RAHSIA BERSALIN TANPA DI GUNTING, TANPA JAHITAN , TANPA UBAT PENAHAN SAKIT, SUPER FAST


Setiap ibu yang akan bersalin pasti mempunyai impian melahirkan dengan mudah dan selamat. Walaupun dah pernah melahirkan, rasa gementar itu pasti ada kerana setiap kelahiran punyai cabaran yang tersendiri.

Dalam post di instagram yang lalu, seorang penulis hebat dan juga merupakan seorang ustazah terkenal dan disayangi ramai ini ada menceritakan pengalaman beliau bersalin tanpa di gunting, tak di jahit dan tidak mengambil sebarang ubat penahan sakit.



Rentetan dari posting beliau ini  menyebabkan ramai netizen yang bertanya kan rahsia beliau bersalin mudah. 


Ini perkongsian daripada Ustazah Fatimah Syarhah 





Fatimah_syarha
Terpandang balik (biiznillah) post saya dalam kelahiran lepas. Kelahiran anak ke/4, Eibadur Rahman Assaady. .
Dalam komen di bawah, raaamai rupanya orang minta tip.
.
Allahu akbar!
Haza min fadhli Rabbi. Pertolongan Allah lah segalanya, hasbunallah wanikmal wakeel.
.
Dari segi ikhtiar insan yang lemah dan terbatas, cuma mampu kongsi beberapa perkara.
.
Masa mengandung bukan masa bermalas malas. .
Kekal aktif menuntut dan mengajar ilmu. (Hak akal)
.
Buat senaman sesuai seperti pillates, berenang atau paling senang, jalan kaki subuh subuh ke masjid. Angkut semua anak anak kecil. Jadi #pejuangfajar. (Hak jasad)
.
Makan? Apa seadanya. Halalan toyyiba. Buah, ulam, sayur, air kosong jadikan kesukaan. Supplement kena ambil cukup set. Saya ambil SHAKLEE .
.
AL QURAN lebihkan. Target 1 al Quran dibaca dan diFAHAMI. (Hak ruh). Surah-surah yang biasa dekat dengan tema ibu mengandung tu, TADABBUR, rasa lebih menjiwai.
.
Minta doa dengan sesiapa sahaja terutamanya dari orang soleh.
.
Setiap kandungan dan setiap proses kelahiran, pasti ada ujian berbeza. Berat atau ringan. Kekal positifkan minda dengan Allah, dariNya terbaik belaka. .

Apa yang paling saya ‘prepare’ saat saat akhir nak ke hospital, masukkan siap siap dalam beg buku buku yang akan sibukkan fikiran saya untuk kekal berminda positif, daripada fokus kepada kesakitan kontraksi.
.
Yang penting juga, minta doa kalian semua yang baik-baik ❤️❤️❤️
.
Menanti detik detik indah ini sudi Allah rezekikan lagi dalam kelahiran anak ke5 ini...aaamiiin.


IG :Ustazah Fatimah Syarhah






Comments

Popular Posts