Friday, 12 October 2018

Tak rugi Bersangka baik kepada customer


Pengalaman maklin yang dah berbelas tahun buat biz online ni.Tak  rugi kalau kita bersangka baik dengan customer.

Mesti biasa kan kalau customer reply camni :

Nanti konpem nak i get back to u..
Kalau jadi sy bagitau ye ..
Tak jadi sebab budge dah lari ..
Suami dah beli kat kawan..

Bende pertama kene buat tarik nafas ,senyum ucap alhamdulillah..

Eh customer tak jadi beli kenapa kene cakap alhamdulillah maklin ?

Jap nak tanya..Yang dorongkan customer untuk pm kita tu siapa?

ALLAH

So kene la ucap syukur sebab Allah dah bantu kita dapatkan prospek walaupun belum jadi customer. Maknanya post kita dah berjaya "tarik perhatian" prospek kita.Inilah kejayaan kecil kita dan wajar di raikan dengan kesyukuran.Tak susah pun hanya sebut alhamdulillah

DENGAN BERSYUKUR  NIKMAT BERTAMBAH

Firman Allah ,
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)..

Pengalaman maklin sendiri , bila berlapang dada dan teruskan berdoa . Lepas tu mesti entah dari mana mana customer lain yang Allah hantar ,mudah urusan nya.Tak percaya takpe , buat je πŸ˜‰

Lagipun bukanya customer tak jadi beli tapi BELUM lagi..

mungkin tak kali ni tapi mana tau di kemudian hari Allah mudahkan urusan dia nak beli ngan kita kan.Doa je yang baik baik sambil review balik cara kita deal dengan customer kita..simple kan? 😍

Jangan sesekali sindir atau update status sinis tuju kat prospek yang belum jadi beli tau.Kan elok kalau doa semoga lepas ni dia jadi beli ngan kita

Satu benda kita kene pegang dan percaya , walau hebat mana pun marketing kita..walau gempak mana pun branding kita..hati manusia ni dalam genggaman Allah.So jangan pernah berhenti dari bersangka baik sebab sangkaan itu juga doa , keraguan itu juga satu doa


Jadilah seperti TEBU yang walau di lenyek , di perah tetap memberi air yang manis.

Komen YA jika dapat sesuatu dari bebelan maklin malam ni ♥️

Fazlina 🌷

#ProjekASC
#TusyenASC
#SurirumahBergaji

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.