Semenjak jadi surirumah tangga beranak dua hidupku berubah dan segalanya bukannya seindah yang di sangka.



Semenjak jadi surirumah tangga beranak dua hidupku berubah dan segalanya bukannya seindah yang di sangka.



Assalamualaikum and hai to all readers. Aku Hayra (bukan nama sebenar), berumur 29 tahun, lulusan sarjana muda dalam bidang perbankan. Aku sudah berkahwin selama 5 tahun dengan Faris (bukan nama sebenar), classmate aku masa aku degree dulu. Perkahwinan kami dikurniakan sepasang anak, Athif 2tahun, dan Aleah 6 bulan.
Perubahan 360 darjah. Apa yang ingin aku kisahkan di sini, hanya secebis kisah hidupku. dulunya aku seorang wanita yang bekerjaya. Seorang esekutif pemasaran di sebuah syarikat ternama di Utara Malaysia. Aku dan Faris sama2 sudah berjanji, kami akan sama2 berusaha kuat demi masa depan keluarga.
Faris juga berjawatan tinggi dan bergaji agak besar. Di samping kehidupan makan gaji, kami suami isteri juga ada perniagaan jersi yang kami jalankan secara online bersama-sama. Pendek kata, duit bukanlah masalah yang besar dalam rumah tangga aku dan Faris.
Segalanya indah, berlaku bagai yang kami percaturkan. Tahun ketiga perkahwinan, aku melahirkan Athif. Athif bayi yang tidak banyak ragam. Aku dan Faris sudah berencana, selesai cuti confinement, kami nak hantar Athif ke rumah pengasuh. Aku juga dah start ambil perancang depo, cucuk setiap 3 bulan untuk mengelak mengandung dalam masa yang terdekat.
Tapi kita manusia, Allah jugalah sebaik-baik perancang. Aku disahkan hamil semula sewaktu Athif berusia 11 bulan. Aku menangis kerisauan, padahal aku tak pernah miss cucuk depo 3 bulan sekali. Aku melalui fasa mengandung kali yg kedua dengan sangat teruk. Morning sickness, pengsan, sakit kepala, bngkak kaki. Memang waktu tu aku umpama pelanggan setia di hospital.
Kes aku pula dirujuk ke hospital besar kerana kandungan aku kali ini agak berisiko. Anak kedua aku kali ini perempuan dan aku namakannya Aleah. Dilahirkan secara emergency ceaser sewaktu 33minggu kerana air ketuban aku dah kering total. Aleah ialah baby pramatangg. Menjaga baby pramatangg adalah sangat mencabar. Dan di sini cabaran aku bermula.
Walaupun Aleah lahir secara pramatangg, dia tak ditahan di wad lama, mungkin kerana Aleah sihat, berat badannya mencukupi, dan tiada sebarang masalah kesihatan lain yg membimbangkan. Selepas 2 minggu, aku bawak pulang Aleah ke rumah dan berpantang seperti biasa. Minggu ke 4, Aleah terkena jangkiitan kumann di paru-paru.
Aku berkampung di hospital selama 3 minggu sebelum Aleah dibenarkan pulang ke rumah. Pulang saja ke rumah, aku sudah pun habis pantang. Dan aku sambung cuti confinement aku yang berbaki lagi dua minggu. Dua minggu selepasnya, aku masuk kerja dan decide hantar Aleah tempat mengasuh yang sama dengan Athif. Hari ketiga Aleah di rumah pengasuh, pengasuh laporkan pada aku yang Aleah banyak meragam, dan nafasnya seperti laju.
Aku dan Faris terus bawa Aleah ke hospital dan Aleah ditahan di wad lagi. Aku menangis tengok keadaan Aleah malam tu. Kali ni Aleah berkampung di hospital selama 11 hari. Aku lah yang terpaksa ambil cuti untuk temankan Aleah. Dalam wad, aku banyak spent time dengan Aleah, direct breastfeed dia, dan aku terasa amat dekat dengan Aleah.
Athif dulu juga menyusu badan, tapi aku selalu pam saja susu aku diberi dalam botol pada Athif. Memang lain betul perasaan direct breastfeed ni, sambil pandang muka baby. Allahu terasa sayu sangat. Malam tu aku menangis teruk. Teringat Athif, teringat betapa aku terlampau sibuk kerja, hingga kadang aku lupa tanggungjawab aku sebagai seorang ibu.
Mungkin keadaan Aleah yang tak berapa sihat ni merupakan salah satu cara Allah nak tegur aku dan Faris. Aku nekad, setelah berbincang dengan Faris, aku suarakan yang aku nak resign, dan jadi surirumah sepenuh masa jaga anak2 aku. Faris setuju, dan Faris adalah orang yang paling gembira sekali dengan berita ni. Aku ingatkan Faris nak marah aku sebab nak berhenti kerja.
Rupanya dia lagi suka aku jaga anak2 kami di rumah saja. Aku fikir jadi seorang suri rumah itu senang. Rupanya aku salah. Susah sebenarnya jadi suri rumah ni. Nasib aku baik, Faris memang terlalu banyak membantu aku melakukan kerja2 rumah. Sekarang rutin harian aku, aku bangun subuh, cepat2 masak mana yang patut, dan Athif selalunya akan bangun selesai aku masak.
Bersilat dengan Athif yang sepahkan rumah dengan segala toys dia, menjerit tantrum, tiba2 dah pkul 11. Aleah akan selalu terjaga waktu2 macamni. Dan Aleah juga adalah seorang baby yang agak manja dan mengada ngada. Aku tak boleh lekang dari pandangan dia. Jauh saja sikit, Aleah akan menangis sampai macam nak terkeluar anak tekak.
Athif pula macam masih tak faham bahasa, ya lah Athif secara perkiraannya baru 1tahun 11 bulan. Pernah saja sekali tu aku tak tahan sangat nak ke toilet, aku terpaksa tinggal sekejap Athif dengan Aleah, bila aku keluar je dari toilet, Athif tengah tunggang belakang Aleah yang tengah meniarap, dan Aleah menangis macam nak tercabut anak tekak. Lepas dari tu, aku kadang2 jenuh mencuri masa nak pergi tandas.
Kadang2 sampai tunggu Faris balik kerja pkul 6,baru aku sempat mandi, makan. Ada masa aku nak kena sidai kain baju, masak, lipat baju, kemas rumah. Akan ada masa setiap hari Rabu juga aku akan ke pejabat pos untuk pos barang customer. Bayangkanlah aku yang berat 45kg ni pakai baby carrier dukung Aleah, Athif pula buat perangai tiba-tiba dia juga minta nak didukung.
Bergendongan lah kami anak beranak. Sekarang dah dua minggu aku minta abang posmen collect parcel kat rumah je. Tak daya dah rasa nak heret semua ke pejabat pos. Tiba pula waktu anak2 kena simptom2 demam dan cirit birit, aku tekejar2 siapkan mana yang patut. Nak beli barang dapur pun aku nak kena tunggu pergi sekali dengan Faris. Aku risau aku tak mampu handle Athif dan Aleah in public.
Sungguh, aku terasa terkejar2 buat kerja. Kadang aku menangis, aku solat pun jenuh mencuri2 masa. Athif ni seorang morning person, dia akan bangun tidur awal seawal subuh, dan tak akan tidur siang langsung, dan Athif akan aktif sepanjang hari. Berlari-lari, memanjat tangga, menyepahkan mainan, tantrum sesuka hati, kacau Aleah. Tapi malam Athif tidur awal lah.
Pkul 8 malam dia tidur sampai esoknya subuh baru dia jaga. Aleah pula suka berjaga malam, siang hari dia banyak tidur, itu pun masa siang hari selang 20 minit Aleah akan bangun untuk breastfeed dgn aku. Entah lah.. Bagi aku menjadi suri rumah ni sangatlah penat. Bukan niat aku untuk merungut, tapi setelah menjadi suri rumah sepenuh masa, dengan dua orang anak kecik kat rumah, aku rasa aku baru faham erti sebenar keletihan jadi suri rumah tu.
Jika dulu aku kerja, cukup masa aku keluar lunch dengan kawan2, cukup masa aku balik rumah, buat ot dapat duit lebih, dapat sembang2 dengan officemate, cukup bulan cucuk kad atm keluarkan duit gaji. Masa kerja dulu if ada apa2 situation yang buat aku stress je, memang aku akan terfikir, baik aku duduk rumah lagi senang, boleh goyang2 kaki, tak payah fikir hal kerja ni semua.
Rupanya selama ini aku salah. Duduk rumah rupanya penat juga. 24jam aku terasa tak cukup. Bulan2 memang aku tak bergaji, senyuman dan keletah anak2 la bayaran buat aku. Tu sudah cukup bermakna buat aku, Walaupun aku letih separuh maati. Aku ada berbincang dengan Faris, bila tiba masa yang sesuai suatu hari nanti, aku akan kembali bekerja, kerana aku kadangkala rindu pada suasana di alam pekerjaan.
Doakan aku ya agar suatu hari nanti aku dapat bekerja semula. Buat suami yang isterinya suri rumah, jangan pandang rendah pada isteri anda, jadi suri rumah adalah meletihkan. Dan buat isteri yang bekerja juga, Kerja juga meletihkan. Kita sama saja, tiada diskriminasi. Apapun kita sudah cuba berikan yang terbaik buat anak2 kita.
Semoga Allah memberkati usaha kita semua ibu2 dan bapa2 dalam membesarkan dan mendidik anak2. Jika sesiapa ada tips untuk pengurusan rumah tangga yang lebih efisien, sudi-sudilah berkongsi. Semoga kita menjadi yang lebih baik lagi. In sha Allah!

Comments

Popular Posts