"CAWAN" penadah darah period? Pulak dah..


Sebenarnya "menstruation cup" ataupun cawan penadah darah haidh ni dah lama ada kat pasaran. Tapi mungkin sebab baru-baru ni ada seorang selebriti yang up pasal penggunaan MC ni sehingga jadi viral kat social media.


Untuk yang tertanya-tanya apa fungsi MC ni. Ok MC ni fungsinya berbeza dengan pad dan tampon.MC ni tak serap darah period kita tau tapi  ia "tahan" darah kita tu dalam cawan tu. Dari segi kebocoran, MC ni risiko nak bocor tu memang tipis la. MC ni boleh "re-use" semula selama lebih kurang 10 tahun kalau dijaga dengan baik.

Kat sini saya list kan dulu apa kelebihan MC ni

1. Tak berbau
2. Boleh digunakan semula
3. Sesuai untuk yang aktif bergerak contoh bersukan dan berenang
4. Tak bocor kalau di pasang dengan size yang sesuai dan kedudukan yang betul.


Perkara penting yang korang perlu ambil tahu sebelum nak cuba MC ni 


1. Pastikan beli size yang sesuai



Kat pasaran ada banyak jenis dan size, so pastikan korang dapatkan size yang sesuai dengan korang untuk elakkan kejadian bocor.


2. Pilih material MC dari bahan yang mesra kulit




Dengan memilih material dari bahan yang mesra kulit seperti latex, silicon dan TPE dapat mengelakkan reaksi alahan kulit yang boleh mengakibatkan rengsa.


3. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu jika anda sedang dalam rawatan IUD


4.Kene rajin cuci MC tu bersih-bersih tau supaya tak ada kuman atau bakteria menempek kat situ.Tak pasal-pasal pulak la gatal kat situ, ha jenuh nak garu camne kan?

Better korang cuci dengan pencuci organik yang takde bahan kimia yang merengsa. Korang beli je pencuci organik BASIC H ni, sebotol tak sampai lima puluh ringgit pun. Kalau harga bese RM48, kalau harga ahli RM39. Sebotol tu bertahun guna pun tak abes sebab pekat giler, korang nak guna dilute ngan air paip dulu. Memang jimat! Kalau nak aku ada jual ni. Klik je sini www.wasap.my/60195560012/BasicH



Cara nak pakai MC ni pula camni.


Ada yang kata masa nak insert tu mudah, masa nak keluarkan tu susah sikit. Silap aribulan boleh terpercik darah kene baju. Standby wet tissue sesiap ye. Yang jenis clumsy , aku nasihatkan lupakan je la niat nak pakai MC ni 😆






Nak beli kat mana? 

U gais boleh dapatkan di Shopee atau mana-mana MC seller di FB atau instagram. Jemput seller2 semua drop contact kat ruangan komen ye. Mana la tau ada yang mencari. 


Aku personally dan sejujurnya setakat ni memang tak berani lagi la nak pakai MC ni. Seram kome!😆

Sanggup pakai cloth pad dari mende nak insert-insert dalam nih. Lagipun surirumah cam aku ni idokler nak berlari ke terjun kolam renang bagai. Eh tapi kalau kaworang nak cuba, apa salahnya kan? 

Siapa yang dah pakai tu jemputla berkongsi pengalaman kat ruang komen bawah ni. 










Comments

Popular Posts