Tuesday, 12 February 2019

Sebelum Beli Ubat Demam Untuk Anak, Sila Baca Panduan Nie Dulu..



Anak Demam, semua biasa bagi ubat demam kan

Sebelum Beli Ubat Demam Untuk Anak, Sila Baca Panduan Nie Dulu.. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡




Ubat demam ialah ubat " over the counter", yang boleh di beli tanpa prescription doktor. Post ini bertujuan beri pencerahan secara ringkas, apa yang anda wajib tahu kalau NAK BELI UBAT DEMAM UNTUK ANAK ANDA.

Ubat demam yang biasa di gunakan di Malaysia ialah PARACETAMOL. Nama lain ialah ACETAMINOPHEN. Tak kisah la apa jua brand nya, belajar tengok label pada botol. Cari tulisan Paracetamol atau Acetaminophen.

Selain utk demam, Paracetamol juga boleh kita guna utk

πŸ‘‰πŸ»TAHAN SAKIT πŸ‘ˆπŸ»
Contoh, anak sakit gigi. Atau sakit kaki sebab jatuh dan lebam sikit.

Post ini tidak bincang tentang IBUPROFEN (ubat demam lain) atau penggunaan Paracetamol suppository ( ubat masuk punggung).

Di sebabkan dalam market ada 2 persediaan ( 2 strength )
ubat Paracetamol kanak kanak ( dalam bentuk cecair / syrup), maka kadangkala ada parents yang tersalah bagi dos.

Ada 2 persediaan Paracetamol syrup:

1) 120mg / 5ml

* atau ada juga yang 125mg / 5ml

2)  250mg / 5ml

Untuk anak kita, kita kena peka dengan dos ubat. Dalam kes Paracetamol, terlebih bagi dos, berisiko rosak hati.
Ya ... ROSAK HATI
Terkurang dos maka suhu badan tak turun. (Underdose)
Apabila kurang dose makan suhu badan tak dapat turun ke tahap yang sepatutnya, jadi kawalan suhu ketika demam menjadi tak stabil.

Kena ingat  ini:

> Baby umur kurang 1 bulan / berat kurang 4kg, SILA JUMPA DOKTOR. Jangan bagi ubat Paracetamol memandai. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

> Demam start bila temperature > 37.5 degree.

> Berapa kerap? Setiap 6 jam / 4 kali dalam tempoh 24jam.

>  Apa apa demam yg berserta simptom yg merisaukan, jumpa doktor cepat. Contohnya demam dah 2 hari tak sembuh lepas bagi Paracetamol. Atau demam tinggi sangat berserta kanak2 meracau. Atau demam dengan cirit birit teruk. Atau demam yang berserta ruam.
Perlu tahu ya, datangnya demam bersebab. Kadang kala Paracetamol hanya dapat mengawal suhu badan, tapi ia bukan rawatan. Rawatan akan diberi berdasarkan Diagnosis doktor terhadap menyakit yang dihidapi.

KESILAPAN yang sering berlaku bila parents bagi ubat IKUT UMUR. Sekian sekian mL utk umur 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun...etc.

Sila ikut berat badan anak ya.
Ada budak umur 1 tahun yang berat macam budak 2 tahun. Ada pula yang umur 5 tahun macam budak umur 3 tahun. So dos ubat ikut umur TIDAK TEPAT.

KESILAPAN lain ialah salah KIRA DOS ubat ( dah ambil kira berat anak), sebab salah persediaan. Di sangka ubat paracetamol yang 120mg / mL, rupa rupanya guna Paracetamol yang 250mg/ 5mL. So perhatikan label betul betul.

Ada formula berapa banyak Paracetamol dalam miligram yg perlu di bagi ikut berat badan anak.

FORMULA nya:

15mg / kg  of Paracetamol, every 6 hour
Ini formula nya. Makna nya, kita bagi 15mg ubat Paracetamol utk  setiap 1 kg berat badan anak. Ulang ubat setiap 6 jam.

* Formula ini terpakai utk kanak2 yang beratnya <50KG ya.

Contoh:

Berat anak 10kg.
So berapa ubat Paracetamol yg patut kita bagi?
15mg X 10kg  = 150mg Paracetamol

Kalau kita guna persediaan Paracetamol 120mg / 5mL, berapa banyak nak bagi ( berapa mL) utk dapatkan 150mg tu?

Kiraan nya:
150 / 120  x 5ml
=  1.25 x 5ml
= 6.25ml

So, kita bagi anak 6.25ml ubat Paracetamol 120mg/5ml setiap 6 jam.

Perhatikan, kalau kita beli Paracetamol 250mg pulak berapa ml perlu bagi?

150 / 250  x 5ml
- 0.6 x 5ml
= 3ml

So, kita bagi anak 3ml ubat Paracetamol 250mg/5ml setiap 6 jam.

Nampak tak, beza 12.5ml VS 6ml ?
Kesilapan boleh berlaku kalau kita salah guna formula dan salah pilih ubat..

Pastikan ambil kira berat anak. Jangan bagi TOTAL melebihi 3750mg Paracetamol dalam masa 24 jam.
Formula maksimum dos dalam 24 jam ialah:
75mg / kg  in 24 hours.
Maximum dos ini TERMASUKLAH ubat Paracetamol dlm bentuk suppository ( makna nya kalau kita ada guna ubat syrup + suppository)

Ambil contoh anak yg berat 10kg tu, so maksimum dos yang dia boleh ambil sehari semalam ialah 75mg x 10kg = 750mg.
Perhatikan, kalau ikut kiraan berat di atas, kita bagi 150mg setiap 6 jam. So total 24 jam = 600mg. Ini dalam range safe dose over 24 hours.

*Jumpa doktor dahulu sekiranya anda tidak pasti dengan dose yg ingin diberikan..

Dr Shazwan
Dr Syahida
KLINIK AVICENNA
KLINIK LATHIKA

https://www.facebook.com/klinikavicennajitra/

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.