Friday, 1 February 2019

APA PUNCA KENCING TAK LAWAS?




Apakah punca berlakunya kencing tak lawas?

1. Suka menahan kencing

Jika anda suka menahan kencing, ia boleh menjadi punca berlakunya masalah kencing  tak lawas. Bagaimana ianya berlaku? Tabiat suka menahan kencing  akan menyebabkan otot pundi kencing tidak dapat berfungsi dengan normal iaitu mengembang dan mengecut dengan betul.
Apabila otot pundi kencing tidak berfungsi dengan normal, akan berlaku lebihan air kencing dalam pundi kencing apabila pundi kencing tidak berjaya mengosong dengan betul apabila anda membuang air kecil. Itulah sebabnya anda rasa tidak puas walau pun lama duduk di mangkuk tandas.

2. Tidak membersihkan kemaluan dengan betul

Kegagalan membasuh kemaluan dengan betul selepas membuang air kecil boleh menyebabkan  anda mengalami masalah kencing tak lawas. Cara membasuh dengan betul ialah lap dari hadapan ke belakang, bukan sebaliknya.

3. Seluar dalam lembab

Pemakaian seluar dalam untuk tempoh yang lama dan tidak mengelap kemaluan sehingga kering sebelum memakai seluar dalam boleh menyebabkan anda mendapat masalah kencing tak lawas. Seluar dalam yang lembab akan menjadi perumah bagi bakteria dan akan masuk ke dalam vagina anda lalu menyebabkan jangkitan.

4. Kurang minum air kosong

Kurang minum air kosong boleh menjadi punca anda dijangkiti kencing tak lawas.


5. Aktiviti harian

Aktiviti yang kita lakukan setiap hari seperti bersenam, ketawa yang terlalu kuat, batuk yang terlalu kuat, malah bersin yang terlalu kuat boleh menyebabkan otot pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat menahan air kencing.

6. Mengandung

Apabila anda mengandung, janin akan sentiasa menekan pundi kencing lalu menyebabkan anda mengalami masalah kencing tak lawas. Semakin besar kandungan anda, semakin kuat ia menekan pundi kencing lalu menyebabkan anda semakin kerap ke tandas.
Usah risau, selepas bersalin masalah ini akan hilang sedikit demi sedikit dan terus lenyap apabila dinding vagina anda kuat semula.

7. Onani

Mereka yang kerap beronani akan mengalami masalah kencing tak lawas.

8. Rahim jatuh

Wanita yang mengalami masalah rahim jatuh juga akan mengalami masalah kencing tak lawas kerana rahim sentiasa menekan pundi kencing lalu mewujudkan rasa nak membuang air kecil dengan kerap.

9. Prolaps faraj

Punca berlakunya masalah kencing tak lawas yang seterusnya ialah prolaps faraj iaitu keadaan di mana struktur faraj menekan saluran uretra lalu menyebabkan saluran air kencing tersekat. Saluran air kencing yang tersekat akan menyebabkan air kencing tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna apabila anda membuang air kecil.

10. Prolaps pundi kencing

Selain prolaps faraj, prolaps pundi kencing juga adalah punca kenapa anda mengalami masalah kencing tak lawas. Keadaan ini juga dikenali sebagai pundi kencing runtuh. Ia adalah keadaan dimana pundi  kencing jatuh ke bawah dan masuk ke dalam kawasan vagina disebabkan oleh dinding vagina yang  menyokong pundi kencing menjadi lemah. Di antara faktor yang boleh menyebabkan dinding vagina menjadi lemah ialah:
  • Faktor usia
  • Melahirkan anak
  • Keguguran
  • Kerap mengangkat berat
  • Sembelit berpanjangan

11. Saluran kencing tersumbat

Saluran kencing yang tersumbat akan menyebabkan pundi kencing tidak mengeluarkan air kencing dengan sempurna. Akan ada saki-baki air kencing yang tertinggal setiap kali anda membuang air kecil. Di antara anasir yang boleh menyebabkan saluran kencing tersumbat ialah batu ginjal atau pun tumor.

12. Kerosakan saraf

Masalah kerosakan pada saraf pundi kencing juga akan menyebabkan anda mengalami kencing tak lawas. Kerosakan saraf
boleh berlaku disebabkan oleh penyakit kencing manis yang tidak dikawal.

13. Jangkitan kuman pada saluran uretra

Masalah  kencing tak lawas juga boleh berlaku disebabkan oleh berlakunya jangkitan kuman pada saluran uretra. Jangkitan mungkin berlaku akibat anda tidak menjaga kebersihan kemaluan atau penyempitan saluran uretra lalu menyebabkan kecederaan kepada saluran tersebut.

14. Radang prostat

Bagi kaum lelaki, radang prostat yang menyebabkan berlakunya bengkak prostat adalah punca berlakunya masalah kencing tak lawas.

15. Penyakit batu karang

Sekiranya anda seorang pesakit batu karang, masalah kencing kotor adalah di antara kesan sampingan yang akan anda alami. Anda akan berasa tidak puas dan mungkin juga mengalami kesakitan setiap kali membuang air kecil.

16. Penyakit kencing manis ( Diabetis )

Penyakit kencing manis yang tidak dikawal akan menyebabkan keadaan dimana gula memasuki air kencing anda lalu menyebabkan air kencing menjadi banyak.

17. Ubat-ubatan

Sesetengah ubat seperti ubat tekanan darah tinggi, penenang otot, sedatif, dan beberapa jenis ubat sakit jantung telah dikenal pasti sebagai punca berlakunya masalah kencing lawas.
Itulah dia 17 perkara yang boleh menjadi punca anda dijangkiti penyakit kencing tak lawas. Anda biasa melakukan perkara-perkara yang kami senaraikan di atas? Anda menghidap salah satu daripada masalah kesihatan di atas? Anda berisiko tinggi untuk mendapat kencing tak lawas.

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.