Friday, 28 December 2018

Cheat day di Secret Recipe



Baru beberapa hari yang lepas , craving hot cappucino ngan kek carrot cheese SR. Nak ajak encik husband segan la pulak.

Tiber semalam dia ajak g dinner konon sempena anniversary kami yang ke 10 tahun.Bese Cik lin yang semangat nak celebrate ,tahun ni ni dia plak excited.Ahaks !

Lepas solat Maghrib , husband suh cik Lin and kids bersiap.Nak g Mydin kata nya beli barang dapo so aku pun just sarung jela tudung ingatkan dinner kat situ gak.Sekali dia berhenti depan Secret Recipe kat Jitra nun.Berkali gakla gosok mata ,kutla tak abes berangan lagi kan haha .Siap tanya lagi "abi , ummi ada ngigau sebut apa apa ke time tido?"Dia terpinga-pinga

Alhamdulillah , rasanya dah kali keberapa encik suami bawak g tempat makan yang isteri dia teringin walhal tak cakap pun.Ha sebab tu jangan pandang rendah dengan teknik visualize atau bayangan , feel , sebut tu pun sebahagian dari doa tau.Eh membebel plak Cik Lin ni , mehla tengok menu dinner kami malam ni



Ni la carrot cheese cake SR.
Special kek ni berbanding tempat lain , walnut , carrot , kismis dia boleh di kunyah.Ada rasa cinnamon sikit.Serously korang patut cuba !


Ha yang ni nama dia nasi ayam rangup , dalam gambo kecik je.Harga pun boleh tahan dalam RM20 camtu , tapi bila waiter serve mak aihh beso nye pinggan, banyak nya nasi.1 hidangan ni boleh share 2 orang makan.Nasi ni serve dengan sambal tumis udang yang udangnya dah siap di siang.


Vietnamese Rice Noodle ni , seriousss sedap.Mangkuk beso  weh ,jenuh gakla nak abeskan .Yang ni Encik Husband yang ode.Dihidangkan dengan sambal hijau tapi lupa plak nak snap.Yang ni pun korang patut try



Yang ni plak si bongsu order , Spageti bolognese.Nampak tak tak cheese banjir tu , first time Fayyadh makan spageti abes dia sorang.Spageti pun boleh share 2 orang makan.


Orang lain makan macam-macam , puteri Balqis cik Lin ode french fries ngan air suam kosong.Kalau g restoran , memang ni lah menu dia.Janji anak ummi happy kan hee

Mr Redzuan & Cik Lin


sedap white coffee SR ni ni tak manis leting


Mesti korang tertanya-tanya Cik Lin order apa.Tak jadi nak order sebab dah kenyang pau mee husband ,pastu ngan kek lagi.Alhamdullillah terima kasih Mr Husband for the dinner treat.♥️
Oleh sebab malam ni makan berat ,balik rumah terus ngap Lecithin ngan Ostematrix.


No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.