SELEPAS BERCERAI KALI KEDUA, TERPAKSA TANGGUNG HUTANG-HUTANG BEKAS SUAMI..


Kisah benar ini , saya terpaksa rahsiakan namanya untuk menjaga aib empunya diri. ( GAMBAR sekadar ilustrasi)

LANGIT TAK SELALUNYA CERAH..

Saya berkahwin sebelum saya mula berkerja dan mula duduk berjauhan terus dengan suami. PJJ antara Kuantan dan Gombak. Masa tu tahun 2007-2008.

Hidup saya masa tu sempit.  Percaya tak, kalau saya bagi tahu yang saya pernah ada baki gaji RM140 saja selepas dah tolak semua hutang-hutang? 😊

Masa mula berkerja memang tak pernah langsung bagi duit dekat Mak Abah sangat. Sebab duit banyak habis untuk ulang-alik Kuantan-KL setiap minggu.

Suami (sekarang dah jadi bekas suami) pula masa tu memang tak ada duit sangat sebab dia dah ada personal loan masa tu.

Kiranya, saya tanggung diri sendiri sajalah masa tu. Jadi duit belanja memang dia tak ada bagi langsung dekat saya. Kahwin, tapi saya cukup berdikari.

Selepas dapat berpindah ke Kuantan, saya banyak tolong cover keperluan rumah sebab bekas suami memang tak ada duit sangat.

Tapi, jodoh kami tak panjang, datang mendung menutupi cerah mentari. Kami bercerai. Dalam masa bercerai tu saya tak tahu lah macam mana, dia boleh lagi buat loan lain untuk join macam bisnes scam. Saya teruskan hidup tanpa suami, berdikari lagi, melangkah sendiri

Selepas beberapa lama, kami rujuk semula. Harapan saya, membina hidup baru bersama suami. Dan kali ni, saya pula kena buat loan untuk cover semua perbelanjaan lain.

Tapi panas rupanya tak sampai ke petang, Selepas dapat anak kedua, saya diceraikan lagi dan kali ini saya nekad memang tak nak rujuk semula sebab dah serik.

Bila dah bercerai ni, memang tak tahu nak kata macam mana la masa tu. Anak yang pertama dah masuk Pra dan yang kedua dah umur 2 tahun lebih.

Saya berpindah ke rumah mak saya dan saya sewakan rumah saya itu sebab tak mampu nak bayar bulan-bulan.

Dalam masa saya duduk rumah mak ni, banyak juga konflik. Duit rumah sewa pun saya buat cover bayaran bulanan rumah tu saja. Adik beradik saya ramai. Kemudian, saya apply AKPK untuk semua hutang-hutang yang mana saya buat masa dengan bekas suami.

Tak lama lepas tu, saya apply housing loan dengan tempat kerja saya. Alhamdulillah ada rezeki saya. Kira kurang sikit la bayar duit rumah.

Masa mula-mula bercerai, bekas suami bagi saya pakai kereta dia dulu sebab saya tak boleh beli kereta sebab dah bagi mak abah guna nama untuk beli kereta mereka.

Lepas tu, bekas ayah mertua saya hasut suruh ambil balik kereta tu dari saya. Tak apa lah. Nak ambik, ambiklah

Kemudian,saya sambung bayar kereta secondhand, kelisa comel. Lega la sikit. Selepas dah selesai semua tu, kira-kira duit belanja saya lepas dah untuk saya dan anak-anak stay sendiri.

Sebelum tu, stay dengan mak abah sebab anak-anak juga. Risau kalau anak-anak tak cukup makan kalau duduk sendiri masa tu.

Tahun 2014. Saya baru berjinak-jinak dengan bisnes, tetapi masa tu jual barang Company A dengan Company T Tapi dekat office macam dah ramai orang jual dan kalau nak ambil barang kena modal sendiri dulu. Tu yang slow saja.

Lepas tahun 2016. Saya mula join dropship Company D. Okay juga income dia, tapi orang tak beli perfume setiap hari. Kemudian, saya cuba pula produk Company N. Dropship, tapi untung sikit. Bila saya study sikit pasal nak up jadi agent, kena maintain restock. Saya cuba juga jadi agen Minyak Herba. Juga hampa


SELEPAS 6 KALI BERBISNES..

Akhirnya, saja cuba join Shaklee dengan member office. Saya memang ada contact number doktor, surgeons, bukan surgeons. Tapi saya tak reti nak approach macam mana, sebab asyik fikir diri ni sapa la nak convince mereka ni. Saya ni memang low esteem sebab kerja biasa-biasa saja. Saya ni Admin Assistant saja.


LANGIT TAK SELAMANYA MENDUNG  MENTARI MUNCUL SELEPAS HUJAN..

Saya dah bertemu jodoh lagi. Alhamdulillah. suami baru saya dah dapat tukar kerja dari Keratong ke Neram. Ada la dalam 30km perjalanan dari rumah ke sana. Niat di hati mula join Shaklee ni sebab nak tambah duit minyak kereta saja.

Bila dah mula ada sale dengan Shaklee ni. Rasa macam boleh dapat lebih dari duit minyak kereta saja. Rupanya, bisnes Shaklee ni jauh lebih mudah dari bisnes-bisnes yang saya buat dulu. Tak perlu labur banyak modal untuk stok, produk berkesan dan mudah jual dan tak perlu nak upgrade kepada stokis untuk untung besar. Mudah sangat. Memang mudah bisnes Shaklee bagi saya.

Saya dah Supervisor dengan Shaklee. Income cecah ribu ringgit sebulan, Alhamdulillah. Mudahnya bisnes Shaklee ni. Risiko rendah. Lumayan pulak tu.




Suami sekarang okay, Alhamdulillah. Gaji dia lagi kecil dari suami dulu. Tapi tak ada nak semua saya tanggung. Saya yakin yang kalau Allah ambil sesuatu tu sebab dia nak bagi yang terbaik. Kerja rumah pun suami rajin tolong.

Tapi, sekarang, Suami saya dah nak kena berhenti kerja. Felda tengah nak kurangkan pekerja. Saya cakap dengan suami, Tak apa, saya boleh ajar dia bisnes Shaklee. Buat sama-sama

Saya dah capai Supervisor, Alhamdulillah. Saya nak aim car bonus bukan sebab nak beli kereta sendiri. Saya nak beli kereta untuk Mak Abah saya. Kereta hari tu yang guna nama saya tu Mak Abah beli Viva saja. Saya langsung tak ada beri sesen duit untuk bayar kereta tu. Setakat dapat bagi pinjam nama untuk beli kereta saja. Loser sangat rasa sebab Mak Abah banyak sangat tolong saya masa saya jatuh 😭😭😭

Kereta mak abah tu dah byk bunyi dah.. dah lebih 10 tahun. tu yg niat nak belikan kereta yg elok utk abah mak.

Saya percaya, dalam kehidupan kita, kalau Allah ambil sesuatu, Dia pasti akan gantikan dengan yang lebih baik.

Liku kehidupan yang Allah takdirkan untuk saya, ada sebabnya, ada hikmahnya. Jangan mengeluh dan terus mengeluh dengan ujian yang bertimpa, tapi kawan-kawan, jadikan Itu Sebab untuk kita bangkit dan mencipta kejayaan, menebus maruah dengan gemilang.

Doakan saya capai car bonus Shaklee secepat mungkin. Saya ada Sebab besar untuk setiap langkah saya dalam Shaklee.

—————

Tahniah Kak ! Semoga semakin luas rezeki Allah bukak untuk kak sekeluarga. Kepada yang berminat nak jana income, nak mula berniaga.. kami lorongkan jalan beri anda guide dalam bisnes mula dari awal. Insha Allah mungkin rezeki anda juga di sini 😊 KLIK SINI www.wasap.my/60195560012/SuccessWithASC


Cerita Ini, saya terpaksa rahsiakan namanya untuk menjaga aib. Kisah benar yang kita boleh jadikan teladan.

~~~~~~~
COORDINATOR FAZLINA SAMSUDDIN
PENGEDAR SHAKLEE & MENTOR BIZ



Comments

Popular Posts