Nak kemana tu ummi?


Pagi-pagi dah bersiap, anak-anak tanya nak kemana.

"Ummi nak g sekolah, esok umi balik ye "

Esok ada event Master Of The Game 2.0 kesinambungan dari siri tahun lepas. Peh! Dah macam nama game plak ek.

Bas yang kami naik ni INTERCITY bus, punyalah bercinta carik kaunter dia. Berpeluh mak! Mujorla ada kakak cantik yang tolong bitau kat mana.


Bas ni best, sumpah selesa sangat! Tempat menunggu pun best. Dah lama ekceli tak naik bas ni. Last time zaman student kat uitm dulu lah.

Bas sampai tepat pukul 10.45, and sampai kat seksyen 13 pukul 5 petang. Sampai je terus book mycar untuk ke hotel. Ok kat sini ada citer kelako sikit. Masa book kat app myCar tu  nama yang tertera tu Jimlis tau. So aku expect ooo non muslim kut. Bila masuk kete, say Hi je la instead of bagi salam. Sekali bila borak-borak... Alamak orang melayu kita la.. Haha! Semangat dia ajak borak pasal politik. Ni kalau dapat tarik jadi anak bisnes bagus ni. Haha! 



Ha ni la hotel tempat kitorang stay semalam. Hotel Deart namanya, ni je hotel yang dekat ngan tempat event esok. 
Lepas je mandi and solat, terus turun kat kopitiam bawah hotel ni isi perut yang dah berkeroncong.omputeh kata "linner" 

Eh saja nak share ngan korang , hari ni cuaca terik sangat tau. Bese, kalau exposed ngan tahap kepanasan camni konpem muka berbelang sebab sunburn! Tapi sejak aku pakai sunblock ni , dah tak pernah berbelang dah. Lambatlah nak jadi sunburn


Ha ni lah dia .. YOUTH age defense moisturiser SPF50 mencungap nak abeskan nyebut nama nya. Sebelum ni tak suka pakai krim krim sunblock ni sebab yang bese jumpa semuanya jenis melekit melengas. Tapi yang ni totally different, seriously korang takkan rasa macam pakai something kat muka sebab texture dia very light. Paling penting bahan dia bebas dari bahan kimia bahaya.Sunblock Youth ni ada zinc oxida tau which protect kulit kita form harmful uva/uvb ray. Which is aku rasa sangat berbaloi lah beli. 

Sebelum tido sesi coaching offline kat anak bisnes aku yang ikot sekali ni. Belajar shoot video  discuss pasal bisnes. Lepas habis coaching  kitorang wat keje giler .. Samyang challenge. Haha! Sekali sekala have fun camni kan bukan selalu. Sok dah kene balik punch card jadi mak anak tiga semula. 

Eh nanti aku update pasal seminar esok okay. Thank you korang sudi baca








Comments

Popular Posts