Wednesday, 20 February 2019

Dah berusia pun masih sihat jelita, cuba petua ni

Gambar sekadar hiasan 

" Makan la sket mee goreng basah kaw-kaw nih, berpeluh aku masak tau "

"Takpela Shila, minta maaf sangat . Aku on diet nih,, goreng-goreng.. Manis-manis ni kene pantang"



Kebiasaannya bila sebut nak sihat atau nak kurus apa yang datang dalam minda atau kepala mesti akan sebut perihal makan. Akan kedengaran orang sebut tengah diet sekarang ni. Tak makan benda-benda bergoreng. Tak makan benda-benda manis.

Bab makanan hanya salah satu faktor. Bukan hanya bab makanan perlu dititik beratkan. Ada 5 perkara perlu ambil tahu dan jaga.

Jaga 5 perkara ni, petua nak kekal awet muda. Petua nak grow old gracefully dan petua nak tepis penyakit moden.

1️⃣Nutrisi atau makanan seimbang.

Sebaik-baiknya kita perlu makan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. KKM pernah melancarkan konsep makanan sihat dengan suku suku separuh.

Suku dari sumber kabohidrat seperti nasi, roti, kentang dan ubi. Lagi suku sumber berasakan protein seperti ayam, daging, ikan, telur atau tempe.

Manakala lagi separuh makanan berasaskan serat. Sumber dari tumbuh-tumbuhan seperti buah dan sayur.

Nak hebat lagi kita ikut guideline World Health Organisation, WHO dengan melengkapkan hidangan buah-buah dan sayur-sayuran lima warna setiap hari. Putih, merah, hijau, ungu dan kuning.

Balik pada asas makanan, biarlah sumber makanan kita makanan natural. Hanya 20% makanan yang berproses.

Dalam kategori nutrisi kini, Harvard Medical School meletakkan makanan tambahan atau supplement sebagai keperluan untuk keadaan masa kini. Supplement bukan untuk menggantikan makanan harian namun untuk melengkapkan hidangan atau jurang nutrisi yang tertinggal daripada makanan kita.

2️⃣Air

Air sangat penting untuk tubuh badan. 75% kandungan badan adalah air.

Air penting untuk mengangkut vitamin dan mineral keseluruh badan. Air juga menjalankan kerja-kerja pembuangan toksin dalam badan.

Bila rasa dahaga otak akan beri signal kepada tekak badan tak cukup air. Sebenarnya bila  rasa dahaga, badan dah kehilangan air 2%.

Jadikan habit atau kebiasaan minum air setiap setengah jam. Sebelum otak bagi signal, hai tuan badan minumlah air. Dahaga ni. Kita perlu minum dulu sebelum rasa dahaga.

Air yang dimaksudkan adalah air mineral, bukan berperasa atau berwarna. Apatah lagi air berkarbonat.

3️⃣Aktiviti

Dalam kategori aktiviti membawa maksud, kita perlu aktif. Sehari sekurang-kurangnya kita melangkah 10 ribu langkah setiap hari. Purata rakyat Malaysia berjalan hanya 2700 langkah sehari.

Dalam kelas, Prof kata aktiviti bukan senaman. Kalau sebut senaman lebih ramai lagi yang akan gagal dalam kategori ini. Dekat dalam office pun boleh berjalan. Duduk 30 minit, kemudian bangun dan berjalan dalam office.

Memilih untuk memanjat tangga berbanding mengunakan lif juga adalah sangat bagus untuk tingkatkan aktiviti badan.

Lebih hebat lagi sekurang-kurangnya bersenam 15 - 20 minit 3 kali seminggu. Dalam rumah pun boleh exercise kalau tak sempat nak ke taman.

Banyak pergerakan membantu mengeluarkan toksin-toksin yang terperangkap dalam badan. Kerapkan bergerak untuk kesihatan yang optimum.

4️⃣Tidur & Rehat

Rehat yang secukupnya. Tidur sekurang-kurangnya 7 - 8 jam sehari di dalam bilik gelap gelita tanpa cahaya waktu malam.

Tidur yang sempurna akan menghasilkan hormon melatonin dan growth hormon. Jam usia badan untuk awet muda.

Tidur disifatkan sebagai mak cik cleaner yang datang untuk membuat segala kerja pembersihan dalam badan. Masa tidur adalah proses badan menyusun balik segala data dan fail-fail yang telah digunakan siang hari.

Rehat dan tidur perkara yang sangat perlu. Sesibuk mana urusan kita, tidur tidak harus menjadi korban. Tidur harus diutamakan.

5️⃣Pengurusan stress

Ini masalah yang paling susah nak lari. Lifestyle zaman sekarang dari bangkit tidur sampai nak pejam mata banyak benda yang menyebabkan kita stress. Kadangkala tanpa kita sedar kita dalam keadaan stress.

Stress juga dikaitkan dengan 6 sebab utama punca kematian. Penyakit berkaitan jantung, kanser, penyakit paru-paru, kemalangan, cirrhosis hati dan bunuh diri.

Stress perlu ditangani dengan baik dan tenang. Solat dan zikir adalah masa badan dalam keadaan yang tenang. Ambil sedikit masa untuk menghadap Ilahi untuk rasa ketenangan dan redakan stress.

Ada kajian yang pernah dilakukan, dengan mengambil sampel darah sebelum dan selepas solat dan meditation. Kajian menunjukkan, paras toksin dalam darah menurun selepas solat dan meditation. Ajaibkan?

Lepas ni, masuk je waktu solat kita tinggalkan kerja dunia sekejap untuk kembali pada yang Esa.

Selain itu, berfikiran positif dan bersyukur juga disifatkan sebagai proses menangani stress.

Stress adalah satu perkara yang kita mampu kawal. Anything within control.

Penutupnya, jom sama-sama kita beringat. Sihat itu satu perjuangan. Tubuh badan ini hanya pinjaman. Sebagai yang meminjamnya, kita harus bertanggungjawab untuk menjaga dan memeliharanya.

Fazlina Samsuddin

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.