Friday, 14 June 2019

Kanak-kanak lumpuh akibat berdiri di bumbung kereta ketika sedang dipandu..



Di Malaysia ni, ramai yang suka kenderaan ada sunroof. Kalau beli kereta, ramai cari yang ada sunroof, jika tiada sunroof, mereka retrofit sunroof. Ia dianggap satu kemewahan dan sesuatu yang boleh dimegahkan.

Tiada masalah dengan memiliki kenderaan sunroof, kecuali apabila membenarkan anak-anak berdiri dan keluar separuh badan melalui sunroof. Lumrahlah anak-anak nak buat begitu, namun tegah perbuatan yang berbahaya ini.




Sepanjang saya bertugas sebagai doktor ada beberapa kes yang saya pernah lihat di hospital/klinik, yang berpunca daripada salah guna sunroof ini.

◼️KES 1
Seorang budak lelaki 5 tahun separa lumpuh kerana sewaktu kepalanya berada di luar, sehelai beg plastik yang berterbangan di jalan raya, melayang ke mukanya lalu menyebabkan kepalanya tertolak dengan ke belakang.

Daya kilas dan hentakan leher budak itu pada salah satu sisi bukaan sunroof menyebabkan tulang leher  patah dan merosakkan saraf tunjangnya. Sehelai beg plastik sahaja tahu. Bayangkan jika benda lain yang lebih berat.

◼️KES 2
Seorang budak perempuan 8 tahun, pecah hati dan kura(sleen) apabila bapanya melakukan brek kecemasan untuk mengelak lori yang menukar lorong dengan melulu. Inertia menyebabkan budak yang sedang berdiri separa di luar bumbung tertolak ke hadapan.

Abdomennya terhentak di sisi hadapan bukaan sunroof dengan kuat sehingga menyebabkan organ dalamannya pecah. Pembedahan untuk membuang sebahagian hatinya terpaksa dibuat untuk berhentikan pendarahan.

◼️KES 3
Seorang kanak-kanak 4 tahun, bengkak batang hidung dan kening kerana mukanya tersangkut di pemanis di bumbung garaj ketika ayahnya parkir kereta. Kereta perlahan sahaja, tapi kecederaan itu agak serius.

Walaupun di kawasan kampung atau rumah sekalipun, jangan benarkan mereka keluar dari sunroof, kerana malang tak berbau. Kadang-kadang ia berlaku dalam keadaan yang kita tak jangka.

BAHAYA TAK?

Latih anak-anak menjaga keselamatan diri mereka semasa menaiki kenderaan. Pastikan mereka duduk di tempat duduk atau child car seat, dan memakai tali pinggang keledar. Terangkan pada mereka mengapa perlu duduk dengan betul dalam kenderaan.

Oh ya! Sebelum memulakan perjalanan, bacalah doa menaiki kenderaan. Apabila sudah sampai ke destinasi, jangan lupa periksa semua tempat duduk, bimbang tertinggal anak di dalam kereta. (sudah banyak kes terlupa, kan?)

Semoga bermanfaat! Silakan kongsi.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Hati-hati di jalan raya


No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.