Saturday, 22 December 2018

Bercadang nak melawat kawan baru lepas BERSALIN? Sebelum TERJAH baca artikel ini dulu


Bila dengar saudara mara atau kawan kawan baru lepas bersalin pasti kita akan rasa teruja dan gembira sampai rasa tak sabar nak lawat ibu dan baby.

Seeloknya jangan la terus terjah si ibu yang baru lepas bersalin melainkan kalau si ibu tu adik beradik kita sendiri yang perlukan bantuan kita untuk uruskan diri dan baby.

Kenapa tak boleh terus terjah baby sebaik saja baby lahir. Ada beberapa perkara yang perlu di diberi perhatian.

Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.

Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.

Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.

Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.

Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, saya nasihatkan:

#1 JANGAN CIUM BABY 

Jangan cium bayi. Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.


#2 JANGAN SENTUH BABY

Jangan sentuh bayi. Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi? :)


#3 JANGAN ZIARAH KALAU TAK SIHAT

Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.


#4 JANGAN LAMA LAMA

Jangan lama-lama bila melawat. Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.


#5 MAKLUM TERLEBIH DAHULU

Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana siibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.


#6 CUCI TANGAN

 Cuci tangan atau gunakan 'hand sanitizer' sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.


#7 JAGA PERCAKAPAN

Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Siibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.

#8 HINDARI PAKAI PERFUME YANG KUAT

Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.

#9 JANGAN KEJUT BABY

Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur. Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.

#10 DOA

Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan siibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.

Semoga bermanfaat.


Dr Zubaidi

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.