Tuesday, 30 July 2019

Meneran bersalin dengan betul mampu elak koyakan besar di miss V?



Meneran dengan betul dapat elakkan koyakan perineum yang besar. Biasanya bagi ibu yang bakal menyambut kelahiran sulung berdepan dengan masalah tidak meneran dengan betul sehingga menyebabkan luka perineum yang banyak.

Entry kali ni fazlina nak kongsikan tips dari doktor pakar tentang tips untuk meneran dengan betul. 

CARA MENERAN YANG  BETUL SEMASA BERSALIN
  • Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.

  • Mata memandang ke arah perut.

  • Tangan pegang pergelangan kaki.

  • Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran

  • Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak melibatkan dubur.

  • Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.

  • Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.

  • Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh (selama 10 saat sekiranya boleh).

  • Rehat dan relaks ketika tiada kontraksi. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
  • Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi.

  • Dengar arahan jururawat dan doktor
  • Elakkan menjerit – jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.
AWAS! Menghembus nafas dengan kuat semasa meneran akan menyebabkan anda jadi cepat letih. Jika anda mempunyai masalah pernafasan seperti asma, beritahu doktor atau jururawat yang bertugas. Jangan lupa bawa ubat-ubatan seperti metered dose inhalers

Semoga bermanfaat! 

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.