Friday, 26 October 2018

Resipi popia carbonara sedap dan mudah !


Kalau tetiba mertua kata nak mai rumah tapi korang bukanlah jenis yang rajin nak buat kuih atau kek. Haaa Popia carbonara ni idea yang Terbaekkkk !

Ajom kita tengok cara-cara buat , kredit kepada empunya resipi.Kalau terbaca post ni mohon berikan nama dan link FB atau blog ye sebab maklin lupa plak nama tuan nya 😅


Sebiji bawang bombay
Sebatang Carrot dipotong dadu
Lada benggala dipotong dadu  ( tak nak letak pun takpe)
Sosej dihiris hiris
Daging ayam yang dah dicincang
Serbuk lada hitam
Parutan keju mozarella atau keju jenis keping2 dipotong kecik
Satu tin sos carbonara yang ada cendawan


Dengan sedikit minyak ,tumiskan bawang dan semua bahan bahan yang dah disediakan tadi.Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam



Masukkan sos spageti carbonara dan biarkan sampai agak likat.Bila dah siap , biarkan sejuk sebentar



Balut dengan kulit popiah , pastikan buat dua helai tau sebab selai je nanti masa masa goreng bocor

Letakan parutan keju ,kemudian balut dengan kemas


Hujung balutan popia ni boleh gam pakai putih telur atau tepung jagung yang dicairkan dengan sedikit air


Goreng dengan minyak ,pastikan api tak terlalu kuat


Sedia untuk di makannnnn yeayy



No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.