Tuesday, 8 January 2019

TIPS simpan susu dan berapa lama ia boleh bertahan


Biasanya yang bakal menjadi ibu akan bertanya bagaimana cara simpan susu perahan  berapa lama susu ibu yang di simpan boleh bertahan? 

Dalam perjuangan menyusukan anak sehingga 2 tahun, antara ilmu penting yang semua ibu perlu tahu ialah berapa lama susu yang disimpan boleh bertahan.
Ini kerana, susu ibu yang diperah mempunyai jangka hayat kesegaran yang berbeza di tempat berbeza. Perbezaan pintu peti sejuk pun sudah menyebabkan perbezaan jangka hayat kesegaran susu perahan ini.

Cara dan Tips Simpan Susu yang Betul



1) Simpan susu perahan mengikut jumlah sekali minum bayi. Jika untuk sekali minum, bayi hanya minum 3 oz, simpan susu dalam kuantiti ini. Ini kerana, susu yang telah  dipanaskan hanya bertahan selama 1 jam pada suhu bilik dan mesti dihabiskan dalam masa 1 jam.




2) Jika pada hari keempat susu masih berbaki di bahagian chiller, pindahkan ke bahagian beku untuk memanjangkan hayat susu tersebut.

3) Susu di bahagian chiller boleh dicampur untuk tarikh yang sama sahaja. Jika anda pam 1 oz pada waktu pagi, 1 oz pada waktu petang, 1 oz pada waktu malam, semua ini  boleh dicampur dengan syarat semua berada pada suhu yang sama. Caranya ialah meletakkan semua 3 botol berisi 1 oz susu dalam peti sejuk bahagian chiller, kemudian  selepas semua sejuk, susu ini dicampurkan ke dalam 1 botol atau bag plastik susu. Semua susu yang dicampur ini perlulah pada hari yang sama sahaja.


4) Simpan susu dalam beg plastik khas untuk menyimpan susu ibu atau botol simpanan BPA free atau botol kaca. Penggunaan botol kaca untuk menyimpan susu di bahagian chiller adalah tindakan bijak kerana botol kaca boleh digunakan lebih 6 bulan, selagi botol kaca itu tidak pecah. Ini berbeza dengan botol BPA free yang perlu ditukar setiap selepas 6 bulan penggunaan.

5) Gunakan teknik first in first out dalam menggunakan susu ibu yang disimpan dalam peti beku. Caranya mudah sahaja, ibu-ibu perlu gunakan susu yang paling awal disimpan dahulu. Jadi, susu ibu yang diletakkan dalam peti beku mestilah dilabel dengan baik dan disusun dengan baik.

6) Susu beku yang dicairkan akan kekal segar dalam tempoh 24 jam sahaja. Susu beku yang sudah dicairkan hanya bertahan selama 24 jam sahaja BERMULA dari waktu anda mula memindahkannya ke bahagian chiller. Ini bermakna, ianya perlu dihabiskan dalam masa 24 jam. Jika tidak, susu ini sudah tidak elok untuk bayi dan perlu dibuang.




7) Jika susu beku yang disimpan cair kurang daripada 30% boleh dibekukan kembali. Ini sentiasa menjadi tanda tanya bagi ibu yang terpaksa membawa susu ibu yang sudah dibekukan dalam perjalanan jauh. Jika perlu bawa susu beku dalam perjalanan yang memakan masa yang lama, letakkan dalam kotak polisterin dengan air batu yangmencukupi.

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.