotik, ubatan herba antara makanan dan bahan yang perlu dijauhi penghidap Glucose -6- Phosphate Dehydrogenase atau G6PD seumur hidup, jika tidak mahu berlaku perkara diluar jangkaan.

Mungkin terasa banyaknya pantang larang, namun bagi penghidap serta ibu bapa yang mempunyai anak G6PD adalah sangat penting untuk mereka mempunyai pengetahuan tentang perkara ini.

Jadi, buat ibu-ibu yang bayinya disahkan kekurangan G6PD jangan panik, jangan terlalu risau, relaks, laluinya dengan tenang. Selalunya ibu-ibu akan jadi panik dan takut disebabkan bacaan kuning (jaundis) anak mudah naik seawal hari pertama dilahirkan.

Ini kerana, sel darah merah mereka ni mudah pecah dan menyebabkan kuning jadi tinggi. Lagi buat ibu-ibu tambah panik bila bayi kurang G6PD MESTI ditahan di wad NICU selama sekurang-kurangnya 5 hari untuk pemantauan.


Apakah Yang Perlu Dilakukan Apabila Anak Anda Kekurangan G6PD?

– Kacang Parang / Pava Beans/kacang itik



– Ubatan farmasi. Ubat selsema demam batuk. Perlu rujuk doktor dahulu sebelum beri pada anak.


– Senarai antibiotiks. (Tiap kali ambil ubat, beritahu doktor anak saya ada G6PD)


– Ubat-ubat tradisional seperti jamu dan ubat-ubat senseh/herba


– Penyembur serangga

– Ubat gegat ( ada napthalene)



– Ujala (nila)



– Buah-buah masam seperti oren, nenas.

_ bau cat

– banyak lagi yang saya mungkin tidak aware dan mungkin anda lebih arif.

INI PULA SUMBER DARI DOKTOR ABD RAHIM(BAYAN LEPAS)


– Makanan ada pewarna tiruan methylene & toluidine blue & sulfida

– kacang soya

– produk bebas gluten seperti tepung semua jenis kacang @ produk kacang

– Asid askorbik tiruan dalam vitamin C

– Gula-gula , makanan berperisa menthol

– Ubat Antimalaria

– Ubat sakit kepala (paracetamol – ada thylenol)

Ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan juga perlu mengelakkan bahan-bahan tersenarai di atas.

Sila beritahu doktor anda bahawa anak anda kekurang G6PD setiap kali mendapat rawatan. Bawa senarai ubat yang tidak boleh diambil dan tunjukkan kepada doktor yang merawat anak anda.

Tanda-tanda Termakan Bahan Tersebut:

– Kekuningan pada kulit atau mata (jaundis) dengan serta-merta
– Air kencing berdarah atau berwarna air teh pekat
– Tidak bermaya
– Pucat
– Demam
– Sesak nafas
– Pengsan

Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya ini berlaku!!

Bolehkah Seseorang Yang Kekurangan G6PD Hidup Secara Normal?

Seseorang yang kekurangan G6PD boleh hidup secara normal tetapi mesti mengelakkan makanan dan ubatan yang tersenarai.

Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. Ia bukan penyakit berjangkit.

Apabila anak anda dewasa, anda perlu mendidik mereka tentang status kekurang G6PD mereka dan bahan-bahan yang perlu dielakkan.

So…ibu-ibu…apa lagi yang boleh kita senaraikan supaya anak-anak g6pd lebih berhati-hati? Jom kongsikan bersama.

Sunday, 23 September 2018

Resipi Kuah steam boat persis kat kedai


Siapa kat sini suka makan Steamboat? Kalau dapat masak sendiri lagi puas kan terutama swkali kalau waktu berhimpun bersama ahli keluarga di kala hujung minggu.

Beriku adalah RESIPI KUAH STEAMBOAT. Terima kasih buat pemilik resipi atas perkongsian yang sangat menarik ni. FB : Kerongsang Tasbih Hani


Hari ni buat oden versi hani 😂😂😂

Rasanya 98% sama taw !! Puas makan.

Siapa teringin makan tu, boleh try buat 👍👍

Sepeket pes tomyam
Sepeket pes asam pedas
Sikit air limau
Air secukupnya
Fishball steamboat mix, (ada jual di giant, dlm pek tu ada macam2 jenis ball )

Cara-cara :
-letak air secukupnya
-masuk kan pes2, perahan limau & ball2 tu
-masukkan garam secukup rasa.
-masak sampai mendidih.

Mix steamboat tu tpulang nak potong2 atau cucuk kat lidi 🤗🤗🤗



   




Thursday, 6 September 2018

7 CARA KEMPiSKAN PERUT




Kenapa perlu kempiskan perut?

Perut buncit tanda bermulanya tubuh dihinggap penyakit. Cuma menanti ledakan sahaja.
Ramai yang bertanya bagaimana kempiskan perut?

Hari ini saya kongsikan caranya. Kaedah-kaedah ini dikumpul dari kajian dan praktis klinikal.
1. Ambil makanan kaya protein.

Protein akan lepaskan hormon PYY. Hormon ini akan hantar isyarat ke otak. 
Katanya “bro/sis engkau dah kenyang. Udah udahlah tu” Kita pun sebut “ oh ye ke, ok ok saya berhenti sekarang.”

2. Urus stres dengan bijaksana dan bijaksini.

Stres sebabkan hormon kortisol mengalir laju. Hormon ini suka kumpulkan lemak. 
Happy sungguh dia buat kerja kerja yang kita tak suka. Macam orang letak simen pada batu bata ketika buat rumah. Ditempek tempek.
Dia juga dengan bangganya bantu tingkatkan selera meningkat. Tahap melahap dna membantai makanan memuncak. Semua nampak sedap. 

3. Katakan tidak pada gula putih.

Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.” 
Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni.

Apabila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem.
  
4. Senaman - angkat berat, aerobik dapat segerakan misi kempiskan perut.
 
5. Tidur - kajian selama 16 tahun dapati wanita yang tidur kurang dari 5 jam akan alami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita tidur 7 jam. 
Cuba semak, berapa jam tidur malam tadi. Cukup?

Cuba usap perut dan sebut “alahai besar juga engkau ye”​​​​​​​
 
6. Ambil lemak ikan - jadikan omega 3 sebagai rakan karib anda.

Ambil 2000mg sehari. Cari yang anti reflux. No mercury

7. Ambil makanan tinggi serat - serat dari sayur dan buahan akan bentuk gel di saluran pencernaan. Makan lambat nak lepasi saluran ini. 
Jadi kita rasa kenyang. Kurang rasa nak berjajan. Perut terisi fokus meninggi.
Ada banyak lagi tips. 7 ni pun dah cukup kalau buat dengan konsisten.

Soal pada diri, sayang sangat ke dengan “baby bump” tu? Kalau tak, bila mahu bertindak?

Ini adalah pesanan khidmat masyarakat.


Yang suka berkongsi
Dr Rizal Abu Bakar

Tuesday, 4 September 2018

Ketagih makan makanan manis?


Ada 6 sebab kenapa kita tiba-tiba menjadi monsteruntuk berkudap.
Semua makanan nampak sedap pada waktu itu.
Pastinya tiada kata-kata atau manusia dapat menghalang craving luarbiasa pada saat itu.
Antara sebab kita ketagih pada makanan simple carbo seperti biskut, donut, jajan, roti canai dan lain lain ialah kerana:
1. Diet karbo ringkas – tubuh manusia akan proses makanan simple carbo dengan cepat.
Habis sahaja akan ada permintaan baharu.
Makanan simple carbo tidak bertahan lama. Jadikan kita cepat lapar.
Tubuh akan minta makan lagi. Di mulut kita akan terpacul perkataan ‘lapar lagilah,’
Kata-kata ini akan sebabkan kita mencari makanan untuk dijamah.
Makin dijamah makin sedap. Sukar untuk berhenti. Begitulah ia berulang ulang.
Hinggalah kita membesar sebagai johan, menjadi jalur lebar.
2. Dopamin lintang pukang – dopamin adalah hormon feel good.
Ia keluar apabila motivasi meningkat. Keluar apabila kita capai sesuatu. Bantu kita terus lakukan perkara baik.
Sistem dopamin ini di hijack apabila kita ambil makanan simple karbo.
Makanan proses yang punya kandungan gula yang tinggi, tinggi perisa tambahan, guna gajet atau sosial media berlebihan.
Semua ini jadi punca dopamin keluar berpesta.
Mahu keluarkan dopamin bukan melalui makanan atau sosial media.
Ia semudah berjalan keluar dari bilik. Dapatkan sentuhan mentari.
Pasti dopamin akan turun keluar memberi bahagia.
3. Dehidrasi juga jadi punca kepada ketagihan makanan karbo ringkas.
Kita selalu tertipu antara lapar dan dahaga. Selalunya dahaga tertukar dengan lapar.
Natijahnya, ‘makanan’ dikudap. Sepatutnya air yang diminum.
Biasanya apabila air diambil, pasti ‘lapar’ itu akan hilang.
Perasaan ‘lapar’ itu asalnya adalah mesej tubuh perlukan air yang dihantar.
4. Tidur tidak cukup – Ya, gangguan pada tidur tingkatkan rasa ingin berkudap.
Puncanya ialah pada gula dalam darah menjadi tidak stabil.
Letih meninggi. Craving meningkat. Tubuh minta diisi lagi.
5. Jangkitan usus – Jangkitan pada usus sebabkan kulat candida tumbuh.
Sumber makanan candida ialah gula.
Apabila candida mula merakyat, ia pengaruhi keputusan kita untuk makan.
Caranya ialah menghantar signal yang tidak sepatutnya kepada otak.
6. Kekurangan Nutrisi – Nutrisi seperti magnesium, chromium dan vitamin B penting untuk menghalang craving atau ketagihan pada makanan.
Kekurangan chromium contohnya sebabkan glucose intolerance.
Vitamin B pula terlibat dalam proses metabolisme gula.
Apabila vitamin B cukup ia tukarkan gula kepada tenaga.
Sekiranya kurang, ketagihan menjulang tinggi.
Apabila rasa ingin berkudap naik mencanak, semak diri dulu.
Usah terus cari makanan.
Sekiranya kita mahu elakkan diri dari menjadi jalur lebar, pastikan makanan yang diambil punya nutrisi, buka dari sumber simple carbohidrats
Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.